ABU DHABI, UAE, 3 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment telah mengumumkan bintang-bintang unggulan muzik antarabangsa yang akan muncul sebagai penghibur utama Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam pada malam Khamis dan Sabtu sebagai sebahagian daripada FORMULA 1 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX 2019.
Persembahan secara langsung yang pertama itu akan menyaksikan DJ Marshmello menghiburkan hadirin di du Arena, Pulau Yas pada hari Khamis 28 November manakala pertunjukan pada hari Sabtu 30 November pula akan menyaksikan persembahan oleh penyanyi dan pencipta lagu AS Lana Del Ray.
Pengumuman tentang Marshmello dan Lana Del Rey menunjukkan bahawa senarai bintang-bintang terkenal untuk Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini kini selesai, dengan Travis Scott mengambil tempat di pentas pada hari Jumaat 29 November manakala The Killers melabuhkan tirai konsert pada hari Ahad 1 Disember.
Marshmello ialah salah seorang DJ yang terhebat di dunia, dengan strim sebanyak lebih 2 bilion yang mengejutkan di Spotify sahaja manakala 40 juta pendengar bulanan mendengar platform dalam talian tersebut, sementara Lana Del Rey akan membawa identiti unik beliau menerusi penciptaan lagu yang amat bergaya, romantis dan bertenaga ke ibu kota UAE buat julung kalinya.
Diangkat sebagai bakat 'yang muncul sekali dalam satu generasi' oleh pengkritik muzik, Lana muncul dalam bidang muzik antarabangsa menerusi penampilan sulung label utama beliau, Born To Die 2012. Gabungan yang mengujakan antara elemen glamor dan kesayuan yang mengambil inspirasi daripada budaya pop Americana, album ini mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.
Dengan peminat-peminat muzik dari semua peringkat usia menganggap diri mereka sebagai peminat Marshmello, Travis Scott, Lana Del Rey dan The Killers, Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini pastinya akan membuktikan ia menjadi kejayaan besar dalam kalangan peminat perlumbaan yang akan berkunjung ke Abu Dhabi Grand Prix.
Al Tareq Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Yas Marina, berkata: "Kami berasa gembira untuk mengumumkan dua penghibur utama Senarai-A Global akhir bagi menyempurnakan empat malam persembahan muzik secara langsung yang luar biasa di Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam.
"Marshmello dan Lana Del Rey merupakan penutup yang sempurna untuk barisan artis antarabangsa yang hebat yang akan menarik perhatian penggemar muzik dari semua peringkat umur, bangsa dan citarasa. Bersama-sama persembahan oleh Travis Scott dan The Killers, edisi 2019 Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam dilihat bakal menjadi konsert kami yang paling mantap setakat ini."
Tiket-tiket disediakan di www.yasmarinacircuit.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1004956/Lana_Del_Rey.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1004957/Marshmello.jpg