omniture

VeChain Terajui Penaja Bersama Trackhaton Makanan Laut GDST

VeChain
2019-10-16 01:42 160

SHANGHAI, 15 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Keperluan untuk rangka kerja global yang dipacu-industri, agnostik-teknologi untuk kebolehkesanan makanan laut mula diiktiraf secara umum oleh Majlis Agenda Global tentang Lautan Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2013. Ia menunjukkan bahawa 20% atau lebih tangkapan ikan adalah hasil daripada aktiviti penangkapan ikan yang "menyalahi undang-undang, tidak dilaporkan atau tidak terkawal", seraya terlepas daripada pengurusan perikanan asas. Peningkatan permintaan pasaran turut menambah kepada kepentingan perusahaan untuk menambah baik ketelusan dalam rantaian bekalan makanan laut. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, adalah perlu untuk menyeragamkan amalan perniagaan dan mengharmonikan peraturan-peraturan bagi menggalakkan kebolehkesanan yang saling beroperasi dalam sektor makanan laut.


GDST bakal mengadakan Hackathon Kebolehkesanan Makanan Laut kedua dan ketiganya di Cologne, Jerman mulai 21-22 Oktober dan di Bali mulai 26-27 Oktober 2019. Disokong oleh pelbagai organisasi dan perusahaan yang terkemuka dalam industri, seperti GS1 Germany dan USAID Oceans and Fisheries Partnership, hackathon tersebut berperanan sebagai perhimpunan besar perniagaan sebenar dan platform yang menggalakkan pembangunan aplikasi berharga yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh industri. Misi GDST adalah untuk mewujudkan rangka kerja perniagaan-kepada-perniagaan antarabangsa yang berupaya untuk menyokong pelbagai teknologi dan penyelesaian bagi merangsang antara kerjasama berhubung amalan kebolehkesanan makanan laut. Inisiatif tersebut diadakan bersama-sama WWF dan Pusat Kebolehkesanan Makanan Global IFT.

VeChain, platform rantaian blok awam yang terkemuka di dunia, akan menyokong usaha ini dan merupakan satu-satunya penaja rantaian blok untuk kedua-dua hackathon tersebut. GDST telah meletakkan Penyepaduan Rantaian Blok sebagai salah satu daripada empat kategori utama untuk peserta, yang merupakan bukti kepada keabsahan dan sumbangan bernilai tambah oleh rantaian blok dalam industri kebolehkesanan.

VeChain akan berkongsi bersama peserta Hackathon tentang kepakarannya dalam penyelesaian kebolehkesanan berkuasa rantaian blok yang boleh diaplikasikan oleh spektrum luas pemegang kepentingan industri makanan laut dari seluruh bahagian rantaian bekalan. Pemenang-pemenang Hackathon akan dianugerahkan hadiah termasuk hadiah bernilai setara tunai sehingga 10,000 EUR untuk menyokong usaha-usaha mereka dalam membangunkan aplikasi rantaian blok yang inovatif. Sebagai bonus tambahan, peserta-peserta terbaik akan mendapat peluang eksklusif untuk dimasukkan ke dalam program-program pemecut dan baunti VeChain yang dapat menghubungkan mereka dengan rangkaian luas Ekosistem VeChain.

Sebanyak lebih 60 penerbit, pemproses dan penjual runcit dari seluruh dunia akan dihimpunkan untuk mengadakan perbincangan mendalam tentang kebolehkesanan makanan laut. Pengurus Projek Eropah VeChain dan pakar teknologi, Arnaud Bauer, akan memperkenalkan bagaimana untuk membangunkan aplikasi yang berkesan berdasarkan API VeChain ToolChain atau Rantaian Blok VeChainThor. Dengan pengalaman serta kepakaran luas DNV GL dalam penerimaan teknologi rantaian blok, peserta-peserta akan mendapati lebih mudah untuk membina dan memanfaatkan aplikasi berasaskan rantaian blok untuk memperkasa perniagaan mereka.

Sejak beberapa tahun yang lalu, VeChain melihat dirinya sebagai pendorong dalam ekosistem rantaian blok. Dengan pelancaran VeChain ToolChain, produk berkuasa yang membolehkan perusahaan dan individu untuk menerima pakai teknologi rantaian blok dengan mudah, halangan teknikal untuk menyepadukan teknologi rantaian blok tidak lagi menjadi halangan kepada perniagaan dan perusahaan. Peserta-peserta dalam hackathon, tanpa mengira kecekapan mereka dalam teknologi rantaian blok, akan berpeluang untuk membangunkan aplikasi yang memanfaatkan teknologi rantaian blok dengan lancar.

Selain daripada usaha-usaha untuk mengubah industri Makanan & Minuman, LNG, Fesyen Pantas dan Mewah, VeChain semakin melebarkan sayap ke lebih banyak sektor dan akan melibatkan lebih banyak pengguna yang menumpu pada usaha-usaha kebolehkesanan yang cekap. VeChain berharap dapat menarik minat lebih banyak pembina melalui hackathon untuk membangunkan aplikasi dunia sebenar dalam ekosistem VeChain dan mencipta transaksi yang lebih berharga.

Jangan ketinggalan tentang hackathon GDST, ayuh sertai pemimpin-pemimpin dalam industri kebolehkesanan makanan laut dan ketahui sendiri bagaimana Rantaian Blok VeChainThor dapat digunakan untuk memudahkan ekonomi sebenar.

Untuk mendaftar bagi mengambil bahagian dalam Hackathon Kebolehkesanan Makanan Laut: traceability-dialogue.org

Latar Belakang GDST 
Global Dialogue on Seafood Traceability (turut dirujuk sebagai Dialogue) ialah platform perniagaan-kepada-perniagaan antarabangsa yang diwujudkan untuk memajukan rangka kerja seragam untuk amalan kebolehkesanan makanan laut yang saling beroperasi. Dialogue ini menghimpunkan spektrum luas pemegang kepentingan industri makanan laut dari seluruh bahagian rantaian bekalan yang berlainan, selain pakar-pakar masyarakat awam yang relevan dari pelbagai wilayah.

Latar Belakang VeChain
Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain bermatlamat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang mantap serta penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama-sama rakan kongsi strategik kami PwC dan DNV GL, kami menjalin hubungan kerjasama yang kukuh bersama banyak perusahaan yang terkemuka dalam industri-industri berbeza termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, Bright Food, D.I.G, DB Schenker, PICC dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain, sila kunjungi www.vechain.com.

Untuk pertanyaan tentang berita, sila emelkan kepada press@vechain.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010126/GDST_Seafood_Trackathons.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg

 

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Trade show news Blockchain Financial Technology