SINGAPURA, 7 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pemimpin pemikiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang Teknologi, Strategi dan Kepimpinan serta bekas pengerusi Marsh & McLennan Companies Asia Su-Yen Wong, menyertai PeopleStrong sebagai ahli Lembaga Bebas. PeopleStrong ialah syarikat Sumber Manusia (HR) dan teknologi Kerja yang terbesar dan paling pantas berkembang di Asia yang kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 775 ribu pengguna dan lebih 250 perusahaan. Syarikat ini mempunyai ibu pejabat korporatnya di Gurgaon, India dan awal tahun ini menubuhkan pejabat serantaunya di Singapura.
Mengulas tentang hal ini, Pankaj Bansal, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, PeopleStrong berkata, "Kami teruja dengan adanya Su-Yen dalam lembaga ini. Perjalanan beliau dalam dunia Teknologi telah memberi inspirasi dan kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan beliau, tatkala kami mengukuhkan kedudukan kami di Asia Tenggara."
Seorang pemimpin perniagaan berbakat, berbilang budaya yang telah menetap dan bekerja di seluruh dunia, Su-Yen berupaya menavigasi pandangan dan nilai Barat dan Asia dengan lancar. Kini beliau berkhidmat dalam Lembaga beberapa organisasi awam, swasta dan bukan untung. Beliau merupakan Pengerusi Nera Telecommunications, dan Pengarah Bebas di Yoma Strategic Holdings, MediaCorp, NTUC First Campus dan CPA Australia. Terdahulu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Human Capital Leadership Institute; Pengerusi (Singapura) untuk Marsh & McLennan Companies; Rakan Kongsi Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Tenggara di Mercer; serta Rakan Pengurusan Asia untuk amalan Komunikasi, Maklumat & Hiburan di Oliver Wyman.
Beliau merupakan ahli utama Majlis Pentadbiran bagi Singapore Institute of Directors dan seorang ahli yang aktif dalam Women Corporate Directors serta Young Presidents' Organization. Beliau berkelulusan B.A. (summa cum laude) dalam bidang muzik dan sains komputer daripada Linfield College dan juga M.B.A. daripada Kenan-Flagler Business School, University of North Carolina.
Mengulas tentang penyertaan beliau, Su-Yen berkongsi, "PeopleStrong telah mencipta kisah yang unik dan mengagumkan dalam pasaran Teknologi HR India. Masa depan kelihatan sama cerah tatkala mereka bersiap sedia untuk mengubah Kisah-kisah HR dan Teknologi Kakitangan di seluruh Asia Tenggara. Saya berasa amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini."
PeopleStrong telah bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan yang terkemuka di Asia selama lebih sedekad setakat ini. Produk-produknya telah membantu memberi kesan kepada produktiviti kakitangan dan pengalaman dalam organisasi-organisasi merentas industri-industri. Penawarannya bukan sahaja termasuk suit produk Teknologi HR yang komprehensif tetapi juga platform Kolaborasi Terjamin dan Pintar Zippi, yang dilancarkan baru-baru ini. Aplikasi HR Tech daripada syarikat merupakan aplikasi dengan kedudukan terbaik dalam dunia dengan penarafan yang tiada tandingan dalam kedua-dua kedai aplikasi android dan apple. Organisasi-organisasi seperti True Corporation, Singapore life, Aditya Birla Capital, Future Group, Yum dan banyak lagi menggunakan produk-produk PeopleStrong hari ini.
Latar Belakang PeopleStrong
PeopleStrong ialah sebuah syarikat Sumber Manusia (HR) dan Teknologi Kerja terkemuka dari Asia, yang memperkayakan pengalaman untuk lebih 250 pelanggan dan lebih 750,000 pengguna di seluruh dunia. Dalam perjalanannya untuk menulis #NewCodeofWork, suit produk PeopleStrong termasuk aplikasi generasi seterusnya dalam bidang Teknologi HR (Pemerolehan Bakat, Pengurusan Modal Insan, Pengurusan Bakat), Kolaborasi, Kecerdasan dan Analitik serta platform. Terkenal dengan kecenderungannya untuk menginovasi, PeopleStrong mempunyai banyak produk pertama dengan namanya, yang terbaharu ialah aplikasi Pembelajaran Mesin dalam Perekrutan (melalui Pemadanan) dan Pengalaman Pekerja (melalui Bot Sembang HR pertama India Jinie). PeopleStrong ialah syarikat pertama dalam bidang ini yang berjaya dinilai pada SSAE18 dan baru-baru ini memenangi Anugerah Pilihan CIO untuk Pengurusan Bakat pada Awan yang berprestij.
Hubungan Media:
Kamakshi Pant
Kamakshi.pant@peoplestrong.com
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/1005610/Su_Yen_PeopleStrong.jpg