omniture

BIGO Hidupkan Kecerdasan Buatan di GITEX 2019

BIGO Technology
2019-10-10 01:25 190

- Sertai penginovasi berpangkalan di Singapura yang terkemuka di astaka negara Singapura

- Pamer inovasi dalam aplikasi video dan teknologi baru muncul

DUBAI, UAE, 9 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Syarikat Internet yang berpangkalan di Singapura BIGO, syarikat induk bagi aplikasi video tersendiri seperti imo dan BIGO LIVE, memberi tumpuan kepada potensi inovatif Kecerdasan Buatan (AI) untuk memberi kesan kepada kehidupan seharian di rantau MENA. Di GITEX 2019, BIGO akan mendemonstrasikan penggunaan proses didayakan AI merentas aplikasi seperti sistem pengesanan dan pengecaman wajah selain sistem pengurusan kandungannya bagi memastikan tahap kualiti tinggi kandungan yang disajikan kepada berjuta-juta penggunanya di seluruh rantau tersebut.

AI ialah salah satu trend mega di GITEX 2019, acara teknologi yang terkemuka di rantau tersebut. Di bawah tema, 'Mensinergikan minda dan ekonomi teknologi', edisi tahun 2019 pameran teknologi ini akan mengetengahkan impak luas AI merentas setiap lingkungan, menggelarnya 'minda teras dalam semua teknologi baru muncul'.

Menawarkan suit aplikasi video yang menghiburkan dan interaktif yang popular di seluruh rantau MENA, BIGO membina AI ke dalam teras utama portfolio teknologinya. Ini termasuk teknologi teras AI untuk pengecaman imej dan wajah, kecerdasan video dan pemprosesan suara. Penggunaan AI oleh BIGO dalam pengurusan kandungan merupakan alatan penting untuk memantau lebih 300 juta imej dan video setiap bulan dan memberi tanda kepada manusia bagi tujuan semakan lanjut. Di samping itu, alatan AI BIGO adalah agak tangkas dan boleh dilaksanakan dan disesuaikan dengan mudah kepada platform-platform sedia ada dan baharu.

Jackson Liu, Ketua Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah, BIGO berkata: "Kami teruja dengan penampilan sulung kami di GITEX tahun ini dan tidak sabar-sabar untuk berinteraksi, berhubung dan berkongsi kepakaran dengan industri teknologi serantau. Trend mega seperti AI amat dekat di hati dan perniagaan kami; kami percaya bahawa terdapat potensi dan peluang yang penting untuk pembangunan AI melalui pemegang kepentingan dalam sektor-sektor berbeza. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan semua pihak ini dan mengurus kandungan berdasarkan apa yang dianggap boleh diterima dan menarik dalam setiap negara kami beroperasi."

BIGO Technology telahpun membuat penembusan penting ke rantau MENA menerusi kepakaran AInya. Ia menggaji lebih 300 kakitangan di Cairo, Mesir, yang mana kakitangannya termasuk mereka yang berdedikasi kepada pengurusan kandungan serantau dan jaminan kualiti; serta mengumumkan pelaburan dalam pejabat baharu di Amman, Jordan selain mengambil bekerja 50 pakar AI di Jordan pada tahun 2019.

Kunjungi BIGO Technology di astaka negara Singapura di gerai pameran C26, Dewan 1, Pusat Pameran Pusat Dagangan Dunia Dubai.

 

Source: BIGO Technology
Keywords: Biometrics Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Trade show news