omniture

Xinhua Silk Road: Hangzhou China berjanji bangunkan "pembuatan baharu" dengan industri penerbangan sebagai pelopor

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-12 00:12 471

HANGZHOU, China, 12 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hangzhou, ibu Kota Wilayah Zhejiang timur China bertekad untuk membangunkan "pembuatan baharu", menonjolkan industri penerbangan bagi mencapai transformasi dan menaik taraf industri pembuatannya.

Hangzhou, dikenali sebagai bandar pertama China dalam ekonomi digital, baru-baru ini mengumumkan "rancangan pembuatan baharu" untuk membina dua enjin untuk pertumbuhan ekonomi bandar tersebut, yang bertujuan untuk menggandakan bilangan perusahaan dengan pendapatan perniagaan utama sebanyak 20 juta yuan atau lebih, perusahaan teknologi tinggi kebangsaan dan pelaburan perindustrian.

Zhou Jiangyong, setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Hangzhou CPC berkata bahawa pembangunan industri pembuatan Hangzhou menghadapi kekurangan dalam jumlah keseluruhan, jumlah tokokan, pelaburan, segmentasi perindustrian serta keupayaan penyerapan perbadanan, dan transformasi amat diperlukan.

Hasilnya, Hangzhou memutuskan untuk menerajui industri penerbangan bagi menerima "pembuatan baharu". Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hangzhou telah membentuk tiga platform utama bagi memimpin pembangunan iaitu Taman Perindustrian Penerbangan di Daerah Baharu Qiantang, Zon Ekonomi Lapangan Terbang Hangzhou dan Bandar Penerbangan Jiande.

Antaranya, Taman Perindustrian Penerbangan Daerah Baharu Qiantang menjadi keutamaan tertinggi. Terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Xiaoshan Hangzhou dan hanya sejauh 135 kilometer dari Shanghai dalam jarak lurus, ia meliputi kawasan seluas 5.43 kilometer persegi dan terdiri daripada dua kawasan utama, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan.

Taman tersebut merupakan pusat kepada Xizi Aviation Industry Co., Ltd., Xizi Aerospace Fasteners Co., Ltd serta projek-projek utama yang lain, dan Xizi Aviation Industry Co. ialah pembekal untuk syarikat-syarikat gergasi penerbangan domestik dan asing, seperti Aviation Industry Corporation of China, Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC), Airbus, Boeing dan Bombardier.

Seorang pegawai kanan daripada Biro Promosi Pelaburan Hangzhou berkata bahawa platform perindustrian penerbangan di Daerah Baharu Qiantang menyasarkan untuk mengusahakan pembuatan komponen-komponen pesawat besar untuk COMAC dan meluaskan kerjasama dengan Pusat Penyiapan dan Penyerahan Boeing 737 di Zhoushan, Zhejiang serta Airbus (Tianjin) Final Assembly Company, dan akhirnya menjadi pemacu bagi transformasi industri pembuatan Hangzhou.

Bagi memudahkan pembangunan industri, Hangzhou telah memperkenalkan langkah-langkah yang sepadan bagi menjamin R&D, perancangan ruang dan pembangunan industri sokongan, kata pegawai tersebut.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308682.html

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Airlines/Aviation Banking/Financial Service Travel