omniture

Keputusan Kajian Klinikal gunakan Sistem Pengimejan Pendarfluor MolecuLight i:X® Jelas Ditampilkan di Persidangan Tahunan Wounds Canada 2019

MolecuLight
2019-10-07 05:36 140

Pengimejan Pendarfluor Titik-Jagaan untuk Luka Kronik dan Manfaat Klinikal Pentingnya Ditampilkan di Persidangan Penjagaan Luka Kanada Terbesar dalam 5 Ceramah dan Poster Klinikal

NIAGARA FALLS, Ontario dan TORONTO, 6 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- MolecuLight Inc., peneraju dunia bagi pengimejan pendarfluor pegang untuk visualisasi waktu nyata bakteria bagi luka kronik, dan peranti pengimejan pendarfluor titik-jagaan i:X ditampilkan dengan jelas di Persidangan Tahunan Wounds Canada 2019. Persidangan ini, yang merupakan persidangan klinikal penjagaan luka Kanada yang terbesar, diadakan di Niagara Falls, Ontario mulai 4 – 6 Oktober 2019.

"Kami teruja apabila keputusan klinikal daripada begitu ramai pelanggan global kami dibentangkan di Wound Canada 2019, kesemuanya berkongsi manfaat klinikal penting yang diperoleh menggunakan platform pengimejan pendarfluor MolecuLight i:X kami," kata Anil Amlani, Ketua Pegawai Eksekutif MolecuLight. "Keputusan yang berjaya daripada pelbagai kajian klinikal kami menggambarkan sejauh mana pengimejan pendarfluor, dalam pelbagai persekitaran klinikal dan melalui banyak pengendali berbeza, memberi manfaat waktu sebenar yang ketara terhadap pengurusan luka kronik."

Lima pembentangan klinikal yang memetik peranti pengimejan pendarfluor MolecuLight i:X ialah:

  • " A prospective multi-site observational study incorporating bacterial fluorescence information into the UPPER/LOWER infection checklists " ("Kajian pemerhatian berbilang tapak prospektif menggabungkan maklumat pendarfluor bakteria ke dalam senarai semak jangkitan bahagian ATAS/BAWAH")
    Rosemary Hill dan Kevin Woo (
    Abstrak #0012, 4 Oktober @ 10:10 pagi – 11:40 pagi)
        
  • "Bacterial fluorescence image guidance of antimicrobial decision-making and stewardship: A 350-patient multi-site clinical trial" (Panduan imej pendarfluor bakteria bagi pembuatan keputusan dan pengawasan antimikrob: Percubaan klinikal berbilang tapak dengan 350 pesakit)
    Thomas Serena et al. (Abstrak #0030, 4 Oktober @ 2:40 petang – 4:10 petang)
        
  • " In vivo and in vitro detection of porphyrin-producing wound pathogens, planktonic and in biofilm, with real-time bacterial fluorescence imaging " ("Pengesanan in vivo dan in vitro patogen luka yang mengeluarkan porfirin, plankton dan dalam biofilem, dengan pengimejan pendarfluor bakteria waktu nyata")
    Laura M. Jones, Allie C. Smith et al. (Abstrak #0032, 5 Oktober @ 2:30 petang – 4:00 petang)
       
  • " Routine assessment of chronic wounds can efficiently incorporate wound size and bacterial fluorescence information with a point-of-care imaging device " ("Penilaian rutin luka kronik dapat menggabungkan dengan berkesan saiz luka dan maklumat pendarfluor bakteria dengan peranti pengimejan titik-jagaan")
    Laura M. Jones, Ron Linden et al. (Abstrak #0031, 5 Oktober @ 2:30 petang – 4:00 petang)
       
  • " Wound assessment paradigm shift: a 350-patient multi-site clinical trial incorporating bacterial fluorescence imaging into standard of care " ("Anjakan paradigma penilaian luka: percubaan klinikal berbilang tapak dengan 350 pesakit menggabungkan pengimejan pendarfluor bakteria kepada standard penjagaan")
    Thomas Serena et al. (Abstrak #0034, 5 Oktober @ 4:15 petang – 5:45 petang)

Di samping pembentangan tersebut, demonstrasi amali peranti i:X ditawarkan di Reruai # 905 MolecuLight di Dewan Pameran (Dewan Besar CDE, Fallsview Casino Resort, Niagara Falls, Ontario).

Latar Belakang MolecuLight Inc.

MolecuLight Inc. (www.moleculight.com) ialah sebuah syarikat pengimejan perubatan Kanada milik persendirian yang telah membangunkan dan mengkomersialkan teknologi platform pengimejan pendarfluor proprietarinya dalam pelbagai pasaran klinikal dan komersial. Produk dan aksesori awal MolecuLight, MolecuLight i:X®, memberikan penyelesaian pengimejan pendarfluor pegang waktu nyata untuk pasaran penjagaan luka global. Ia menyediakan pakar perubatan dengan maklumat baharu tentang ciri-ciri luka pendarfluor bagi membantu pakar perubatan untuk membuat keputusan diagnosis dan rawatan yang lebih baik. Syarikat turut mengkomersialkan teknologi platform pengimejan pendarfluor uniknya untuk pasaran-pasaran lain yang mengalami keperluan tidak dipenuhi yang relevan di seluruh dunia termasuk keselamatan makanan, kosmetik pengguna dan pasaran-pasaran perindustrian utama yang lain.

Untuk maklumat lanjut: Rob Sandler, Ketua Pegawai Pemasaran, MolecuLight Inc., M. +1.416.274.8166, rsandler@moleculight.com, www.moleculight.com

Source: MolecuLight
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news