omniture

Suning Selesai Pengambilalihan Carrefour China, Mempercepat Senario Penuh Susun Atur Peruncitan

Suning Holdings Group
2019-09-29 12:06 388
  • Bahagian Perkakasan Rumah Suning Akan Memasuki Lebih 200 Gedung Carrefour Akhir Minggu In
  • Operasi dan Jenama Carrefour China dan Akan kekal Bebas
  • Satu Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu untuk Carrefour China

NANJING, China, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com (002024.SZ) hari ini mengumumkan bahawa ia telah selesai pengambilalihan Carrefour China, menandakan permulaan era Suning untuk Carrefour China.

Berita itu berikutan perjanjian yang diumumkan awal tahun ini (23 Jun), apabila Suning.com mendedahkan ia berhasrat untuk memperoleh 80% pegangan ekuiti Carrefour China dengan harga EUR 620 juta (RMB 4.8 billion). Urus niaga yang diselesaikan pada hari ini menunjukkan pengambilalihan terbaru oleh Suning turutan dari pengambilalihan Dia China dan Wanda Department Stores, Sunning terus mempercepatkan pengembangan portfolio peruncitan tradisionalnya untuk model senario peruncitan penuh.

Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group, berkata: "Ini merupakan langkah penting dalam pelan peruncitan pintar Suning. Pengalaman FMCG dan keupayaan rantaian bekalan Carrefour dapat diintegrasikan dengan model peruncitan scenario penuh Suning, rangkaian logistik yang kukuh dan teknologi canggih. Dengan keupayaan peruncitan pintar kami, Suning boleh mengubah gedung-gedung Carrefour kepada pasaraya dalam talian dan luar talian yang bersepadu sepenuhnya untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang."

Pada hari yang sama urus niaga itu selesai secara rasmi, di Nanjing Zhang Jindong bertemu dengan lebih 20 eksekutif dari ibu pejabat dan wilayah-wilayah utama Carrefour China. Dalam mesyuarat yang diadakan secara khusus, beliau menggariskan pelan pembangunan perniagaan untuk Carrefour China dan mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu untuk perniagaan Carrefour China, dengan Tian Rui, Naib Presiden Suning.com, mengambil peranan tersebut.

Zhang Jindong mengesahkan bahawa Carrefour China akan membuka 300 gedung-gedung baharu di beberapa bandar raya tahap 1-3 di China dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau juga mendedahkan bahawa operasi dan jenama Carrefour China akan tetap kekal bebas, dan pada masa yang sama mendapat manfaat daripada model peruncitan awan Suning, teknologi terbuka, logistik dan keupayaan rantaian bekalan untuk mengakses kepada pasaran tahap rendah dengan lebih baik.

Pada 28 September, bahagian perkakas rumah Suning akan disepadukan ke lebih 200 kedai Carrefour. Pada masa hadapan, kedai-kedai Carrefour di China juga akan memasukkan aset-aset Suning yang lain termasuk ibu-bayi, kedai runcit barangan sukan dan panggung wayang, berdasarkan rancangan-rancangan yang telah didedahkan hari ini. Akhirnya, Suning berusaha untuk mewujudkan sebuah pusat komuniti sehenti, menggabungkan barangan, perkhidmatan, pengalaman dan libur.

Cuti kebangsaan yang akan datang akan menjadi peristiwa penting pertama bagi promosi jualan bersama antara Suning dan Carrefour China, dengan tawaran yang lebih banyak akan diadakan pada Hari Bujang tahun ini, satu cuti membeli-belah popular dalam kalangan pengguna muda China pada 11 November.

Dengan kehadirannya di China sejak 24 tahun lalu, Carrefour China mengendalikan sebanyak 210 rangkaian pasar raya besar dan 24 gedung serbaneka, meliputi 22 wilayah dan 51 bandar raya besar dan sederhana, dengan kira-kira 30 juta ahli. Pada tahun 2018, ia telah menjana jualan bersih hampir RMB 30 bilion.

Penyepaduan syarikat-syarikat e-dagang (dalam talian) dan pasar raya (luar talian) ialah trend baharu dalam pembangunan industri peruncitan. Model perniagaan yang berbeza boleh saling melengkapi dan mengembangkan keupayaan perkhidmatan di sepanjang rantaian bekalan. Beberapa pengulas industri sangat positif tentang sinergi hasil daripada pengambilalihan ini, yang akan meningkatkan daya saing Suning dengan mempercepatkan pembangunan syarikat dalam kategori FMCG, memperkayakan portfolio peruncitan pintarnya, dan membantu mengurangkan kos perolehan dan logistik.

Nota kepada editor

Latar belakang Suning Holdings Group

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning ialah salah satu syarikat komersil utama di China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2019, Suning Holdings Group merupakan jenama yang berada di kedudukan tiga teratas dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik kerajaan di Cihna dengan pendapatan tahunan sebanyak RMB 602.5 bilion (kira-kira EURO 77.24 bilion) dan terus berada di senarai teratas dalam kategori peruncitan Internet. Berpegang kepada misi perusahaan "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit untuk Semua", Suning telah memperkukuh dan memperluas perniagaan utamanya sebagai peruncitan melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri menegak, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, merupakan subsidiari utama perintis dalam peruncitan dalam talian dan luar talian, telah tersenarai dalam Fortune Global 500 selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.

Source: Suning Holdings Group
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Keywords: Banking/Financial Service Retail Supermarkets Acquisitions, mergers, takeovers