omniture

Clé De Peau Beauté, Jenama Mewah Terkemuka Shiseido Company, Limited Dilancar di UK, Eksklusif di Harrods

Clé de Peau Beauté
2019-10-02 08:16 522

LONDON, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah yang ulung daripada Shiseido Company, Limited, telahpun dilancarkan secara eksklusif di Harrods, di salah satu destinasi ulung di dunia untuk Kecantikan Mewah. Merangkumi barisan produk yang hebat, Clé de Peau Beauté telahpun dibangunkan untuk memanfaatkan kuasa inovatif pendekatan canggih Jepun terhadap sains, bagi membawakan penyelesaian tersuai yang komprehensif demi memenuhi segala keperluan kulit.

Pelakon Felicity Jones, Bintang Kesenian Clé de Peau Beauté
Pelakon Felicity Jones, Bintang Kesenian Clé de Peau Beauté

"Selepas mencapai kejayaan dalam pasaran Asia, Clé de Peau Beauté bersedia secara strategik untuk berkembang ke wilayah-wilayah baharu. UK mempunyai potensi yang besar untuk Clé de Peau Beauté sebagai pasaran utama. Kami percaya pelanggan British dan pengembara antarabangsa ke UK begitu arif apabila melibatkan Kecantikan dan akan menerima falsafah jenama kami selain menghargai pendekatan kami terhadap kualiti tanpa kompromi," kata Yukari Suzuki, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Charles de Montalivet, Pengarah Urusan SHISEIDO UK Ltd, UK & Negara Ireland menambah, "Jenama-jenama kecantikan berkualiti tinggi memacu sektor mewah di UK. Clé de Peau Beauté mempunyai rekod prestasi yang cemerlang di Asia dan AS kerana melangkaui jangkaan pelanggan yang paling arif, hasil daripada rumusan unik mereka, reka bentuk yang hebat dan perhatian yang teliti terhadap kualiti. Kami yakin bahawa reputasi yang diperoleh dengan susah payah ini akan bertukar kepada kejayaan di Eropah dan kami berbangga untuk memperkenalkan Clé de Peau Beauté ke Eropah, dengan UK sebagai negara pertama untuk dilancarkan. Rakan kongsi pilihan kami Harrods begitu terkenal dalam menyediakan persekitaran jualan runcit yang mewah digandingkan dengan pengalaman pelanggan yang hebat bagi membawakan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan kami."

UK menandakan persinggahan pertama untuk Clé de Peau Beauté di EMEA. Lindsay Azpitarte, Naib Presiden Clé de Peau Beauté Eropah & Timur Tengah mengesahkan, "Pertumbuhan pasaran Mewah Eropah menandakan peluang yang besar untuk jenama-jenama dan bagi tawaran premium super seperti Clé de Peau Beauté yang didatangkan dengan tawaran yang unik serta lengkap, peluang-peluangnya tidak putus-putus. Kami mempunyai rancangan bercita-cita tinggi di Eropah dan pengumuman baharu yang mengujakan sedang dirancang."

Mia Collins, Ketua Bahagian Kecantikan di Harrods menambah, "Kami berbesar hati dan gembira untuk menjadi rakan kongsi pelancaran eksklusif buat Clé de Peau Beauté di Eropah. Ia merupakan tambahan ideal untuk memperhebatkan pelancaran Beauty Hall baharu kami dan sesuatu yang kami pasti akan disukai oleh pelanggan kami. Harrods telah lama mengagumi rumusan luar biasa yang menjadi elemen utama produk-produk Clé de Peau Beauté dan amat teruja untuk membawakan produk-produk ini kepada pelanggan kami."  

Pengguna akan berpeluang untuk merasai falsafah unik Clé de Peau Beauté dan rangkaian penuh produknya, termasuk produk-produk kegemaran selebriti yang memenangi anugerah seperti La Crème, Concealer dan Correcting Cream Veil.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada SHISEIDO Cosmetics, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan juga sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita menerusi teknologi penjagaan kulit yang inovatif dan memanfaatkan alat solek dari seluruh dunia. Sentiasa dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 14 negara dan wilayah seluruh dunia.

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: instagram.com/cledepeaubeaute

Latar Belakang Harrods

Harrods bermula sebagai pekedai runcit borong dan peniaga teh di timur London, mula membuka pintunya pada tahun 1834. Sejak itu, Harrods telah berkembang menjadi gedung serbaneka yang paling terkemuka di dunia, terkenal dengan pelbagai barangan mewahnya yang tiada tandingan. Selain jenama-jenama eksklusif dan pelbagai kedai serbaneka, salah satu ciri Harrods yang paling terkenal ialah perkhidmatannya yang tiada bandingan. Harrods terus dipimpin oleh falsafahnya "apapun mungkin" dan hingga ke hari ini, pelanggan kami kekal sebagai keutamaan dalam segala yang kami lakukan. Harrods.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589910-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190924/2589910-1LOGO?lang=0

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion New products/services