omniture

Inc. Magazine namakan Pengasas TEACH-NOW Dr. Emily Feistritzer Dalam Senarai Sepuluh Pelopor Terbaik

TEACH-NOW
2019-10-03 02:36 187

Pengasas berusia tujuh puluh lapan tahun syarikat baharu pendidikan guru turut dinamakan dalam senarai 100 usahawan terbaik oleh Fast Company   

NEW YORK, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- TEACH-NOW, yang mencabar model pendidikan guru tradisional lapan tahun lalu menerusi kombinasi inovatifnya antara pengajaran secara dalam talian dan dalam bilik darjah, hari ini mengumumkan bahawa pengasasnya, Dr. Emily Feistritzer, telah diiktiraf oleh Inc. Magazine sebagai salah seorang daripada Sepuluh Pelopor Terbaik dalam senarai 100 Pengasas Wanita 2019 dalam edisi Oktober 2019 majalah berkenaan.

Inc. melaporkan: "Seorang bekas biarawati berusia 78 tahun, Feistritzer mendapati lama dahulu bahawa beliau tidak menggemari kaedah pengajaran tradisional. Maka, pada tahun 2011, beliau menubuhkan TEACH-NOW untuk melatih dan memperakui kelayakan guru-guru secara dalam talian. Kini, dengan pensijilan ijazah sarjana dalam bidang-bidang yang mengalami pertumbuhan tinggi seperti pendidikan awal kanak-kanak dan keperluan khas, TEACH-NOW telah membantu 4,000 guru yang beraspirasi di 125 negara. 'Saya terhutang budi segala-galanya kepada ibu saya,' kata Feistritzer. 'Beliau seorang guru.'" 

Awal tahun ini, Fast Company menamakan Dr. Feistritzer sebagai salah seorang daripada 100 Individu Paling Kreatif dalam Perniagaan 2019.

Menurut Fast Company, "Pakar pendidikan Emily Feistritzer telah mengkaji cara terbaik untuk mempersiapkan guru-guru selama lebih 40 tahun, membawa beliau untuk memberi keterangan di hadapan Kongres dan badan perundangan negeri, memberi taklimat kepada anggota-anggota pentadbiran presiden, dan kini, mendorong kebolehcapaian dalam pendidikan."

Dr. Feistritzer telah membina TEACH-NOW menjadi salah satu program pendidikan guru yang paling pantas berkembang di negara ini. Pendekatan unik daripada platform pembelajaran dibina khas untuk persediaan guru memudahkan jalan untuk siswazah kolej, veteran dan mereka yang menukar kerjaya yang lain untuk diperakui kelayakan agar dapat mengajar di Amerika Syarikat dan luar negara. Kejayaannya membawa kepada penubuhan Sekolah Pengajian Siswazah Pendidikan TEACH-NOW yang membolehkan calon-calon memperoleh ijazah Sarjana dalam pendidikan serta mendapat lesen mengajar yang diiktiraf di seluruh dunia.

LATAR BELAKANG TEACH-NOW
Ditubuhkan pada tahun 2011, Sekolah Pengajian Siswazah Pendidikan TEACH-NOW ialah institusi program persediaan guru dan pemberian ijazah yang kolaboratif, berasaskan aktiviti dan bertumpu teknologi yang mana misinya adalah untuk memperkasa guru-guru masa depan demi pelajar-pelajar masa depan dalam dunia akan datang. TEACH-NOW menawarkan program pensijilan guru pasca Ijazah Sarjana Muda selama sembilan bulan dan program ijazah Sarjana dalam Pendidikan selama 12 bulan dengan tumpuan pada globalisasi pendidikan, penyelidikan pendidikan, pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan khas atau mengajar pelajar berbilang bahasa - dengan kepimpinan pendidikan dan teknologi pendidikan yang bakal disusuli tidak lama lagi. TEACH-NOW telah menerima hampir 4,000 pelajar dari 125 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://teach-now.edu/.

Hubungi:
Mollie Fullington (917) 414-1639
Emel: mollconkfull@gmail.com

Source: TEACH-NOW
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Awards