omniture

School House Cipta Perjalanan Penemuan dan Kenangan Berbilang Deria untuk Pameran Kempen La Mer

School House
2019-10-16 01:28 160

Jenama penjagaan kulit mewah manfaatkan agensi kreatif kecantikan untuk raikan warisan, kesenian dan inovasinya di Shanghai dengan perjalanan transformatif menuju The Edge of the Sea.

SHANGHAI, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- School House, agensi kreatif berpangkalan di New York yang terkenal dengan konsep jualan runcit yang menakrifkan strategi, kreatif dan persepsi untuk jenama-jenama kecantikan yang paling mendapat permintaan di dunia, bekerjasama dengan La Mer untuk pameran kempen Edge of the Sea di Power Station of Art Shanghai. Pengaktifan kempen berbilang deria yang imersif ini menerokai kisah benar yang ceria dan bertenaga tentang lautan dan peranannya dalam penemuan, penyembuhan dan imbauan kenangan.

 

School House merupakan peneraju reka bentuk untuk projek tersebut bermula dengan konsep hinggalah pelaksanaan, bekerjasama di samping rakan kongsi pencahayaan Luciforma, rakan kongsi produksi APAX Group dan peneraju teknikal di Patten Studio untuk menghidupkan kempen tayangan pemetaan tiga dimensi bagi dunia La Mer Edge of the Sea.

"Ini merupakan pameran antarabangsa pertama yang memberi peluang kepada School House untuk mengkonsepsikan dan menghasilkannya," kata Christopher Skinner, Pengasas dan Prinsipal School House. "Ia memerlukan kami untuk menghubungkan pemikiran strategik, pengalaman jualan runcit dan penceritaan jenama dalam cara yang baharu, untuk pasaran baharu."

Terletak dalam kanvas dan atas kanvas Power Station of Art (pusat untuk Shanghai Biennale), Edge of the Sea mengambil inspirasi daripada output dinamik yang berkuasa dan inovatif daripada dua kuasa yang terhasil bersama-sama. Daripada fluks cahaya matahari bersinar terang yang memantulkan ombak yang menghempas ke pantai, kepada kekaguman pengasas Max Huber terhadap pertentangan kutub, langit dan lautan, ia meraikan Crème de la Mer unggulan La Mer melalui seni penceritaan yang imersif.

Diinspirasikan oleh kuasa perlanggaran antara dua kanta artistik, intipati dan kresendo pengaktifan tersebut menampilkan kolaborasi gandingan jurugambar bapa dan anak perempuan Mario dan Gray Sorrenti. Melalui dua generasi dan dua perspektif, jurugambar Sorrenti merakamkan impak lautan dan pantai yang dinamik dan tidak berkesudahan pada imaginasi kolektif dan individu kita. Bagi tujuan ini, School House menggantung gegelang tayangan kandungan Sorrenti, yang mana pengguna boleh melaluinya dan berada dalam kenangan ke lautan dalam visual dan audio 360-darjah gandingan bapa dan anak perempuan ini.

Pameran ini dihidupkan melalui pelbagai layanan, keasyikan dan interaksi digital dan taktil, dalam ekspedisi ruang penemuan. Ia menjalin banyak untaian pengalaman ringkas dan hebat yang mengasyikkan dan menyelebungi pengguna dalam dunia jenama.

Bermula daripada 6,000 ujikaji Miracle Broth diinspirasikan lautan asas oleh pengasas Max Huber, kepada pengalaman digital yang imersif hutan rumpai laut dalam pergerakan dan pertumbuhan bergelora yang berterusan kepada gelombang lautan taktil interaktif yang diperbuat daripada sutera, Edge of the Sea menuntut penerokaan. Ia menuntut kita mendaki, menggali dan meneroka tanpa arah tujuan, bagi mencari kegembiraan yang terdapat pada liminaliti lautan dan daratan serta penemuan yang hanya didapati di pinggir imaginasi kita.

Edge of the Sea dibuka pada 9 Oktober dan dapat dialami sehingga 23 Oktober di Power Station of Art Shanghai.

School House terletak di 20 West 22nd Street, New York, NY. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi kami di express@weareschoolhouse.com, atau kunjungi kami di www.weareschoolhouse.com.

Sertai perbualan di Instagram melalui @schoolhousenyc menggunakan tagar #lamerxsorrenti dan #lovelamer.

Latar Belakang School House 

School House ialah sebuah agensi kreatif bebas, ditubuhkan oleh bekas Eksekutif LVMH Christopher Skinner, yang mengkhusus dalam strategi pintas, melibatkan persekitaran yang kreatif dan imersif untuk jenama-jenama kecantikan yang paling mendapat permintaan di dunia, memanfaatkan pengalaman kecantikan mereka selama bertahun-tahun untuk mengubah jenama-jenama menjadi jenama-jenama yang berpegang kepada kebenaran, mendorong keputusan yang boleh diukur dan hubungan pengguna yang lebih mendalam.

School House dibina untuk mencerminkan studio kreatif dalaman dengan bakat khusus merentas bidang-bidang kreatif utama yang diperlukan dalam pasaran kecantikan hari ini: jenama dan strategi komersial, penjenamaan dan reka bentuk visual, penerbitan kreatif, reka bentuk digital dan sosial, reka bentuk perindustrian, pembarangan visual dan reka bentuk seni bina.

Pelanggan-pelanggan terpilih termasuk Dr. Dennis Gross Skincare, Kevyn Aucoin Beauty, Amore Pacific Luxury Group, Malin + Goetz, Tata Harper Skincare, L'Occitane en Provence, Clark's Botanicals, Eve Lom dan Volition Beauty.

 

La Mer Edge of the Sea Exhibition, Main Entrance
La Mer Edge of the Sea Exhibition, Main Entrance

 

La Mer Edge of the Sea Exhibition, Creme de la Mer Lab
La Mer Edge of the Sea Exhibition, Creme de la Mer Lab

Video - https://mma.prnewswire.com/media/1010295/La_Mer_Edge_of_the_Sea_Exhibition.mp4
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1010292/School_House__Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010293/3_School_House_La_Mer_EOS_Sea_x_Land_Experience.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010294/12_School_House_La_Mer_EOS_Creme_Lab_Experience_2.jpg

Source: School House
Keywords: Advertising Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics