omniture

JA Solar Lesenkan Hak IP Wafer Silikon Terdop-Galium untuk Aplikasi Sel Solar daripada Shin-Etsu Chemical

JA Solar Co., Ltd.
2019-10-11 14:43 564

BEIJING, 11 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar telah mencapai persetujuan dengan Shin-Etsu Chemical dari Jepun untuk melesenkan harta inteleknya yang menggunakan wafer silikon terdop-Ga untuk aplikasi sel solar. Shin-Etsu Chemical memiliki beberapa paten pengedopan Ga dalam kristal silikon dan menggunakan wafer silikon habluran jenis-p terdop-Ga untuk menghasilkan sel solar. Sebuah upacara rasmi bagi menandatangani perjanjian berlangsung baru-baru ini di Tokyo, Jepun, telah memberikan JA Solar dengan efektif hak-hak IP merentas pelbagai negara dan wilayah yang dilindungi oleh paten tersebut.

Sudahpun diketahui bahawa sel solar menggunakan wafer silikon jenis-p terdop boron telah lama mengalami apa yang dikenali sebagai degradasi induksi cahaya (LID) ke atas pencahayaan cahaya awal. Dengan penerimaan struktur sel PERC sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah LID yang dikaitkan dengan sel solar yang diperbuat daripada wafer silikon terdop-B menjadi lebih teruk. Penggunaaan wafer silikon terdop-Ga boleh mengurangkan masalah sedemikian dengan berkesan yang menjamin prestasi modul-modul PV dipasang dengan sel solar berasaskan wafer-silikon jenis-p lebih stabil dan lebih baik dalam penjanaan tenaga jangka panjang.

En. Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah JA Solar mengulas bahawa "menggunakan wafer silikon terdop-Ga untuk aplikasi sel solar semestinya menghasilkan prestasi yang lebih baik bagi sel solar dan modul PV, selain penambahbaikan keandalan jangka panjangnya. Sebagai pemegang paten untuk beberapa teknologi utama termasuk teknologi PERC dwimuka di China dan negara-negara lain, JA Solar telah mendapat manfaat daripada perlindungan IP dan sentiasa menyokongnya. Kami amat menghargai pemberian hak IP oleh Shin-Etsu Chemical kepada JA Solar untuk teknologi silikon habluran terdop-Ga, yang merupakan langkah penting untuk JA Solar bagi memperkenalkan teknologi termaju dan menyokong perlindungan harta intelek industri. JA Solar akan terus membangunkan dan menyediakan produk PV berprestasi tinggi dan penyelesaian tenaga bersih kepada pelanggan kami di seluruh dunia melalui inovasi teknologi serta peningkatan prestasi yang berterusan."

Source: JA Solar Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements