omniture

Adakah Angin Ketidaktentuan Ekonomi Mula Bertiup? Kajian Global Terkini Daripada Universum Dedahkan Peningkatan Jurang Antara Pelajar Gen Z

Universum
2019-10-04 20:00 187

Tinjauan yang Diterima Baik Temui Jenama-jenama dan Sifat Pekerjaan yang Paling Diingini oleh Pelajar-pelajar Perniagaan dan Kejuruteraan/IT Merentas 12 Ekonomi Global Terbesar

NEW YORK, 4 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Tarif, peperangan perdagangan, perubahan iklim dan banyak lagi. Menurut kajian Majikan Paling Menarik di Dunia (WMAE) tahunan global daripada Universum, aspirasi kerjaya sebahagian besar pelajar dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi. Jelas dibahagikan kepada dua segmen, kajian ini mendapati bahawa 53 peratus pelajar Gen Z merupakan pencari jaminan, diikuti oleh 35 peratus pelajar yang memberi tumpuan untuk menginovasi cara mereka melalui cabaran disruptif yang sedang dihadapi oleh dunia pada masa kini.  

Emblem
Emblem

Tahun ini, seramai 247,235 pelajar perniagaan dan kejuruteraan/IT yang berada merentas 12 ekonomi global yang terbesar, mengambil bahagian dalam kajian tahunan yang menganalisis syarikat-syarikat, industri-industri dan sifat-sifat pekerjaan yang dituntut oleh siswazah. Kajian ini memberi pandangan kritikal terhadap himpunan bakat yang sangat dicari-cari ini, memberi pandangan langsung kepada majikan terhadap jangkaan dan aspirasi.

Jenama-jenama terkenal menarik perhatian Gen Z, dengan Google menduduki tempat teratas untuk tahun kesepuluh berturut-turut. Google menarik perhatian birfurkasi Gen Z: sebagai majikan, ia bersifat dinamik dan inovatif, selain besar, berjaya dan terjamin.

Dapatan penting yang lain berhubung majikan, pelajar dan rancangan kerjaya termasuk:

  • Dengan adanya momentum Amazon, satu industri – e-dagang – semakin dikenali dalam kalangan pelajar perniagaan.
  • Perkaitan yang lebih baik antara inovasi, daya kreativiti dan pendapatan tinggi masa depan menjadikan industri auto lebih menarik dan berdaya saing.
  • Tumpuan kukuh pada keseimbangan kerja-kehidupan telah melemahkan keinginan terhadap kerjaya antarabangsa. Ketegangan perdagangan juga mencetuskan tindak balas buruk untuk majikan asing.
  • Untuk pelajar perniagaan, tiga saluran komunikasi utama mereka berkaitan pekerjaan ialah media sosial, laman web kerjaya majikan dan papan kerja dalam talian. Responsnya sedikit berbeza daripada rakan setara kejuruteraan/IT mereka, yang lebih bergantung kepada pameran kerjaya berbanding papan kerja dalam talian.

Senarai Kedudukan Lima Teratas Perniagaan WMAE 2019:

  1. Google (Tidak berganjak)
  2. EY – Ernst & Young (ke-3 pada tahun 2018)
  3. PwC - PricewaterhouseCoopers (ke-6 pada tahun 2018)
  4. Deloitte (Tidak berganjak)
  5. Apple (ke-7 pada tahun 2018)

Senarai Kedudukan Lima Teratas Kejuruteraan/IT WMAE 2019:

  1. Google (Tidak berganjak)
  2. Microsoft (Tidak berganjak)
  3. Apple (Tidak berganjak)
  4. BMW Group (Tidak berganjak)
  5. IBM (ke-7 pada 2018)

Untuk memuat turun laporan penuh, sila kunjungi https://protect-de.mimecast.com/s/RjVmCjYX6XHnPnmnHR_Ub-?domain=bit.ly

Latar Belakang Universum

Universum, sebahagian daripada StepStone Group, ialah firma penyelidikan, perundingan dan pengaktifan dipacu pandangan yang mengkhusus dalam penjenamaan majikan.

Hubungan media Jonas Barck, Ketua Pegawai Pemasaran Global: jonas.barck@universumglobal.com, +46-706933388

Foto - https://protect-de.mimecast.com/s/-2QKCgpRMRuApAyAHNcI46?domain=mma.prnewswire.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1003302/Emblem.jpg  

 

Source: Universum
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Data Analytics