omniture

LyondellBasell Umum Pembinaan Kemudahan Kitar Semula Molekul Skala Kecil Baharu

LyondellBasell
2019-10-15 19:00 146

Kemudahan baharu melengkapi aktiviti kitar semula mekanikal sedia ada syarikat

ROTTERDAM, Belanda dan HOUSTON, 15 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- LyondellBasell hari ini mengumumkan bahawa ia sedang membina kemudahan rintis berskala kecil baharu di tapak Ferrara, Itali lalu bergerak selangkah lagi lebih hampir untuk menukarkan bahan buangan plastik pasca pengguna kepada plastik baharu pada skala komersial. Syarikat memilih tapak Ferrara untuk kemudahan rintis tersebut lantaran sejarahnya yang panjang dalam penyelidikan dan pembangunan, termasuk pembangunan pemangkin.

Melalui kolaborasinya dengan Karlsruhe Institute of Technology (KIT), teknologi kitar semula molekul proprietari LyondellBasell, yang dikenali sebagai MoReTec, menunjukkan bahawa penggunaan pemangkin dalam proses pirolisis, atau pecahan struktur bahan buangan plastik kepada molekul, adalah lebih pantas dan lebih cekap tenaga berbanding kitar semula kimia tradisional.

"Kami telah memajukan keupayaan kitar semula kimia kami sejak 15 bulan lalu dan melalui penyelidikan dan pengujian, kami mengkaji beberapa pilihan pemangkin proprietari LyondellBasell," kata Jim Seward, Naib Presiden Kanan Penyelidikan & Pembangunan, Teknologi dan Kemampanan LyondellBasell. "Selain untuk meneruskan pembangunan pilihan pemangkin kami, pelaburan kami dalam kemudahan rintis berskala kecil ini akan membantu kami untuk memajukan teknologi MoReTec menuju skala komersial dalam usaha kami untuk mencapai ekonomi pusingan yang sebenar."

Teknologi MoReTec daripada LyondellBasell mempunyai matlamat untuk menukarkan bahan buangan plastik yang biasanya sukar dikitar semula seperti filem berbilang lapisan, mengembalikannya kepada peringkat molekul untuk digunakan sebagai stok suapan bagi menghasilkan plastik baharu untuk semua aplikasi termasuk item sentuhan makanan dan penjagaan kesihatan. Meskipun MoReTec adalah berasaskan kitar semula kimia, ia turut melibatkan pendekatan berasaskan pemangkin yang proprietari.

LyondellBasell percaya bahawa pendekatan ini mempunyai potensi ketara lantaran penggunaan tenaganya yang lebih rendah dan proses penukaran kimia lebih cepat yang menggunakan kurang haba.

Pada bulan-bulan akan datang, LyondellBasell akan meneruskan pembinaan kemudahan rintisnya di Ferrara, di samping turut memberi tumpuan kepada interaksi pelbagai jenis bahan buangan terhadap proses kitar semula molekul, pemilihan pemangkin dan keadaan proses.

Pembangunan kitar semula molekul hanyalah satu daripada tiga cara oleh LyondellBasell untuk memajukan penyelesaian mampan memandangkan ia berkaitan dengan bahan buangan plastik. LyondellBasell juga terlibat secara aktif dalam kitar semula mekanikal melalui usaha sama Quality Circular Polymers dengan SUEZ, yang menukarkan bahan buangan plastik pasca pengguna kepada pelet plastik baharu yang digunakan dalam aplikasi-aplikasi bermula dengan peralatan elektrik, botol detergen cucian dan beg pakaian. Selain itu, LyondellBasell telah menghasilkan bioplastik baharu daripada 100% bahan mentah yang boleh diperbaharui seperti sisa minyak masak dan minyak sayuran, yang boleh digunakan untuk mencipta item seperti pempakejan makanan, barang mainan dan perabot.

Latar Belakang LyondellBasell
LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, kimia dan penapisan yang terbesar di dunia. Didorong oleh kakitangannya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan-bahan dan produk-produk yang penting untuk memajukan penyelesaian kepada cabaran-cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi ketulenan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan lebih serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan fungsi yang selamat dan berkesan dalam elektronik dan perkakasan. LyondellBasell menjual produk ke lebih 100 negara dan merupakan pengeluar sebatian polimer terbesar dan pemberi lesen teknologi poliolefin terbesar di dunia. Pada tahun 2019, LyondellBasell telah dinamakan dalam senarai majalah Fortune sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia." Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.LyondellBasell.com.

 

 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=uQ8NyK3xKmI
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Conservation/Recycling Corporate Expansion New products/services