omniture

UAE dan UNESCO Perbaharui Perkongsian, Lanjutkan Usaha Pulihkan Gereja Bersejarah di Mosul

UAE Ministry of Culture and Knowledge
2019-10-14 21:18 155

UAE jadi negara pertama di dunia bina semula gereja Kristian di Iraq

ABU DHABI, UAE, 14 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- UAE dan UNESCO memperbaharui kerjasama mereka untuk inisitiaf unggulan Revive the Spirit of Mosul, melanjutkan perkongsian untuk usaha-usaha pemulihan di Mosul, Iraq.

The United Arab Emirates and UNESCO renew partnership to restore two historic churches in Mosul, Iraq
The United Arab Emirates and UNESCO renew partnership to restore two historic churches in Mosul, Iraq

Dengan kehadiran TYT Abdulrahman Hamid al-Husseini, Duta Iraq ke Perancis; TYT Dr. Mohamed Ali Al Hakim, Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Barat (ESCWA); Brother Nicolas Tixier, Ketua Rahib Wilayah bagi Wilayah Perancis, Dominican Order; dan Brother Olivier Poquillon, Setiausaha Agung Suruhanjaya Persidangan Biskop EU; TYT Noura Al Kaabi, Menteri Pembangunan Kebudayaan dan Pengetahuan UAE; dan Audrey Azoulay, Ketua Pengarah UNESCO menandatangani perjanjian baharu di ibu pejabat UNESCO di Paris, memperbaharui usaha-usaha pemulihan dengan memasukkan dua tapak kebudayaan yang termusnah; Gereja Al-Tahera dan Al-Saa'a.

Perjanjian ini timbul selaras dengan usaha UAE memperjuangkan tahun 2019 sebagai Tahun Toleransi, menekankan toleransi sebagai konsep sejagat dan usaha institusi yang mampan.

Projek ini merupakan satu lanjutan perjanjian yang ditandatangani pada April 2018 yang mana pihak Emiriah menyatakan komitmen sebanyak $50.4 juta bagi tujuan pembinaan semula tapak-tapak kebudayaan di Mosul. Asalnya projek tersebut membabitkan pembinaan semula Masjid Al-Nouri dan Menara Al-Hadba.

Usaha-usaha yang diperbaharui akan melibatkan pembinaan sebuah muzium dan tapak peringatan yang akan mempamerkan dan memelihara baki tapak menerusi ruang komuniti dan pendidikan, selain mencipta peluang pekerjaan untuk lebih 1,000 penduduk Mosul. Bangunan baharu ini akan menyokong pembangunan kemahiran mampan buat mereka yang diambil bekerja untuk projek ini dan sumbangan kepada ekonomi tempatan melalui pelancongan kebudayaan untuk Iraq. Setakat ini, projek ini telah menggaji 27 penduduk Iraq dan memberi kontrak kepada 4 buah syarikat Iraq, dengan usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pertumbuhan ini tatkala projek berkembang maju. UAE turut terlibat dengan penduduk tempatan Iraq bagi menerima maklum balas tentang perspektif mereka berhubung projek pemulihan tersebut.

Berucap semasa upacara penandatanganan, TYT Noura Al Kaabi berkata: "Kami berbesar hati untuk menandatangani perjanjian perkongsian ini bersama UNESCO dan Iraq. Usaha kami bersama UNESCO merupakan bukti komitmen UAE untuk melanjutkan mandat organisasi berkenaan. Penandatanganan perjanjian hari ini merupakan perkongsian rintis yang menyampaikan pesanan harapan, dalam detik-detik yang kelihatan semakin gelap. Tatkala kami memecahkan tanah dalam usaha pembinaan semula, UAE menjadi negara pertama di dunia untuk membina semula gereja Kristian di Iraq."

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010007/UAE_UNESCO_Partnership.jpg

Source: UAE Ministry of Culture and Knowledge
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Education Entertainment Travel Conservation/Recycling New products/services Not for profit Religion