omniture

Quectel Umumkan Modul Penentududukan Dua-Jalur Kejituan-tinggi untuk Industri Automotif

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-10-02 13:04 543

HANGZHOU, China, 2 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Kod Saham: 603236.SS), pembekal terkemuka global modul selular dan GNSS, dengan kerjasama STMicroelectronics (NYSE: STM), pemimpin semikonduktor global yang memberi khidmat kepada pelanggan pelbagai spektrum industri, hari ini mengumumkan pengeluaran modul LG69T, satu modul GNSS dua-jalur kejituan-tinggi bergred automotif yang menggabungkan teknologi-teknologi pengiraan pasti (DR) dan kinematik masa nyata (RTK).

LG69T Modul Penentududukan Dua-jalur Kejituan-tinggi Quectel
LG69T Modul Penentududukan Dua-jalur Kejituan-tinggi Quectel

Modul baharu Quectel ini diumumkan di Persidangan Apsara 2019 di Hangzhou, direka bentuk untuk memudahkan prestasi penentududukan udara terbuka dengan ketepatan sehingga 10-sentimeter, yang mana merupakan teknologi penentududukan yang paling maju untuk pasaran automotif pada masa ini. LG69T akan menyokong keupayaan-keupayaan kejituan penentududukan generasi hadapan untuk kenderaan pintar dan senario pemanduan berautonomi.

Sampel kejuruteraan modul LG69T Quectel akan ditawarkan kepada para pembuat kereta dan pembekal Tahap 1 menjelang akhir tahun 2019, dan produk ini akan tersedia secara komersial sekitar pertengahan 2020 dan dijangka akan dipasang atur sebagai model yang dihasilkan secara besar-besaran seawal 2021.

Siaran penuh boleh didapati di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/552.htm

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions 
Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. ialah pembekal terkemuka global modul-modul selular dan GNSS, dengan portfolio produk yang luas merangkumi teknologi wayarles terkini 5G, LTE/LTE-A, NB-IoT/LTE-M, UMTS/HSPA(+), GSM/GPRS dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel mampu menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telah digunakan secara meluas dalam bidang IoT/M2M termasuklah pembayaran pintar, pengangkutan dan telematik, tenaga pintar, bandar raya pintar, keselamatan, gerbang wayarles, perindustrian, penjagaan kesihatan, pertanian, dan pengawasan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Quectel, LinkedIn, laman-laman Facebook dan Twitter.

Latar Belakang STMicroelectronics

ST ialah pemimpin global semikonduktor yang melahirkan produk-produk cekap-tenaga dan pintar dan penyelesaian-penyelesaian yang memberi kuasa kepada barangan elektronik yang penting dalam kehidupan seharian. Produk-produk ST boleh didapati di mana-mana sahaja pada hari ini, dan bersama dengan pelanggan-pelanggan kami, kami membolehkan pemanduan lebih pintar dan kilang, bandar dan kediaman lebih pintar, bersama dengan peralatan Internet Pelbagai Benda dan alatan mudah alih generasi seterusnya.

Dengan memperoleh lebih banyak manfaat daripada teknologi untuk memperoleh lebih banyak kebaikan dalam kehidupan, ST mewakili kehidupan. Diperluaskan.

Pada tahun 2018, hasil bersih Syarikat ini ialah $9.66 bilion, melayani lebih 100,000 pelanggan di seluruh dunia. www.st.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190926/2593225-1?lang=0

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603236
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Transportation New products/services