omniture

IOF: Satu Keretakan Setiap 3 Saat Seluruh Dunia - Itulah Osteoporosis

The International Osteoporosis Foundation (IOF)
2019-10-18 08:05 221

GENEVA, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Tulang belakang Marine retak semasa membongkok untuk membantu ibu beliau yang kurang upaya. Tulang pinggul Lo Lan patah selepas tersadung di permaidani yang dihampar di rumah beliau.

Osteoporosis causes bones to become weak and easily breakable, resulting in life-changing fractures. Older adults who are alert to their possible osteoporosis risk factors can take steps for timely prevention by asking for testing and treatment if needed.
Osteoporosis causes bones to become weak and easily breakable, resulting in life-changing fractures. Older adults who are alert to their possible osteoporosis risk factors can take steps for timely prevention by asking for testing and treatment if needed.

Kedua-dua wanita mempunyai sesuatu persamaan. Mereka tidak sedar bahawa mereka mengalami osteoporosis, gangguan yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh seperti kaca. Individu yang mengalami osteoporosis boleh patah tulangnya walaupun selepas jatuh yang paling minor dari ketinggian paras berdiri, atau hanya sekadar bersin, atau membongkok untuk mengikat tali kasut.

Di seluruh dunia, satu dalam tiga orang wanita dan satu dalam lima orang lelaki berusia 50 tahun atau ke atas akan mengalami keretakan berkaitan osteoporosis. Kira-kira 200 juta orang mengalaminya, yang mengakibatkan keretakan pada setiap 3 saat.

Sempena Hari Osteoporosis Sedunia, pada 20 Oktober, Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF), bersama-sama 250 organisasi ahlinya di seluruh dunia, menyeru semua individu dewasa yang lebih berusia untuk menyedari tentang faktor-faktor risiko osteoporosis dan untuk merujuk doktor mereka sekiranya mereka berisiko mengalaminya.

Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh menunjukkan kepada kemungkinan yang mendasari osteoporosis, antara yang paling biasa ialah: tulang patah selepas berumur 50 tahun selepas jatuh dengan trauma yang rendah; kehilangan ketinggian sebanyak lebih 4 cm (ca 1.5 inci); penggunaan jangka panjang glukokortikoid dan ubat-ubatan yang merosakkan tulang; menjadi lemah dan kurang berat badan; dan sejarah ibu bapa yang mengalami osteoporosis atau keretakan tulang pinggul. Cara yang pantas dan mudah untuk mengingatkan diri sendiri tentang risiko yang mungkin berlaku adalah melalui Semakan Risiko Osteoporosis IOF dalam talian baharu.

Suatu keretakan dalam usia emas seseorang boleh menjadi sesuatu yang mengubah kehidupan. Kesakitan akut, proses rehabilitasi yang lama, ketidakupayaan jangka panjang, kebergantungan kepada penjaga, dan kehilangan kualiti hidup kesemuanya kejadian biasa berkaitan perkara ini. Keretakan pada tulang pinggul boleh mengancam kehidupan dan kehilangan fungsi serta kebebasan dalam kalangan mereka yang terselamat adalah amat besar, dengan 40% tidak dapat berjalan sendiri manakala 60% memerlukan bantuan setahun kemudian. Lantaran kehilangan fungsi ini, 33% perlu bergantung sepenuhnya kepada penjaga atau berada di rumah jagaan setahun selepas mengalami keretakan tulang pinggul.

Presiden IOF Profesor Cyrus Cooper, berkata:

"Semua orang dewasa perlu menjadikan kesihatan tulang mereka sebagai suatu keutamaan. Mengekalkan tulang dan otot yang kuat merupakan kunci kepada masa depan yang aktif dan boleh bergerak pada usia lebih tua. Sekiranya anda mengalami risiko, jangan teragak-agak untuk meminta doktor anda melakukan ujian dan strategi rawatan yang bersesuaian sekiranya perlu. Hari ini, terdapat pelbagai rawatan osteoporosis berkesan yang telah ditunjukkan dapat mengurangkan risiko keretakan tulang pinggul sehingga 40% dan keretakan tulang belakang sebanyak 30-70%."

IOF juga menggesa pihak-pihak berkuasa kesihatan untuk mengutamakan kesihatan tulang, dan yang demikian mengurangkan beban manusia dan ekonomi yang mahal berkaitan keretakan kerapuhan di negara-negara mereka.

Profesor Cooper menambah: "Sebagai pakar dalam bidang ini, kami turut serta bersama penyokong pesakit kami dalam menggesa tindakan global. Jurang rawatan yang pervasif malah turut mengakibatkan pesakit-pesakit yang paling berisiko tinggi tidak dilindungi daripada masalah keretakan. Seorang individu yang telahpun mengalami satu keretakan kerapuhan amat terdedah kepada keretakan seterusnya, dengan risiko lima kali ganda lebih besar untuk mengalami keretakan seterusnya dalam tahun pertama. Namun demikian, kira-kira 80% daripada pesakit ini tidak dikenal pasti mahupun dirawat untuk punca asasnya, osteoporosis."

Strategi penting untuk menangani jurang rawatan dan krisis keretakan kerapuhan global ialah pelaksanaan Perkhidmatan Perhubungan Keretakan di semua hospital yang merawat pesakit fraktur. Perkhidmatan berbilang disiplin dan diselaraskan yang sedemikian dapat meningkatkan penjagaan pesakit dan membantu mengurangkan keretakan sekunder – akhirnya mengurangkan kos penjagaan kesihatan berkaitan keretakan yang besar di seluruh dunia.

Latar Belakang Hari Osteoporosis Sedunia (WOD):

Bertarikh pada 20 Oktober setiap tahun, kempen ini menyeru tindakan global untuk memerangi osteoporosis dan masalah keretakan berkaitan di seluruh dunia. www.worldosteoporosisday.org

Rakan-rakan Kongsi WOD: Sunsweet, Takeda, Medtronic

Latar Belakang IOF:

Yayasan Osteoporosis Antarabangsa ialah pertubuhan bukan kerajaan yang terbesar di dunia, dikhususkan kepada kesihatan tulang dan pencegahan osteoporosis. @iofbonehealth www.iofbonehealth.org

Infografik - https://mma.prnewswire.com/media/1005044/IOF_risks_Infographic.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1005045/IOF_osteoporotic_bone_changes.jpg

With osteoporosis, bones become progressively more porous and fragile. People with osteoporosis can fracture a bone because of a minor fall from standing height, a bump, or even from bending to tie a shoelace.
With osteoporosis, bones become progressively more porous and fragile. People with osteoporosis can fracture a bone because of a minor fall from standing height, a bump, or even from bending to tie a shoelace.

Hubungan Media: L.Misteli, info@iofbonehealth.org, +41-22-994-0100

Source: The International Osteoporosis Foundation (IOF)
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries Senior Citizens Women-related news Public Interest