omniture

SECURA Afrika Utara 2020 - Acara Keselamatan & Sekuriti Berkembang Pantas di Afrika

EASYFAIRS NORTHERAL
2019-10-20 20:16 123

BRUSSELS, 20 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- SECURA Afrika Utara 2020 ialah pameran B2B dan B2G tahunan yang berlangsung di Algeria, dianjurkan oleh EASYFAIRS NORTHERAL, sebahagian daripada EASYFAIRS, penganjur pameran milik persendirian yang terbesar di dunia, yang menyumbang kepada perhimpunan perniagaan antara pembekal peralatan keselamatan, kebakaran, sekuriti & kecemasan serta institusi-institusi swasta, awam dan kerajaan Afrika Utara.

Pameran perdagangan ini yang disokong oleh pihak berkuasa Algeria telah menjadi hab perniagaan yang hebat di Afrika Utara dalam bidang Keselamatan & Sekuriti.

Penganjur SECURA Afrika Utara, Olivier-Hicham Allard, menjelaskan: "Kami telah menganjurkan pameran perdagangan di Algeria selama 8 tahun setakat ini dan kami dapat memerhatikan dinamik yang hebat dalam negara ini. Memandangkan semua negara-negara baru muncul berusaha untuk mengejar dunia moden, langkah-langkah yang amat besar dibuat dalam teknologi dan peralatan infrastruktur terkini yang mencipta peluang hebat untuk syarikat-syarikat agar dapat meletakkan kedudukan dalam pasaran. Kerajaan Algeria membuka belanjawan pelaburan yang besar seperti rancangan pelaburan sebanyak 59 bilion USD untuk syarikat Minyak & Gas negaranya, Sonatrach atau Lapangan Terbang Antarabangsa baharunya di Algiers untuk 700 juta USD. Lihat juga industri farmaseutikal, Algeria ialah pasaran farmaseutikal #1 Afrika, yang kini bernilai 3.8 bilion USD. Antara tahun 2008 dan 2019 ia meningkat daripada 25 % kepada 65 % untuk produk-produk farmaseutikal yang dikeluarkan di dalam negara. Lebih 120 kilang farmaseutikal telahpun dilancarkan yang mana kesemuanya memerlukan peralatan keselamatan & sekuriti yang canggih. Kini, negara tersebut membuka 1200 km garisan pantai yang belum diterokai dan kawasan gurunnya untuk pelancongan memandangkan dua tahun yang lalu, Kementerian Pelancongan Algeria meluluskan 1800 projek pelancongan antaranya 260 hotel baharu, 74 motel dan 58 pusat peranginan pelancongan. Kemunculan kapasiti perindustrian negara yang kukuh, selain kedudukan geostrategik Algeria menjelaskan kejayaan serta merta SECURA.

SECURA menghasilkan urus niaga lapangan dalam projek pembinaan, IPE, perlindungan perimeter, kawalan akses, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, sekuriti persendirian, keselamatan siber, kecemasan dan peralatan bencana. Namun demikian, ia juga merupakan platform yang terbaik seumpamanya untuk syarikat-syarikat antarabangsa dalam sektor berkenaan yang mencari wakil-wakil tempatan di Algeria dan wilayah Afrika Utara.

SECURA Afrika Utara 2020 berlangsung mulai 11 hingga 13 Februari 2020 di Algiers Exhibition Fairground. Lebih 5000 ahli profesional dan pembuat keputusan dari Afrika Utara akan bertemu lebih 100 pempamer di tapak berkeluasan 6000 m² dan akan berpeluang untuk menghadiri lebih 30 persidangan. Untuk maklumat terperinci tentang acara tersebut atau untuk mendaftar dalam talian, sila kunjungi www.securanorthafrica.com

Hubungi: Olivier-Hicham Allard, Tel: +213-21-94-60-58, E-mel: info.algeria@easyfairs.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1012612/SECURA_Logo.jpg

Source: EASYFAIRS NORTHERAL
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building High Tech Security Publishing/Information Service New products/services Trade show news Future Events