- H. Upmann Magnum 56 Jar ialah produk unik yang dirancang untuk saluran Bebas Cukai dan Perjalanan Runcit sahaja
- Keluaran baharu ini dipersembahkan secara eksklusif di Sidang Kemuncak Jualan Bebas Cukai & Perjalanan Global di Cannes, Perancis
HAVANA, 7 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A. telah mempersembahkan H. Upmann Magnum 56 Jar di Sidang Kemuncak Jualan Bebas Cukai & Perjalanan Global yang diadakan di Cannes, produk eksklusif yang baharu untuk kedua-dua saluran pengedaran ini. Jar tersebut mengandungi 20 unit vitola Magnum 56 (56 tolok gelang x 150 mm panjang) daripada jenama H. Upmann yang berprestij.
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik pada laman sesawang di bawah: https://www.multivu.com/players/uk/8620051-habanos-h-upmann-magnum-56-jar-cannes.
Vitola ini menjadi kepunyaan jenama yang dianggap sebagai penanda aras untuk Habanos yang lebih berkualiti dan dilancarkan dalam pasaran menerusi jar 20-unit yang mengandungi Habanos yang dibuat " Totalmente a Mano con Tripa Larga " - Buatan tangan sepenuhnya dengan Isian Panjang – daripada daun-daun yang dipilih khas oleh pakar torcedores Cuba –penggulung cerut- dari kawasan Vuelta Abajo* di Pinar del Río*, dianggap sebagai kawasan penanaman tembakau yang terbaik di dunia.
Vitola Magnum 56 merupakan produk Habano yang mempunyai tolok gelang yang berat yang mengikuti trend semasa peminat-peminat Habano serta mempunyai rasa dengan kekuatan yang lembut hingga sederhana yang mencirikan campuran jenama ini.
Sidang Kemuncak Jualan Bebas Cukai & Perjalanan Global Antarabangsa di Cannes (Perancis), dianjurkan oleh Pameran & Persidangan Dunia TFWA telahpun diadakan antara hari Ahad 29 September dan hari Jumaat 4 Oktober. Di samping H. Upmann Magnum 56 Jar, Habanos, S.A mempamerkan beberapa pelancaran tahun 2019 yang paling simbolik seperti Trinidad Media Luna dan Topes, Romeo y Julieta Maravillas 8, yang meraikan Tahun Baru Cina dan Quai d'Orsay Senadores Edisi Terhad 2019. Sidang Kemuncak Global ini mempamerkan jenama-jenama premium yang mana pengunjung juga berpeluang untuk menikmati beberapa persidangan dan bengkel yang menyempurnakan program yang komprehesif.
Acara di Cannes ini merupakan acara yang sempurna bagi meraikan Ulang Tahun ke-25 Corporación Habanos, S.A. dengan menganjurkan majlis makan malam penghormatan khas dengan kehadiran semua eksekutif tertinggi Habanos, S.A. dan kebanyakan daripada pengedar utamanya dari serata dunia.
Penghargaan istimewa perlu diberikan kepada Herman Upmann, pencipta jenama H. Upmann 1844. Seorang jurubank Jerman yang mana minat beliau terhadap Habanos membawa beliau untuk menetap di Havana pada tahun 1840 di mana beliau menubuhkan sebuah bank dan sebuah kilang Habanos. Bank tersebut telah ditutup, namun jenama Habanos beliau masih kekal hingga hari ini dan dianggap sebagai contoh bagi Habanos yang paling berkualiti, yang mempunyai rasa dengan kekuatan yang lembut hingga sederhana. Pingat-pingat emas yang menghiasi kotak tersebut telah dimenangi oleh jenama berkenaan menerusi tidak kurang daripada sebelas pameran antarabangsa sepanjang abad kesembilan belas dan merupakan unsur tersendiri dalam persembahannya. Dengan rangkaian vitola dicirikan oleh rasanya yang lembut hingga sederhana, Linea Magnum Habanos amat mudah dikenali.
*Apelasi Asal Terpelihara
Bahan Grafik: Pautan
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1005673/The_H__Upmann_Magnum_56_Jar.jpg
Untuk maklumat akhbar selanjutnya : press.habanos@yr.com
Carla Lladó
Tel: +34-669-54-69-09
Leyre Merino
Tel: +34-93-201-10-28