![]() |
Lanjutkan strategi IGEL untuk jadi Sistem Operasi pinggir untuk ruang kerja awan
READING, England, 5 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- IGEL, penyedia Sistem Operasi (OS) pinggir generasi seterusnya untuk ruang kerja awan, hari ini mengumumkan pelantikan WESTPAC INC bagi tujuan pengedaran perisian di Korea Selatan dan Asia Tenggara, lantas melanjutkan strateginya untuk menjadi penyedia OS pinggir untuk ruang kerja awan.
"WESTPAC telah membina reputasi yang mengagumkan di wilayah berkenaan sepanjang dekad lalu, asalnya dalam sektor semikonduktor dan komponen elektrik dan kemudiannya dalam bidang pengkomputeran awan menerusi perkongsiannya dengan syarikat-syarikat seperti Teradici, AMD, Leostream dan kini IGEL," kata Leigh Howard, Pengarah Jualan Antarabangsa di IGEL. "Kombinasi antara produk perisian yang terkemuka di dunia daripada IGEL dan pengetahuan WESTPAC tentang Korea dan Asia Tenggara meletakkan kami di kedudukan kukuh untuk berkembang menerusi kejayaan besar yang kami kecapi di Amerika Utara dan juga Eropah."
Henry Kim, Ketua Pegawai Eksekutif untuk WESTPAC INC, menambah: "Dengan sistem operasi pinggir generasi seterusnya, IGEL merevolusikan cara titik akhir diurus dan dijamin dalam persekitaran awan dan VDI. Sokongan agnostiknya untuk Microsoft WVD, Amazon, Citrix dan VMware meletakkan kedudukan IGEL sebagai pendorong utama bagi ruang kerja awan untuk ruang kerja moden. Kami dapat melihat permintaan tinggi yang amat kukuh untuk jenis penyelesaian perisian ini dan berharap dapat membantu IGEL untuk menjadi penyedia OS pinggir de facto di wilayah ini."
IGEL mengumumkan keputusan mencatat rekod untuk separuh pertama tahun 2019. Pertumbuhan pendapatan perisian di rantau Amerika Utara sahaja, mengungguli sebanyak 147% semasa tempoh tersebut berbanding tahun sebelumnya dengan pertumbuhan 142% dalam unit titik akhir yang dihantar, termasuk titik akhir tentuan perkakasan dan perisian. Di seluruh dunia, pendapatan IGEL untuk separuh pertama tahun 2019 meningkat 47%, berbanding tahun sebelumnya.
Asas kepada kejayaan syarikat ialah kejayaan jualan baru-baru ini dalam sektor penjagaan kesihatan, jualan runcit, perkhidmatan kewangan, kerajaan persekutuan dan pembuatan. Jualan-jualan ini telah didorong oleh penyelarasan dan penyepaduan yang membuahkan hasil dengan Citrix, Microsoft, Amazon dan VMware tatkala IGEL meluaskan jejak dominannya sebagai OS pinggir generasi seterusnya untuk ruang kerja awan, menghubungkan sebarang perkakasan, menggunakan sebarang protokol, pada sebarang awan untuk pengkomputeran pengguna akhir yang diurus dengan selamat, di mana-mana jua.
Latar Belakang IGEL
IGEL menyediakan Sistem Operasi (OS) pinggir generasi seterusnya untuk ruang kerja awan. Produk-produk perisian yang terkemuka di dunia daripada syarikat termasuk IGEL OS™, IGEL UD Pocket™ (UDP) dan IGEL Universal Management Suite™ (UMS). Penyelesaian-penyelesaian ini terdiri daripada platform pengurusan dan kawalan titik akhir yang lebih terjamin, boleh diurus dan berkesan kos merentas hampir sebarang peranti x86. Mudah diperoleh dengan hanya dua tawaran perisian yang beraneka ciri— Edisi Ruang Kerja (Workspace Edition) dan Pek Pengurusan Perusahaan (Enterprise Management Pack) — perisian IGEL membawa nilai luar biasa bagi setiap pelaburan. Di samping itu, penyelesaian titik akhir rekayasaan Jerman IGEL memberi jaminan perkakasan terbaik dalam industri (5 tahun), penyelenggaraan perisian (3 tahun selepas akhir hayat) dan fungsian pengurusan. IGEL membolehkan perusahaan untuk menjimatkan banyak wang dengan melanjutkan hayat berguna peranti titik akhir sedia ada mereka sambil mengawal semua peranti dengan tepat yang beroperasi dengan OS IGEL daripada antara muka papan pemuka tunggal. IGEL mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia dan diwakili oleh rakan-rakan kongsi di lebih 50 negara. Untuk maklumat lanjut tentang IGEL, kunjungi www.igel.com.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/644425/IGEL_Logo.jpg