omniture

Kebingkasan Penarafan Kredit Arab Saudi Tonjol Kekuatan Intrinsik Kerajaan Arab Saudi

The Ministry of Finance Saudi Arabia
2019-10-02 01:23 125

RIYADH, Arab Saudi, 1 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Sepanjang minggu lalu, Agensi-agensi Penarafan utama telah mengeluarkan pandangan kredit yang dikemas kini terhadap Arab Saudi sebagai respons kepada serangan pada 14 September yang menonjolkan kebingkasan meluas Kerajaan Arab Saudi. Ini bukan sahaja memperlihatkan kekuatan ekonomi dan fiskal negara berkenaan, tetapi paling penting ialah demonstrasi kapasiti institusinya untuk memberi respons segera dan berkesan terhadap kejutan luar. Moody's tidak membuat sebarang perubahan ke atas penarafan tersebut, manakala Fitch menurunkan penarafan Kerajaan Arab Saudi kepada A dengan pandangan yang stabil.    

Komuniti antarabangsa memberi respons positif terhadap kebingkasan dan keandalan yang ditunjukkan oleh Saudi Aramco dan Kerajaan Arab Saudi dalam memastikan tiada gangguan terhadap bekalan minyak global. Ini mengukuhkan lagi kecemerlangan operasi bertaraf dunia dan kemahiran pengurusan krisis syarikat.            

Bekalan minyak Arab Saudi mula beroperasi sepenuhnya selepas serangan tersebut mengurangkan output kepada separuh dan Kerajaan telah mencecah kapasiti 11.3 juta tong sehari (bpd) dan akan mencecah 12 juta bpd menjelang akhir November ini. Bekalan minyak dijangka pulih kepada 9.89 juta bpd pada Oktober ini dan Arab Saudi, pengeksport minyak yang terbesar di dunia, akan memenuhi semua komitmen minyak pelanggan pada bulan ini.

Dengan mengambil kira hal di atas, Kementerian Kewangan kecewa kerana Fitch mengambil keputusan pantas untuk menurunkan penarafan Kerajaan Arab Saudi. Sebaliknya, kejadian berkenaan menonjolkan kapasiti luar biasa Arab Saudi untuk menangani masalah dengan berkesan, komitmen untuk mengekalkan kestabilan dalam pasaran minyak global dan status Kerajaan Arab Saudi sebagai rakan sekutu antarabangsa yang penting. Oleh yang demikian, penurunan penarafan berkenaan berlaku sebagai suatu yang agak spekulatif tanpa rujukan langsung kepada respons yang cepat, tegas dan berkesan terhadap kejadian berkenaan.

Sejak berlakunya kejadian tersebut, Kerajaan Arab Saudi telah menunjukkan pertimbangan yang terkawal dan teliti dalam tindak balasnya, yang bertindak sebagai jaminan untuk komuniti antarabangsa. Sebarang peningkatan dalam ketidaktentuan ialah tindakan langsung pelaku-pelaku agresif di rantau berkenaan dan bukannya tindakan oleh pihak Kerajaan.

Pada masa kini, defisit belanjawan masih berada dalam parameter yang kami tetapkan untuk Belanjawan 2019. Tatkala kami komited untuk memberi tumpuan pada peningkatan pelaburan di kawasan-kawasan Wawasan 2030 yang utama, kami turut meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kami terhadap perbelanjaan tersebut. Kami juga mempunyai salah satu rizab yang paling kukuh di dunia dan aset-aset kewangan negara melebihi liabilitinya dengan ketara.

Mengulas tentang penarafan tersebut, Kementerian Kewangan menyatakan: "Kami tidak percaya bahawa tindakan oleh negara dan syarikat tersebut sebagai tindak balas kepada kejadian berkenaan memberi kesan yang ketara terhadap faktor-faktor risiko yang disebutkan dalam laporan tersebut. Bahkan, tindak balas dan kebingkasan syarikat serta pasaran menekankan sifat andal bekalan minyak untuk pasaran-pasaran global dari Kerajaan Arab Saudi. Kami percaya bahawa sekiranya hal ini terus terjadi, pihak Agensi akan melihat kewajarannya untuk menyemak semula keputusan mereka berdasarkan kestabilan berterusan dalam bekalan kepada pasaran dan reaksi serta tindakan peserta pasaran dan juga pengulas."

 

 

Source: The Ministry of Finance Saudi Arabia
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy Utilities Accounting news, issues Economic news, trends, analysis