omniture

Pemenang-pemenang JCSI Young Creatives Award Diumum

JCS International
2019-10-18 22:33 134

NEW YORK, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- JCS International mengumumkan tiga pemenang bagi JCSI Young Creatives Award 2019. Filem-filem pendek yang berjaya, dipilih daripada 26 finalis yang memberikan respons kepada tema tahun ini "Stand Up for Peace," ("Bangkit Pertahankan Keamanan") ialah Next To Me (Filipina), It Starts Within (Albania) dan P.E.A.C.E. – A Spoken Word (United Kingdom).

Ronald S. Lauder, President of WJC.; photo credit: Noa Grayevsky
Ronald S. Lauder, President of WJC.; photo credit: Noa Grayevsky

JCS International Young Creatives Award diwujudkan untuk memupuk bakat muda di seluruh dunia sekaligus mencetuskan perbualan berkisarkan keamanan. JCS International ditubuhkan oleh pemimpin perniagaan dan kedermawanan Ronald S. Lauder. Organisasi yang berpangkalan di Bandar Raya New York itu terlibat dalam pelbagai aktiviti dan perkhidmatan termasuk advokasi, kajian dasar, komunikasi strategik dan penciptaan kandungan.

"Kami melihat JCS International Young Creatives Award sebagai cara yang amat hebat untuk menggalakkan keamanan melalui seni," kata Lauder, juga seorang penerima Anugerah Direktorat di International Emmys ke-34 pada tahun 2006. "Pemenang-pemenang tahun ini memperlihatkan tiga contoh paling baik visi berkenaan."

Pemenang-pemenang bagi tahun 2019 dipilih oleh panel reben biru juri antarabangsa yang terdiri daripada Michal Grayevsky, pengerusi juri, presiden JCS International dan pengasas Young Creative Awards; Amanda Nguyen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rise; Fred Graver, perunding; Anne Bahr Thompson, pengarah urusan kedermawanan, Synergos; Lisa Azuelos, penerbit dan pengarah filem; Devin Woods, pengurus program; Big Bad Boo; Alvaro Pereira, wartawan televisyen, dan Oliver Mahrdt, penerbit filem dan festival.

Ketiga-tiga pemenang akan diterbangkan ke New York untuk menerima anugerah mereka pada hari Sabtu, 23 November, di Festival Televisyen Dunia International Emmy. Gala Anugerah International Emmy akan disusuli pada hari Isnin, 25 November.

Maklumat tentang pemenang-pemenang:

Next To Me 

  • Oleh: Breech Asher Harani
  • Negara: Filipina
  • Ringkasan: Selepas Pertempuran Marawi di Filipina pada tahun 2017, ramai umat Islam berpindah dari Marawi ke Mindanao. Kanak-kanak yang berpindah terpaksa bertukar sekolah, yang mana mereka dibuli dan didiskriminasi, terutamanya dalam masyarakat bukan Islam.

It Starts Within 

  • Oleh: Artes Ferruni
  • Negara: Albania
  • Ringkasan: Dengan segala masalah dunia, kadang kala terasa amat menyesakkan untuk mengambil pendirian bagi mempertahankan keamanan. Di mana seseorang harus bermula? Filem ini meneroka jawapan yang mudah namun penting terhadap persoalan tersebut. Kedamaian lahir dari dalam—dan hanya dari situ keamanan yang lebih luas muncul.

P.E.A.C.E. – A Spoken Word 

  • Oleh: Funke Alafiatayo
  • Negara: United Kingdom
  • Ringkasan: Ditulis dan dipersembahkan oleh Funke Alafiatayo, filem penglipur lara ini mencabar penonton untuk berfikir apa yang akan terjadi sekiranya setiap seorang daripada kita mengambil masa satu minit untuk bangkit mempertahankan keamanan.

Hubungi: community@mg745fifth.com

Michal Grayevsky with fellow jurors Alvaro Pereira, Oliver Mahrdt, Lisa Azuelos, Anne Bahr Thompson, Devin Woods, Amanda Nguyen, Fred Graver and Camille Bidermann
Michal Grayevsky with fellow jurors Alvaro Pereira, Oliver Mahrdt, Lisa Azuelos, Anne Bahr Thompson, Devin Woods, Amanda Nguyen, Fred Graver and Camille Bidermann

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1009268/JCS_International___Ronald_S_Lauder.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1011733/JCS_International2.jpg

 

Source: JCS International
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards Children-related news Future Events