omniture

Airspan - Pecah Halangan Kemasukan Melalui Titik Akses A5x Dengan Penyambung Mimosa Baharu

Airspan Networks
2019-10-16 23:16 169

LAS VEGAS, 16 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Airspan Networks dengan sukacitanya mengumumkan penawaran produk Mimosa yang terkini, A5x – titik akses 2x2 dengan penyambung (connectorized). Titik akses yang diskret ini memecahkan halangan kemasukan dengan reka bentuk yang anggun dan titik harga yang kompetitif, tanpa mengorbankan prestasi.

 

Dengan kapasiti titik akses mencecah sehingga 700 Mbps (IP), A5x memberikan kelajuan yang dituntut oleh pengguna dan pengguna perniagaan dengan kos yang rendah. Produk ini direkayasa dengan standard tertinggi, diberi nilai IP67 dan berupaya mengatasi hingar dengan keupayaan frekuensi lanjutan kami 4.9–6.4 GHz di mana ia dibenarkan.

"Pasukan Mimosa mempunyai kekayaan sejarah dalam mencipta produk-produk berkualiti tinggi yang bertahan lama – kini bersama jenama Airspan, A5x tidak terkecuali," kata Eric Stonestrom, Ketua Pegawai Eksekutif Airspan. "Dengan reka bentuk dan prestasinya yang mengagumkan, malah titik harga yang lebih menarik – produk ini akan menawarkan alternatif hebat kepada pelanggan kami yang perlu menurunkan kos bagi setiap pelanggan, tanpa mengorbankan daya pemprosesan."

A5x ialah satu penyelesaian hebat untuk tiang jarak pendek hingga jarak jauh serta aplikasi titik-ke-berbilang titik menara. Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, kunjungi: mimosa.co/products/A5x/

Latar Belakang Airspan Networks Inc.:

Airspan ialah penyedia penyelesaian penumpatan rangkaian 4G & 5G yang memenangi berbilang anugerah dengan portfolio produk dalaman dan luaran yang luas, stesen utama Femto, Piko, Mikro dan Makro yang kompak. Kit alatan yang sempurna untuk mengeksploitasi potensi penuh teknologi seperti seni bina mmWave, Sub 6GHz, MIMO Besar-besaran dan V-RAN terbuka, selain merupakan akses tanpa wayar tetap yang utama dalam industri serta portfolio penyelesaian angkut balik untuk aplikasi PTP dan PTMP.

Oak Investment Partners memegang kepentingan mengawal dalam Airspan. Airspan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan maklumat Akta Bursa Sekuriti 1934 dan, dengan itu, tidak memfailkan laporan, penyata kenyataan, penyata proksi, kenyataan maklumat atau maklumat lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Untuk maklumat tentang kenyataan pandang ke hadapan, www.airspan.com/fls.

Untuk Pertanyaan Media:
Damiano Coletti
+1-561-893-8670
mediarelations@airspan.com

Source: Airspan Networks
Related Stocks:
OTC:AIRO OtherOTC:AIRO
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet OTC/SmallCap IRW Telecommunications Wireless Communications New products/services