omniture

Arab Saudi Umum Visa Pelancong

Saudi Commission for Tourism & National Heritage
2019-09-29 22:22 249

- Buat pertama kalinya, visa pelancong disediakan melalui kedutaan dan konsulat Saudi di seluruh dunia

- Warganegara 49 negara boleh dapatkan e-Visa dalam talian dan Visa ketibaan 

RIYADH, Arab Saudi, 29 September 2019 /PRNewswire/ -- Dalam acara bersejarah di Ad-Diriyah, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Riyadh, Yang Mulia Ahmad Al-Khateeb, Pengerusi Suruhanjaya Saudi untuk Pelancongan dan Warisan, mengumumkan pelancaran visa pelancong ke Kerajaan Arab Saudi.

Permohonan untuk visa kini boleh dibuat di Kedutaan dan Konsulat Saudi di seluruh dunia.

Warganegara 49 negara juga boleh memohon e-Visa dalam talian atau mendapatkan Visa ketibaan di Arab Saudi.  Satu portal dalam talian khusus di visitsaudi.com telah dilancarkan dan kiosk elektronik tersedia di lapangan-lapangan terbang.

Berikut ialah 49 negara yang layak memohon e-Visa dan Visa ketibaan.

Amerika Syarikat

kanada

Kazakhstan

Singapura

Brunei

New Zealand

Korea Selatan

Jepun

Sepanyol

Belgium

Malaysia

Austria

Cyprus

UK

Croatia

Estonia

Andorra

Denmark

Jerman

Bulgaria

Perancis

Hungary

Republik Czech

Belanda

Itali

Finland

Ireland

Lithuania

Greece

Liechtenstein

Monaco

Iceland

Malta

Poland

Latvia

Norway

Rusia

Luxembourg

Romania

Slovenia

Montenegro

Slovakia

Switzerland

Portugal

Sweden

Australia

San Marino

Ukraine

China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan)

Visa pelancong membolehkan mereka tinggal selama 3 bulan setiap kali masuk, dengan pelawat dibolehkan meluangkan masa 90 hari setahun di Arab Saudi.  Satu visa sah untuk setahun, dengan berbilang kemasukan.

Kos permohonan e-Visa atau Visa ketibaan ialah SAR 440 serta VAT.

Arab Saudi berhasrat untuk meluaskan skim e-Visa ke negara-negara lain di masa akan datang.

Helaian maklumat terperinci tentang visa pelancong baharu tersedia di sini. 

Cita-cita

Membuka Arab Saudi kepada pelancongan merupakan langkah penting dalam pelaksanaan Visi 2030, yang mencari kepelbagaian ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada minyak.

Arab Saudi dijangka mencapai 100 juta kunjungan bermalam antarabangsa dan domestik setahun menjelang 2030, menarik pelaburan asing dan domestik yang besar dan mewujudkan sehingga sejuta pekerjaan.

Menjelang 2030, sasarannya ialah industri pelancongan menyumbang sehingga 10% daripada KDNK negara, berbanding hanya 3% sekarang ini.

Tawaran

Para pelawat yang ingin meneroka tapak warisan yang belum diteroka, pengalaman budaya yang sebenar dan keindahan semulajadi yang menakjubkan pasti akan terkesima dan teruja untuk meneroka banyak khazanah Arab Saudi.

Tempat-tempat menarik Saudi termasuk:

  • Lima Tapak Warisan Dunia UNESCO  dan sekitar 10,000 tapak sejarah yang direkodkan.
  • Tiga belas wilayah, dengan setiap satunya mempunyai sejarah budaya dan masakan tradisi yang berbeza.
  • Pemandangan budaya kontemporari termasuk Pusat Raja AbdulAziz untuk Budaya Dunia di Dhahran, taman-taman ukiran, galeri-galeri seni, pertunjukan fesyen, acara-acara sastera dan Festival Filem Antarabangsa Laut Merah pertama pada bukan Mac 2020.
  • Lanskap yang sangat berbeza, termasuk pergunungan hijau Asir, Laut Merah yang jernih bak kristal, tanah lapang Tabuk yang diliputi salji semasa musim sejuk, dan pasir yang beralih-aling di Empty Quarter.
  • Beberapa destinasi baharu dalam pembinaan, termasuk bandar futuristik NEOM, bandar hiburan Qiddiyah berhampiran Riyadh dan rangkaian destinasi mewah berhampiran Laut Merah.

Helaian fakta destinasi, fotografi dan video tawaran pelancong Arab Saudi boleh didapati di sini.

Strategi pembangunan sektor

Satu strategi pembangunan sektor yang mantap merupakan asas pelancaran visa pelancong baharu.

Dalam fasa pertama program, dari tahun 2019 hingga 2022, fokusnya ialah untuk menarik pengunjung kali pertama untuk "meneroka Saudi".

Fasa kedua program, dari tahun 2022 dan seterusnya, akan menumpu kepada pengajak pengunjung "mengalami Saudi".

Sebagai sebahagian daripada fasa satu, lebih 20 tapak pelancongan baharu akan dibangunkan, meluaskan pilihan dan peluang bagi para pengunjung untuk meneroka khazanah tersembunyi negara.

Sebagai sebahagian daripada fasa dua, pembangunan penuh projek giga Saudi akan bermula, termasuk NEOM, Amaala, Projek Laut Merah, Al-Ula, Qiddiyah dan Ad-Diriyah.

Satu rangkaian inisiatif yang memberdayakan mendasari pendekatan Saudi ini termasuk:

  • Pembangunan rangka kerja perundangan, pelesenan dan pemeriksaan yang menyeluruh untuk sektor pelancongan.
  • Satu usaha untuk membantu perekrutan dan latihan pekerja dalam kumpulan kerja utama sektor.
  • Program penglibatan sektor swasta untuk memupuk perkongsian dalam menyampaikan pengalaman pengunjung yang lebih diperkaya dan lebih beraneka.
  • Peluasan perjanjian dua hala hubungan udara dan pelancaran laluan antarabangsa baharu untuk meyambungkan Saudi dengan negara-negara sasaran. 

Berucap semasa pelancaran visa pelancongan baharu, Yang Mulia Ahmad Al-Khateeb berkata:

"Malam ini, kita mencipta sejarah.

Buat pertama kalinya, kita membuka negara kita untuk para pelancong dari seluruh dunia.

Bagi mereka yang ingin melawat rab Saudi, anda tidak akan menemui sambutan kedatangan yang lebih meriah daripada sambutan di sini.  Anda tidak akan menemukan warga negara yang lebih berbangga daripada kami dalam berkongsikan kekayaan tanahair mereka bersama anda.

Ketahuilah, inilah pelaksanaan Visi 2030.  Di bawah kepimpinan Duli Yang Mulia Raja dan Yang Mulia Putera Mahkota, kami memberikan – sektor bukan minyak yang mengujakan yang akan memacu pertumbuhan dan mempelbagaikan ekonomi kami untuk dekad-dekad yang akan datang.

Arab Saudi kini dibuka. Kami membuka ekonomi kami. Kami membuka masyarakat kami.

Kini kami membuka tanah air dan hati kami untuk menerima tetamu dari seluruh dunia. Mari, kunjungilah Saudi.  Izinkan kami mengalu-alukan anda ke bumi Arab." 

Nota untuk Editor

Pautan di bawah menyediakan akses kepada: 

 

Source: Saudi Commission for Tourism & National Heritage
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Travel New products/services