omniture

AntWorks diiktiraf sebagai Penginovasi dalam Pengautomatan Pintar RadarViewdlloc Avasant

AntWorks
2019-10-03 02:03 472

SINGAPURA, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- AntWorks™, penyedia global bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar yang dikuasakan oleh sains fraktal, hari ini mengumumkan pengiktirafannya sebagai Penginovasi dalam laporan Alatan Pengautomatan Pintar RadarView™ 2019 yang diterbitkan oleh Avasant, firma Penyelidikan dan Khidmat Nasihat Global. Menurut laporan berkenaan, Penginovasi menunjukkan kecenderungan untuk mencipta semula konsep dan jalan, mengubah sifat sebenar bagaimana suatu perkara dilakukan dari awal hingga akhir.

Laporan RadarView™ mengukur tahap inovasi dan keprihatinan terhadap pelanggan bagi penyedia perkhidmatan. Meskipun tempohnya yang singkat dalam pasaran dan bersaing dengan syarikat-syarikat besar lain dalam industri, AntWorks dikenal pasti sebagai Penginovasi lantaran pendekatan bertumpu datanya terhadap pengautomatan hujung-ke-hujung dengan tumpuan signifikan kepada penangkapan kognitif, selain mempunyai penyelesaian bot titik untuk proses-proses khusus domain atau industri.

Swapnil Bhatnagar, Pengarah Penyelidikan, Avasant, berkata, "Pengecaman dan pengekstrakan data yang tepat merupakan elemen yang paling kritikal untuk kejayaan sebenar inisiatif pengautomatan proses khusus perusahaan atau industri. AntWorks telah mengambil pendekatan baharu, melangkah melangkaui teknologi OCR tradisional, bagi menyelesaikan cabaran perusahaan yang penting ini. Teknologi Bacaan Mesin Kognitif (CMR), yang menggabungkan elemen-elemen sains fraktal, menunjukkan kejayaan signifikan dan muncul sebagai asas untuk penawaran pengautomatan pintar AntWorks. Dalam penilaian kami, platform ANTstein™ SQUARE mempunyai keupayaan penting bagi menggabungkan pelbagai bot titik untuk proses-proses yang kritikal dalam perniagaan yang boleh digunakan oleh perusahaan dengan pantas.

Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, berkata, "Kami berasa amat gembira kerana diiktiraf sebagai Penginovasi. Ini merupakan bukti bagaimana kami menyelesaikan masalah dengan kreatif dan berfikir secara berbeza daripada yang lain. Platform pengautomatan bertumpu-data proprietari kami yang dibina menggunakan sains fraktal alternatif membolehkan kami untuk memproses data tidak berstruktur seperti emel dan imej jauh lebih berkesan berbanding rakan setara kami. Dengan 80% data dunia dijangka menjadi tidak berstruktur menjelang tahun 2025, kami memodenkan proses-proses perniagaan untuk tahun-tahun akan datang."

Muat turun laporan: www.ant.works/Avasant-IATools-RadarView

Latar Belakang AntWorks

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai jenis industri. Kunjungi www.ant.works untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks secara hujung-ke-hujung. 

AntWorks diiktiraf sebagai Penginovasi dalam Pengautomatan Pintar RadarViewdlloc Avasant
AntWorks diiktiraf sebagai Penginovasi dalam Pengautomatan Pintar RadarViewdlloc Avasant

 

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191002/2595646-1?lang=0 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: AntWorks
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Survey, Polls & Research Data Analytics