omniture

PM Group Thailand Peroleh Tawaran Perlesenan Strategik Untuk Teknologi Conflow Power Di Asia Tenggara

ILOCX
2019-10-08 01:41 135

International License Offering Exchange (ILOCX) jalin kolaborasi penting buat pertama kali antara ConFlow Power di Asia bersama PM Group yang merupakan salah satu gabungan kumpulan terbesar di Thailand

LONDON, 7 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- PM Group Company Limited dan ConFlow Power telah bersetuju dengan syarat bagi perjanjian pelesenan eksklusif yang merangkumi seluruh Asia dan rantau ASEAN. Antara negara yang terlibat ialah Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Vietnam, Myammar, Brunei, Kemboja dan Laos.

ConFlow will Power the Next Wave of Life (PRNewsfoto/ConFlow)
ConFlow will Power the Next Wave of Life (PRNewsfoto/ConFlow)

PM Group aktif mengusahakan pembangunan portfolio pelaburan strategik dalam pelbagai bidang termasuk teknologi disruptif dan tenaga boleh diperbaharui. ConFlow Power memilih pendekatan 'fast to market (pantas ke pasaran)' untuk teknologi bateri penjanaan semula. Perkongsian antara kedua-dua kumpulan ini membawa nilai bersama yang istimewa dan kekuatan yang saling melengkapi kepada model perniagaan global mereka.

Teknologi ConFlow Power yang berpotensi untuk mengubah industri telah memberikan hasil prestasi yang cemerlang kepada PM Group, semasa lawatan usaha wajar di London pada September tahun ini, peranti ini telah menjalani ujian ketahanan dan berbilang prosedur pengurangan dan cas semula yang berlangsung selama dua hari.

Susulan lawatan yang berjaya oleh PM Group, rundingan telah dimuktamadkan, dan kini PM Group telah memperluaskan portfolio pelaburannya secara formal dan mewakili ConFlow Power secara eksklusif di rantau ASEAN Asia Tenggara.

Edward Fitzpatrick Ketua Pegawai Eksekutif ILOCX berkata, "Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan PM Group sebagai rakan kongsi dalam ConFlow Power. Ia meluaskan skop dan membolehkan kemasukan yang pantas ke kawasan terpenting di dunia dengan Asia Tenggara menempatkan lebih 640 juta pengguna, US$2.8 trilion dalam KDNK, dan pasaran ketiga terbesar di dunia dengan potensi permintaan yang tinggi untuk teknologi ConFlow Power."

Chalermchai Mahagitsiri, Ketua Pegawai Eksekutif PM Group menyatakan, "Perkongsian eksklusif yang dijalinkan bersama ConFlow Power, yang pertama di Asia, membolehkan PM Group berada di barisan hadapan teknologi transformatif berpaten yang selamat digunakan, mesra alam dan murah untuk dikilangkan."

ConFlow Power kini sedang membangunkan satu rangka tindakan pembuatan ultra-moden dimana para pembangun boleh menghantar imej 3D sarung bateri yang ditempah khas untuk percetakan dan ujian dalam makmal. Setelah proses ujian selesai, pesanan pembelian akan diambil dan sarung dibuat mengikut pesanan, kesemuanya menggunakan kontrak pintar dan lejer teragih.

Pendekatan ini akan memudahkan penggunaan pantas bagi peranti merentasi banyak sektor dan berbilang lokasi negara. Ia juga membantu strategi yang direka untuk mengkonsainkan semua cabaran dalam pembangunan dan kos untuk berbagai jenis peranti ke atas rakan kongsi yang dilesenkan yang akan berada di bawah Perjanjian Lesen Induk PM Group untuk rantau ini.

Latar Belakang PM Group

PM Group ialah salah satu konglomerat Thai pegangan swasta yang terkemuka dengan kepentingan yang terdiri daripada penghantaran, khidmat minyak & gas, filem plastik, perlombongan dan baja, makanan dan minuman, makanan kesihatan & suplemen pemakanan, hiburan, pembangunan hartanah, padang golf dan pelaburan ekonomi digital.

Latar Belakang ConFlow Power

ConFlow Power ialah nama perdagangan bagi E-Getx Limited yang berdaftar di United Kingdom. E-Getx ialah pemilik teknologi berpaten yang berperanan sebagai peranti kuasa elektrik yang selamat dan murah, menjana voltan secara berterusan dengan menarik elektron dari atmosfera dan dikumpul melalui filem Nano yang dicipta oleh pereka cipta syarikat.

generated by system

Hubungi: info@ConFlowPower.com
Hubungan Akhbar: + 44(0)203-290-2442
Hubungan ConFlow Asia: info@ConFlowAsia.com

Source: ILOCX
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements