DUBAI, UAE, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Organisasi-organisasi global dalam industri kiriman wang dan perkhidmatan kewangan telah memilih untuk bekerjasama dengan Xpress Money, sebuah syarikat Finablr, untuk memanfaatkan keupayaan kiriman wang rentas sempadannya dan menampung peningkatan permintaan untuk perkhidmatan pemindahan wang yang mudah. Institusi-institusi kewangan terkenal seperti Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB), Commercial Bank of Dubai (CBD), Kuwait Finance House (KFH), RAKBANK, World Remit dan Ficanex (Kanada) menggunakan penyelesaian perniagaan Xpress Money FLEX untuk membawakan saluran pemindahan wang baharu kepada pelanggan mereka dan berkembang ke geografi baharu.
Xpress Money FLEX, penyelesaian yang fleksibel dan serasi menggunakan API proprietari, disediakan kepada perniagaan dalam industri perkhidmatan kewangan dan kiriman wang yang mempunyai lesen pemindahan wang sedia ada. Bank, NBFC, syarikat baharu teknologi kewangan, atau syarikat pembayaran yang ingin menceburi pasaran baharu atau mengembangkan pilihan bayar balik mereka boleh mengunjungi Xpress Money di reruai 4305 Finablr di Money2020 di Las Vegas mulai 27 – 30 Oktober.
Bercakap tentang penyelesaian FLEX, Sudhesh Giriyan, Ketua Pegawai Eksekutif, Xpress Money berkata, "FLEX memainkan peranan penting dalam memangkinkan strategi pertumbuhan kami tatkala kami terus melabur dalam perkongsian penting secara global. Kepakaran dan keupayaan kami dalam memberikan pengalaman perniagaan yang tiada tandingan telah menjadi asas kepada setiap perkongsian ini yang telah kami usahakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini."
Beliau terus menambah, "Matlamat lebih besar kami adalah untuk menjadikan pemindahan wang boleh diakses kepada kumpulan pelanggan yang sebesar mungkin dengan cara yang paling mudah dan berkesan kos. Matlamat ini hanya akan dapat direalisasikan sekiranya kami sebagai industri, berkolaborasi dan berkongsi kepakaran kami bagi mencipta nilai sebenar untuk tujuan yang lebih besar ini."
Xpress Money, salah sebuah organisasi pemindahan wang yang paling boleh dipercayai di dunia, diperbadankan pada tahun 1999 di United Kingdom dan sejak itu menyaksikan pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini tatkala ia mengukuhkan kehadiran geografi di lebih 170 negara. Sejak 19 tahun lalu, organisasi ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pemindahan wang global, terkenal kerana menyenangkan kiriman wang yang mudah, terjamin dan selamat. Memanfaatkan potensi industri kiriman wang bernilai US$689 bilion (Sumber: The World Bank), Xpress Money telah memupuk perkongsian dengan institusi-institusi yang dipercayai bagi memperluas jangkauan penyelesaian kiriman wangnya.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1011074/Xpress_Money_Logo.jpg