- Untuk Twit berita ini, salin dan tampal: @ENOC Group perkenal astakanya di Expo 2020 Dubai: pengunjung dibawa melalui perjalanan menarik untuk 'memperbaharui konsep tenaga' #InspiringEnergy bit.ly/2pARUo7
DUBAI, UAE, 7 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- ENOC Group, Rakan Kongsi Tenaga Bersepadu Rasmi untuk Expo 2020 Dubai, memperkenalkan rancangan untuk mempamerkan salah satu astaka yang paling menarik di Expo 2020 Dubai, direka untuk menginspirasikan pengunjung melalui acara selama enam bulan itu, yang dibuka pada 20 Oktober 2020. Dikonseptualisasikan secara unik, astaka ini akan menekankan kepimpinan ENOC melalui tema, 'Perbaharui Konsep Tenaga'.
TYT Saif Humaid Al Falasi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ENOC, berkata: "Selama lebih 25 tahun, kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke arah memenuhi keperluan tenaga negara dan mengubah sektor tenaga melalui operasi bersepadu kami dan juga penawaran perkhidmatan yang inovatif. Astaka kami membawakan pengalaman inovatif dan imersif sepenuhnya yang mengubah pemahaman konvensional tentang tenaga. Kami yakin dapat mencipta pengalaman yang harus dikunjungi di Expo 2020 Dubai."
TYT Reem Al Hashimy, Menteri Negara untuk Kerjasama Antarabangsa dan Ketua Pengarah Expo 2020 Dubai, berkata: "ENOC telah menjadi pengusaha utama dalam industri tenaga global dan merupakan penyumbang penting kepada kemajuan UAE. Expo 2020, Pameran Terhebat di Dunia bagi kecemerlangan dan pencapaian manusia, merupakan platform yang ideal untuk menunjukkan sejauh mana ENOC berusaha untuk membentuk masa depan yang lebih mampan dan inovatif untuk sektor tenaga."
Tema astaka ini diperoleh daripada reka bentuk tangki simpanan minyak dengan lima struktur termasuk empat 'rumah' dengan naratif yang berbeza: Penemuan – apa itu tenaga; Manfaat – apa yang boleh diberikan oleh tenaga; Kolaborasi – apa yang diperlukan oleh tenaga; dan Perbaharui Konsep – apa yang dijanjikan oleh tenaga. Astaka ini juga menampilkan 'The Hive,' ruang untuk pemegang kepentingan melibatkan diri bagi mencari jawapan untuk persoalan yang belum dijawab dalam industri.
Astaka ini dibina menggunakan 650 tan keluli dan direka dengan mengambil kira penggunaan legasi yang berpotensi. Dengan lawatan empat 'rumah' yang mengambil masa 18 minit, pengunjung dapat 'merasakan' tenaga melalui naratif audio-visual, pengalaman deria, pemasangan kinetik dan unjuran interaktif. Astaka ini akan menonjolkan elemen-elemen dipacu kemampanan termasuk bahan lantai dikitar semula di kawasan permainan kinetik dan pemeluwapan daripada penyamanan udara yang diperoleh untuk pengairan landskap.
ENOC akan mempunyai stesen perkhidmatan reka bentuk konsep baharu di tapak Ekspo, dibina berdasarkan rangka luar struktur pokok Ghaf. Direka untuk menjadi stesen diperakui LEED Gold yang pertama di rantau ini, ia akhirnya akan berkhidmat untuk District 2020.
Untuk butiran:
Kelly Home
ASDA'A BCW
+9714-4507600
kelly.home@bcw-global.com
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1005582/ENOC_Expo_2020_Flythrough.mp4
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1005580/ENOC.jpg