omniture

Hugo Walkinshaw sertai AntWorks sebagai Ketua Pegawai Perkongsian

AntWorks
2019-10-02 10:11 375

SINGAPURA, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- AntWorks™, pemimpin global dalam kecerdasan buatan dan automasi pintar, hari ini mengumumkan bahawa Hugo Walkinshaw telah menyertai AntWorks sebagai Ketua Pegawai Perkongsian. Hugo membawa bersamanya banyak pengalaman dalam bidang perkhidmatan profesional. Beliau akan menumpukan pada pembangunan strategi ekosistem di seluruh organisasi, termasuk perkongsian pendidikan, kerajaan dan impak sosial di seluruh dunia.

Hugo menghabiskan masa tiga dekad terakhirnya sebagai Perunding Pengurusan dengan Ernst & Young dan Deloitte. Fokus terasnya adalah penyampaian program Transformasi Perniagaan global skala besar termasuk Perkongsian Perkhidmatan & Penyumberluaran, Penggabungan & Pengambilalihan (M&A), Pengurusan Perubahan Strategik dan Transformasi pacuan Teknologi, antara lainnya.

Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, kata, "Tunggak utama budaya AntWorks adalah untuk sentiasa mengubah norma, mendekati masalah secara kreatif serta mendedikasikan masa dan tumpuan untuk berfikir secara berbeza dalam setiap senario. Hugo sememangnya berkongsi nilai teras dan kepercayaan ini yang membuatnya bekerjasama rapat dengan baik bersama Koloni ini, dan ke arah haluan yang kami ambil bagi menyelesaikan teka-teki Automasi Proses untuk perusahaan secara global. Saya berasa amat yakin bahawa penglibatan Hugo dalam organisasi kami akan mewujudkan nilai yang besar untuk rakan kongsi, pelanggan dan rakan sekerja kami, dan juga mempercepatkan perjalanan kami untuk merealisasikan potensi penuh AntWorks dalam memperkembangkan ekosistem global."

"Saya berasa teruja kerana menyertai Ash, Govind dan pasukan AntWorks. Platform ANTstein™ ialah perintis dan ia mempercepatkan penggunaan Automasi Pintar secara signifikan merentas pelbagai industri dan fungsi. Peluang untuk membawa pengalaman Transformasi Perniagaan saya kepada perjalanan ini merupakan suatu penghormatan yang besar. Saya tak sabar untuk memulakannya," tambah Hugo Walkinshaw.

Hugo telah berkhidmat di lembaga Dewan Perniagaan British, Dewan Perniagaan Eropah, Majlis Produktiviti Negara Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Institut Perakaunan Pengurusan Berkanun Asia Tenggara. Beliau dianugerahkan Order of the British Empire untuk perkhidmatan bagi Perniagaan British di Singapura dan Eksport UK.

Latar Belakang AntWorks:

AntWorks™ ialah syarikat kepintaran buatan dan automasi pintar global yang mencipta peluang baharu dengan data melalui kepintaran pendigitan, automasi dan perusahaan. Sebagai satu-satunya Platform Automasi Bersepadu (IAP) dan pertama di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman corak yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap cebisan maklumat untuk pelbagai industri. Lawati www.ant.works untuk memperkasakan perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks dari hujung ke hujung.

Hugo Walkinshaw joins AntWorks as Chief Partnership Officer
Hugo Walkinshaw joins AntWorks as Chief Partnership Officer

 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190925/2591549-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: AntWorks
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Data Analytics