omniture

XCMG terus berada di laluan kejayaan di Asia Tenggara, tonjolkan peralatan perlombongan kelas tinggi dan raikan wira industri penyodok di Indonesia

XCMG
2019-10-17 02:43 314

JAKARTA, Indonesia, 17 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pembekal jentera pembinaan yang berskala terbesar dan paling kompetitif di China, membawakan produk-produk jentera perlombongan serba baharu ke Mining Indonesia 2019, pameran perdagangan premium bagi peralatan dan teknologi perlombongan di Asia.

XCMG continues on the path to success in Southeast Asia, highlighting upmarket mining equipment and celebrating shovel industry heroes in Indonesia.
XCMG continues on the path to success in Southeast Asia, highlighting upmarket mining equipment and celebrating shovel industry heroes in Indonesia.

XCMG julung kali memperkenalkan tiga produk perlombongan muatan besar sebagai set penyelesaian lengkap – jentera pengorek hidraulik perlombongan XE900D "pakar cekap", jentera pengorek hidraulik perlombongan XE1250 "pakar penjimatan tenaga" dan lori pembuang terartikulat XDA40 "jaguh dipacu motor".

Semasa berlangsungnya pameran tersebut, XCMG turut menganjurkan persidangan promosi teknologi dan pengeluaran bagi peralatan perlombongan lubang terbuka berskala besar yang diurus oleh lebih 100 syarikat perlombongan dan pembinaan di seluruh Indonesia.

XCMG telah menandatangani berbilang kolaborasi strategik dengan syarikat-syarikat perlombongan Indonesia yang ternama, termasuk pesanan yang berjumlah USD 50 juta.

"Bahagian pasaran XCMG di Indonesia berkembang tahun demi tahun, siri acara di Indonesia terus membolehkan XCMG untuk meluaskan perkhidmatannya dalam pasaran Asia Tenggara selain sokongan tempatan," ujar Zong Li, Naib Pengurus Besar XCMG Group.

Sebagai ahli utama dalam Inisiatif "Jalur dan Jalan" China, Indonesia juga merupakan pasaran yang penting dalam strategi pembangunan global XCMG, yang mana jenama ini telah menawarkan produk yang hebat dan kualiti perkhidmatan dengan pelarasan tersuai. Produk-produk jentera perlombongannya telah memberikan prestasi cemerlang dalam projek-projek perlombongan di seluruh Indonesia, bagi membantu infrastruktur tempatan dan pembangunan ekonomi.

Peralatan perlombongan XCMG kini dieksport ke 108 negara dan wilayah di seluruh dunia, manakala jentera pengorek muatan besar dan trak perlombongan kini dijual di Australia, Mongolia, Rusia dan Afrika.

Susulan pameran yang berhasil di Mining Indonesia 2019, XCMG turut menganjurkan pertandingan pertama iaitu Pertandingan "Wira Industri Penyodok" Global Good 2019 pada 25 September di Jakarta. Sebanyak lima belas pengendali mantap yang dipilih dari seluruh Indonesia bersaing dalam dua pemuat ZL50GN XCMG, model yang cekap, menjimatkan tenaga dan fleksibel.

"Berpegang kepada misi utama produk kami iaitu 'Canggih dan Boleh Bertahan', XCMG berdedikasi untuk menyediakan produk-produk jentera pembinaan berkualiti tinggi dan bernilai tinggi kepada pelanggan global kami, ia juga menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk mewujudkan platform yang menyokong bakat-bakat tempatan," kata Li.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191015/2611152-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Transportation Trade show news