![]() |
Koleksi data formulasi dipilih atur saintis terbesar sediakan asas untuk penyelesaian yang tingkatkan kecekapan R&D
COLUMBUS, Ohio, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika yang mengkhusus dalam penyelesaian maklumat saintifik, meluaskan portfolio produknya menerusi pelancaran Formulus®, penyelesaian baharu yang bertujuan untuk membawa inovasi ke pasaran dengan lebih pantas dengan memenuhi keperluan maklumat unik para saintis formulasi. Dengan pembangunan produk menyumbang kira-kira 30% daripada kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) keseluruhan, industri-industri termasuk farmaseutikal, bahan kimia pertanian dan kosmetik berusaha untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan kecekapan. Dengan menyediakan akses tersedia kepada maklumat terperinci yang diperlukan oleh formulator, Formulus menginspirasikan idea baharu, mengurangkan lelaran yang diperlukan untuk mengoptimumkan setiap formulasi dan memaklumkan resolusi masalah.
Penyelesaian khusus-formulasi baharu penuhi keperluan unik formulator
Formulus menyediakan koleksi formulasi yang terbesar di dunia bersumberkan jurnal, paten dan sisipan produk. Disepadukan dengan koleksi bahan CAS yang tiada tandingan, spesifikasi pembekal yang terperinci dan sumber pengawalseliaan, Formulus ialah kedai sehenti untuk formulator. Formulus membolehkan pengguna untuk meneroka landskap formulasi, mengenal pasti pendekatan formulasi yang relevan dan bahan-bahan sumber dengan pantas.
"CAS amat memberi tumpuan bagi meningkatkan kecekapan dalam seluruh kitaran hayat inovasi," kata Tim Wahlberg, Naib Presiden Pengurusan Produk dan Strategi CAS. "Penyelesaian kami mempunyai sejarah yang panjang dalam memberi maklumat untuk saintis-saintis penyelidikan. Formulus melanjutkan penawaran kami bagi mempercepatkan fasa pembangunan. Melalui jalinan kerjasama dengan formulator sepanjang 3 tahun lalu, kami telah mencipta penyelesaian maklumat yang disesuaikan mengikut keperluan dan aliran kerja unik mereka yang membantu mereka membawa inovasi ke pasaran dengan lebih pantas."
Percepat inovasi dengan data berkualiti tinggi, teknologi khusus dan kepakaran manusia
Dipilih atur oleh ratusan saintis, koleksi formulasi CAS baharu jelas mengenal pasti bahan-bahan formulasi dan peranannya serta menghubungkan formulator kepada maklumat kritikal. Data formulasi ini juga disediakan dalam penyelesaian CAS terkemuka STNext® dan SciFindern. Portfolio penyelesaian CAS memaklumkan aliran kerja R&D hujung-ke-hujung, memastikan golongan profesional IP dan saintis-saintis penyelidikan dapat mencari pendedahan formulasi rumit dengan tepat bagi mengenal pasti maklumat paten yang kritikal, menilai kebaharuan dan memperoleh konteks yang relevan untuk pembangunan bahan-bahan aktif. Kandungan formulasi CAS juga boleh dilesenkan untuk projek-projek dan aplikasi-aplikasi dalaman.
"Pembangunan produk sentiasa berkait rapat dengan pengetahuan; anda boleh menggunakan apa yang telah dilakukan oleh orang lain sebelum ini untuk membimbing anda. Formulus benar-benar berkesan membantu saya melaksanakannya," ujar Barry Fanning, Ph.D., Saintis Kanan, The Andersons, Inc. "Tahap kebolehcarian membolehkan saya meneliti semua kertas kajian dengan lebih berkesan untuk mendapat jawapan dan melangkah ke dalam makmal dengan asas yang lebih bermaklumat."
Formulasi memainkan peranan kritikal dalam membawa produk-produk baharu ke pasaran dengan selamat dan berkesan. Formulus memperkasa inovasi dan memastikan formulator memulakan fasa pembangunan di laluan yang paling cekap. Lebih 70% formulator yang menguji Formulus mengesahkan bahawa ia dapat membantu mereka menjuruskan tumpuan dengan lebih pantas. Ini dapat mengurangkan masa keseluruhan dan sumber yang diperlukan untuk mengoptimumkan setiap formulasi daripada percubaan klinikal fasa awal kepada produk akhir yang boleh dipasarkan.
Ketahui lebih lanjut di www.cas.org/formulus.
Latar Belakang CAS
CAS, sebahagian daripada Persatuan Kimia Amerika, bekerjasama dengan organisasi-organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia untuk menyediakan maklumat saintifik yang boleh diambil tindakan yang dapat membantu mereka merancang, menginovasi, melindungi inovasi mereka dan meramalkan sejauh mana pasaran baharu dan peluang akan berkembang. Penyelidik saintifik, ahli profesional paten dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia merentas sektor komersial, akademik dan kerajaan bergantung pada penyelesaian dan perkhidmatan kami untuk memberi khidmat nasihat berhubung penemuan dan strategi. Memanfaatkan kandungan tiada tandingan kami, teknologi khusus dan kepakaran manusia tiada bandingan untuk menyesuaikan penyelesaian yang akan memberi organisasi anda kelebihan maklumat. Menerusi pengalaman selama lebih 110 tahun, tiada sesiapa yang lebih mengetahui tentang maklumat saintifik daripada CAS. Ketahui lebih lanjut di www.cas.org.
Hubungan Media CAS:
Tina Tomeo
614-447-3600
cas-pr@cas.org
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/691740/CAS_Logo.jpg