LONDON, 4 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Program Kerakyatan-melalui Pelaburan Montenegro telahpun beroperasi, menawarkan pelabur-pelabur bernilai bersih tinggi dengan peluang-peluang penting dalam pasaran serantau yang berkembang pesat, pasport hebat dan akses tanpa visa ke seluruh Kawasan Schengen Eropah. Firma Migrasi Pelaburan Henley & Partners ialah salah satu daripada hanya tiga ejen pemasaran lantikan kerajaan untuk program ini. Dengan menambah program kerakyatan eksklusif Montenegro kepada senarai pilihan pelaburan yang sudah sedia hebat untuk HNWI, firma ini mengukuhkan lagi reputasinya sebagai peneraju industri apabila melibatkan perancangan pemastautinan dan kerakyatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners Dr. Juerg Steffen mengulas: "Program Kerakyatan-melalui-Pelaburan Montenegro membawakan peluang luar biasa untuk warga Montenegro dan juga pelabur bernilai bersih tinggi di seluruh dunia. Montenegro ialah salah satu kawasan dengan rahsia tersimpan paling rapi di Eropah, mempunyai keindahan alam semula jadi yang tiada tandingan, industri pelancongan yang berkembang maju, pelbagai peluang pelaburan yang menarik dan warisan budaya yang beraneka. Khidmat nasihat berdaulat, hartanah dan pengalaman pemasaran kami yang ekstensif dan tiada bandingan membuatkan kami yakin bahawa program baharu yang mengujakan daripada negara ini akan melangkaui semua jangkaan. Apabila dilaksanakan dan diurus dengan betul, program-program migrasi pelaburan menawarkan negara-negara dengan cara untuk memanfaatkan aliran pendapatan yang hampir menjamin ketahanan dan pertumbuhan."
Selain menjadi anggota NATO, Montenegro ialah calon yang diiktiraf untuk keahlian akan datang bagi Kesatuan Eropah dan kini menyelaraskan dasarnya dengan dasar EU sebagai sebahagian daripada proses kemasukan standard. Kini menduduki tempat ke-46 dalam Henley Passport Index dengan skor tanpa visa/visa ketibaan sebanyak 122, negara tersebut mempunyai rekod keselamatan yang mengagumkan dan komitmen padu terhadap kedaulatan undang-undang. Bank Dunia mengklasifikasikan Montenegro sebagai salah satu ekonomi Balkan yang berkembang paling pantas dan negara berkenaan mengukuhkan kedudukannya dengan pantas sebagai destinasi strategik yang utama untuk beberapa industri yang paling penting di dunia.
Program Kerakyatan-melalui Pelaburan Montenegro terhad kepada hanya 2,000 pemohon dan menawarkan individu-individu dengan beberapa pilihan dari segi pelaburan termasuk pelaburan sebanyak EUR 450,000 dalam projek-projek di kawasan-kawasan maju atau pelaburan sebanyak EUR 250,000 dalam projek-projek di kawasan-kawasan kurang maju. Pemohon juga diminta untuk membayar caruman EUR 100,000 bagi setiap permohonan yang ditujukan kepada dana khas untuk pertumbuhan di kawasan-kawasan mundur.
Untuk layak menyertai program ini, pemohon utama harus berumur 18 tahun ke atas, memenuhi keperluan permohonan dan membuat pelaburan berkelayakan dalam projek yang diluluskan oleh kerajaan dan juga caruman berkelayakan. Selain itu, pemohon diminta untuk membayar yuran pemprosesan sebanyak EUR 15,000 untuk seorang pemohon, EUR 10,000 untuk setiap pemohon yang mempunyai sehingga tiga orang ahli keluarga dan EUR 50,000 untuk setiap ahli keluarga tambahan selanjutnya.
Sebaik sahaja permohonan diproses oleh kerajaan dan dengan syarat bahawa semua prosedur usaha wajar dipenuhi dengan memuaskan, kerakyatan akan diberikan. Sebaik sahaja diperoleh, kerakyatan Montenegro meliputi ahli-ahli keluarga (diterima oleh anak-anak apabila mereka mencecah umur 18 tahun) dan boleh diwariskan kepada generasi akan datang melalui keturunan.
Rade Ljumović, Pengarah Henley & Partners di Montenegro, mengulas lebih lanjut: "Henley & Partners memuji pertimbangan teliti yang mana pihak Kerajaan Montenegro telah memilih penyedia usaha wajar dan berharap dapat menyokong Montenegro pada bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang tatkala negara tersebut memperoleh banyak faedah yang dapat disediakan oleh program-program migrasi pelaburan yang diurus dengan baik. Pengalaman luas kami telah menunjukkan kepada kami bahawa selain keuntungan ekonomi, pemohon-pemohon yang berjaya membawa faedah-faedah tidak ketara kepada negara-negara penerima, seperti kemahiran yang sukar didapati dan jaringan global yang beraneka. Mereka menambah kepelbagaian dan turut menaikkan negara-negara tuan rumah melalui perkhidmatan yang bertambah baik dan inovatif, yang mencipta peluang pekerjaan dan keusahawanan baharu."
Hubungan Media:
Paddy Blewer
Pengarah Perhubungan Awam Kumpulan
paddy.blewer@henleyglobal.com