omniture

Huawei Fusion Solar Kuasakan Kawasan-kawasan Terpilih Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing

Huawei
2019-10-10 21:04 803

BEIJING, 10 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Pada 25 September, Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, lapangan terbang yang terbesar di dunia, telahpun beroperasi. Sistem PV teragih atas bumbung grid-terikat di kawasan kargo, landasan kapal terbang timur serta kawasan jet perniagaan telah beroperasi dengan jayanya pada September baru ini. Ia menggalakkan pembangunan sistem PV dan aplikasi tenaga boleh diperbaharui dalam bidang penerbangan awam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar
Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar

Dengan Penyelesaian PV Pintar Huawei FusionSolar, projek 5.61 MWp ini merintis aplikasi tenaga bersih dalam penerbangan awam. Selepas sambungan grid, 6.1 GWh tenaga mesra alam akan dibekalkan kepada grid kuasa setiap tahun, yang bersamaan dengan 1,900 tan penjimatan arang batu standard sambil mengimbangi 966 tan CO2 dan 14.5 tan jejak SO2 setiap tahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar
Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar

Pemilik projek ini menyatakan bahawa loji PV dengan Penyelesaian PV Pintar Huawei FusionSolar sebagai sumber tenaga mesra alam yang andal untuk lapangan terbang tersebut hasil daripada penyepaduan teknologi maklumat digital yang termaju dan hasil yang lebih tinggi, O&M pintar serta ciri-ciri yang selamat & andal. Sebagaimana yang kita ketahui, keselamatan lapangan terbang merupakan keutamaan tertinggi. Penyelesaian teragih Huawei FusionSolar berusaha bersungguh-sungguh dari segi pertimbangan keselamatan bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggan. Sebagai contoh, teknologi penyampuk litar kegagalan-arka didayakan-AI (AFCI) dan reka bentuk tanpa fius dapat menghapuskan risiko kebakaran. Selain itu, peralatan lapangan terbang tidak akan terjejas oleh radiasi elektromagnet kecil. Di samping itu, dengan diagnosis lengkung I-V pintar, Penyelesaian PV Pintar Huawei dapat menunjukkan rantaian PV yang rosak dengan tepat dan menemui punca-punca kerosakan secara proaktif, yang menjamin penjanaan kuasa yang selamat, andal dan berjangka panjang.  

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar
Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, Dikuasakan oleh Huawei FusionSolar

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, dengan kos US$11.2 bilion dan struktur luas berukuran 1.4 juta meter persegi, digelar oleh British Guardian sebagai No. 1 antara Tujuh Keajaiban Dunia yang baharu. Pembukaan besar-besaran menandakan kemunculan lapangan terbang terminal tunggal yang terbesar di dunia, mengatasi Dubai World Central dan Lapangan Terbang Istanbul Baharu. Sebagai hab pengangkutan bersepadu penerbangan yang sangat besar, dijangkakan bahawa bekalan tenaga boleh diperbaharui akan menyumbang sebanyak lebih 10% (dengan 1% sumbangan sistem PV) daripada penggunaan tenaga tahunan lapangan terbang tersebut. Hasilnya, lapangan terbang Daxing mengungguli senarai lapangan terbang di China dari segi peratusan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191009/2603858-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191009/2603858-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191009/2603858-1-c?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Airlines/Aviation Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Travel Utilities