omniture

Sistem Sarung Tangan Boleh Dipakai Osteoartritis Kesihatan Digital Pertama Mulakan Siri Ujian Rintis & Ujian Perubatan Prapelancaran

QUANTIC NANOTECH
2019-09-30 16:04 174

MADRID, 30 September 2019 /PRNewswire/ -- QUANTIC NANOTECH, bahagian produk bagi kumpulan DEMAC S.A. Sepanyol yang membentangkan sistem sarung tangan rawatan osteoartritis boleh pakai di rumah yang pertama "QNANO GLOVE" semasa Edisi CES 2019 yang lalu di Las Vegas, hari ini mengumumkan pembukaan pendaftaran rawatan percuma untuk siri percubaan rintis prapelancaran perubatan baharu untuk pesakit-pesakit di hospital-hospital terpilih di Madrid. Disebabkan oleh permintaan yang tinggi, tempoh baharu ini dibuka untuk sebarang pengguna semasa tempoh terhad sehingga 15 Oktober 2019 (pelayan selamat diperakui HIPAA dalam awan AWS).

 

Dr. Luis F. Villa, M.D., Pakar Perunding Reumatologi di University Hospital Puerta de Hierro Majadahonda di Madrid berkata:

'Peranti ini menarik perhatian kami kerana ia membolehkan aplikasi di rumah pada tangan yang terjejas melibatkan terapi-terapi berbeza dengan keberkesanan klinikal terbukti berasaskan bukti, semasa rehat atau pada waktu malam'.   

Dan turut mengisytiharkan:

"Rawatan osteoartritis tangan adalah rumit dan memerlukan banyak sumber, bergantung kepada terapi berbantu fizikal dan ubat-ubatan topikal serta oral. Kami berminat dengan keputusan daripada kajian rintis, memandangkan peranti berasaskan rumah untuk terapi fizikal berbilang mod boleh menjadikannya lebih mudah dan lebih murah untuk merawat pesakit dengan keadaan yang kerap seperti ini." 

Sarung tangan semua-dalam-satu terapeutik Quantic Nanotech menyepadukan teknologi revolusioner seperti aloi memori bentuk (SMA) dan bahan-bahan canggih bagi tujuan pengaplikasian terapi haba kering, getaran, urutan selain regangan dan ekstensi jari jemari secara aktif mahupun pasif. Ia turut membolehkan pemberian ubat-ubatan topikal seperti ubat antiradang bukan steroid (NSAID), linimen dan neuromodulator.

Kertas kerja kesimpulan pertama bagi kajian-kajian klinikal dalam kalangan pesakit dengan osteoartritis tangan dirancang untuk dilaporkan dalam suku keempat tahun 2019 dan suku pertama tahun 2020.

Quantic Glove terapeutik ini mudah dan kompak. Ia direka bentuk untuk digunakan di rumah, dikawal oleh telefon pintar atau internet dan ia juga membolehkan kawalan jarak jauh oleh golongan profesional kesihatan.

Produk ini telah dianugerahkan di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai acara seperti like InPEX Pittsburgh, dan sebagainya dan baru-baru ini ia turut memenangi Anugerah Penginovasi Teknologi 2019 baharu pada bulan Ogos 2019 daripada AI Global Media, UK, 2019 CV-MAGAZINE.

QUANTIC NANOTECH menutup pengumpulan modal Pusingan A dengan sasaran model lesen pelaksanaan seluruh dunia yang pesat.

Osteoartritis ialah penyakit yang sangat biasa berlaku dan merupakan penyebab utama cuti sakit di seluruh dunia, dengan jumlah kerugian perubatan dan pendapatan sebanyak USD$ 304 Bilion di AS sahaja - bersamaan dengan kira-kira 1% daripada KDNK domestik kasar AS (Sumber: arthritis.org - 2013).

QUANTIC NANOTECH akan menghadiri Pameran GITEX di DUBAI pada 6-10 Oktober 2019 di kawasan FUTURE STARS.

Latar Belakang DEMAC S.A QNANOTECH.

Latar Belakang HIPAA 

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/801551/QUANTIC_NANOTECH_Logo.jpg 
Video:  https://youtu.be/zQXIRVpriJY     

 

 

 

Source: QUANTIC NANOTECH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Trade show news Venture Capital Future Events