omniture

Desmond Tutu Umum Pemenang-pemenang International Children's Peace Prize 2019: Greta Thunberg (16) Dari Sweden dan Divina Maloum (14) Dari Cameroon

KidsRights
2019-10-04 23:13 210

AMSTERDAM, 4 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- International Children's Peace Prize ialah satu inisiatif oleh pertubuhan hak kanak-kanak Antarabangsa KidsRights. Setiap tahun, pesanan pemenang muda sampai kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Desmond Tutu announces the winners of the International Children’s Peace Prize 2019: Greta Thunberg (16) from Sweden and Divina Maloum (14) from Cameroon
Desmond Tutu announces the winners of the International Children’s Peace Prize 2019: Greta Thunberg (16) from Sweden and Divina Maloum (14) from Cameroon

Bermula dengan seramai 137 orang pemohon yang mengagumkan dari 56 negara, Jawatankuasa Pakar KidsRights memilih Divina dari Cameroon dan Greta dari Sweden sebagai pemenang. International Children's Peace Prize akan dianugerahkan pada 20 November, pada Hari Kanak-kanak Universal di The Hague. Upacara penyampaian anugerah yang amat istimewa itu akan turut meraikan ulang tahun kelima belas International Children's Peace Prize yang menjadi suatu fenomena global dan mencapai 1.2 bilion orang tahun lalu.

Ucapan tahniah secara peribadi daripada Archbishop Tutu

Archbishop Tutu, yang menjadi penaung International Children's Peace Prize dan KidsRights selama lebih sedekad lamanya, berkata dalam satu pesanan peribadi kepada pemenang-pemenang: "Saya kagum dengan anda. Pesanan hebat anda diperkuatkan dengan tenaga muda anda dan kepercayaan teguh bahawa kanak-kanak boleh, bukan, mesti memperbaiki masa depan mereka sendiri. Anda benar-benar pencetus perubahan yang telah menunjukkan dengan cara paling hebat bahawa kanak-kanak dapat menggoncang dunia."

Pengenalan tentang pemenang-pemenang 

"Kesan yang diberikan oleh kedua-dua Greta dan Divina terhadap masa depan ramai kanak-kanak tidak dapat disangkalkan lagi, mereka merupakan pemenang-pemenang yang layak menerima International Children's Peace Prize 2019," kata Marc Dullaert, Pengasas KidsRights dan pengerusi Jawatankuasa Pakar.

Divina Maloum (14 tahun, Cameroon, tema: Keamanan). Sejak tahun 2014, Cameroon telah mengalami serangan pengganas. Apabila Divina melawat bahagian utara negara tersebut, beliau terperanjat apabila melihat kanak-kanak merupakan mangsa terbesar serangan pengganas ini. Beliau menyedari bahawa ramai kanak-kanak tidak mengetahui hak mereka, maka beliau menubuhkan Children for Peace (C4P) bagi memberi amaran kepada mereka tentang penglibatan dalam kumpulan bersenjata dan untuk mengukuhkan penyertaan kanak-kanak dalam usaha pembinaan keamanan dan pembangunan mampan. C4P kini merupakan jaringan dengan 100 orang kanak-kanak merentas sepuluh kawasan di Cameroon. Beliau memperkasa kanak-kanak untuk menjadi pencetus perubahan dan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif-inisiatif keamanan dalam komuniti mereka. Beliau telah mengelolakan kem keamanan kanak-kanak antara komuniti, menubuhkan kelab keamanan di masjid dan bersama-sama kanak-kanak lain untuk membuat deklarasi kanak-kanak terhadap ekstremisme ganas. Divina mempunyai rancangan yang besar untuk masa depan dan tidak akan berhenti mempertahankan hak kanak-kanak untuk hidup dalam suasana aman.

Greta Thunberg (16 tahun, Sweden, tema: Alam sekitar) ialah seorang aktivis iklim dan suri teladan untuk aktivisme iklim pelajar antarabangsa. Ketika berusia lapan tahun, apabila beliau mula mengetahui tentang perubahan iklim, beliau terkejut kerana orang dewasa dilihat tidak mengambil isu tersebut secara serius. Beliau tidak memahami mengapa orang dewasa tidak mengambil tindakan terhadap krisis iklim. Greta menjadi tertekan. Beliau tidak makan, tidak ke sekolah mahupun bercakap selama berbulan-bulan. Amat penting buat Greta untuk mengambil langkah dalam hidup beliau sendiri; beliau mengelakkan perjalanan udara, tidak memakan daging atau produk tenusu dan beliau mempunyai gerakan berhenti membeli, yang bermakna beliau tidak membeli barang baharu. Pada 20 Ogos 2018, Greta mengambil keputusan bahawa masanya telah tiba untuk beliau membawa usaha beliau ke peringkat seterusnya dan bersuara. Beliau ingin lebih ramai orang sedar dan mengambil tindakan. Diinspirasikan oleh pemenang-pemenang International Children's Peace Prize 2018 March for Our Lives, beliau duduk di hadapan parlimen Sweden dengan sepanduk buatan sendiri skolstrejk för klimatet (mogok sekolah demi iklim).

Sila kunjungi laman sesawang untuk maklumat lanjut tentang International Children's Peace Prize http://www.kidsrights.org/childrenspeaceprize.

 

Desmond Tutu announces the winners of the International Children’s Peace Prize 2019: Greta Thunberg (16) from Sweden and Divina Maloum (14) from Cameroon
Desmond Tutu announces the winners of the International Children’s Peace Prize 2019: Greta Thunberg (16) from Sweden and Divina Maloum (14) from Cameroon

 

 

 

 

 

Source: KidsRights
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Awards Children-related news Conservation/Recycling Environmental Issues Public Interest