omniture

Urkund Dianugerah Kontrak Seluruh Negara di India

Prio Infocenter AB
2019-10-10 16:00 197

India berusaha tingkatkan penyelidikan dan inovasi dengan tender global bersejarah 

STOCKHOLM, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Urkund, sebuah firma teknologi Sweden dengan kepakaran dalam analisis teks yang dikuasakan oleh pembelajaran mesin, baru-baru ini dianugerahkan kontrak seluruh negara untuk membekalkan semua universiti di India dengan perisian pencegahan plagiat. Kerajaan India berusaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dalam institusi-institusi akademik negara dengan menghalang salah laku dan plagiat dalam penyelidikan, demi menggalakkan keaslian dan juga inovasi.

Bercakap kepada Lembaga Penasihat Pusat Pendidikan, Menteri Sumber Manusia Kesatuan, Shri Ramesh Pokhriyal, berkata bahawa "[perisian tersebut] akan membantu dengan ketara untuk meningkatkan kualiti hasil penyelidikan dengan memastikan keaslian idea dan penerbitan oleh para ilmuwan penyelidikan."

Rakan kongsi tempatan sekian lama Urkund, eGalactic memainkan peranan penting dalam proses tender tersebut, mendapat komitmen dan kepercayaan daripada kerajaan India. Dengan 1,045 buah institusi, program kemasukan (onboarding) merupakan perkadaran yang belum pernah terjadi sebelum ini yang menghimpunkan institusi-institusi dari semua kawasan geografi di India di 5 lokasi sepanjang 2 minggu.

"Kami amat berbangga kerana diberi kepercayaan untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan di India, demokrasi yang terbesar di dunia," ulas Andreas Ohlson, Ketua Pegawai Eksekutif Urkund. "Selain itu, tender itu sendiri merupakan petanda baik tanggungjawab kerajaan dan pengawasan terhadap cabaran dalam menangani isu plagiarisme. Saya harus katakan bahawa ia memberi pilihan penyelesaian yang terbaik terhadap apa yang saya percaya merupakan keperluan teknologi paling sukar yang pernah saya lihat setakat ini."

Tender ini dimulakan oleh Kementerian Pembangunan Sumber Manusia (MHRD) yang memberi kepercayaan kepada Information and Library Network Centre (INFLIBNET), Pusat Antara Universiti bagi Suruhanjaya Geran Universiti (UGC), dengan tender dan proses perolehan.

Latar Belakang Urkund 

Urkund menyokong institusi akademik, sekolah menengah, dan perbadanan dalam inisiatif-inisiatif keberkesanan dan kualiti institusi mereka dengan menyediakan sistem automatik sepenuhnya bagi menyemak keaslian teks dan mencegah plagiat. Perisian ini disepadukan sepenuhnya ke dalam semua sistem pengurusan pembelajaran utama dan menggunakan pembelajaran mesin canggih bagi memberi ketepatan yang memenangi ujian. Selama 20 tahun berada di hadapan dalam menggalakkan integriti akademik, Urkund kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5,000 institusi hampir di 80 negara seluruh dunia. Urkund dibangunkan oleh Prio Infocenter AB, sebuah syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Stockholm, Sweden. Kunjungi www.urkund.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Hubungi: Carl-Fredrik Wållgren, Ketua Pegawai Pemasaran
Telefon: +46-70-279-39-59
Emel: carl-fredrik.wallgren@urkund.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1007708/Urkund_Logo.jpg

 

Source: Prio Infocenter AB
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Contracts New products/services