omniture

Bekas Menteri Pertahanan Malaysia, Hishammuddin Hussein, Nyata Negara Berhak Peroleh yang Lebih Baik

Office of Hishammuddin Hussein
2019-10-21 11:06 67

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- En. Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Pertahanan Malaysia, menyeru warga negara untuk berusaha ke arah perpaduan semua kaum dan ke arah kemajuan negara.

Mr. Hishammuddin Hussein
Mr. Hishammuddin Hussein

Dalam satu surat yang dikeluarkan kepada media Malaysia, Hishamuddin berkata: "Beberapa minggu yang lalu telah menyaksikan bicara tentang perpaduan merentasi semua barisan politik. Sama ada dari segi kerjasama politik atau Perpaduan Melayu - saya sentiasa konsisten, saya menyokong sebarang usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia di mana-mana peringkat. Sama ada ia bermula di peringkat masyarakat, atau antara orang Melayu terlebih dahulu, kita harus menyedari bahawa usaha ini telah dilakukan sejak sebelum kemerdekaan," tambahnya, "Pada tahun 1946, datuk saya Dato Onn Ja'afar telah mengadakan pertemuan lebih 40 pertubuhan Melayu, menyatukan orang Melayu untuk menentang Empayar British dan pembentukan Malayan Union. Walaupun ini membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), beliau menyedari bahawa Malaysia yang merdeka tidak akan berjaya hanya berdasarkan Perpaduan Melayu.  Hal ini membawa kepada peletakan jawatan beliau daripada UMNO pada tahun 1951 kerana mereka menolak cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum."

Bekas Menteri Pertahanan itu memberi amaran: "Walaupun tidak benar-benar sama, sejarah berulang lagi. Sama ada melalui Muafakat Nasional atau oleh Kongres Maruah Melayu - tumpuan utama peristiwa-peristiwa ini ialah benih yang telah disemai untuk menjadi tema perpaduan yang lebih besar, yang melibatkan kaum-kaum lain yang membentuk negara berbilang bangsa kita."

Beliau menambah: "Saya tahu, dan ia sudah dijangka, retorik perkauman yang menyelubungi peristiwa-peristiwa ini telah membawa kepada kaum-kaum lain rasa terasing dan diserang, yang mengaburi sebarang niat baik yang ingin dicapai olehnya. Ia mengancam untuk membongkar kerapuhan masyarakat kita.  Seharusnya, kita memusatkan perhatian pada perjuangan dan kesungguhan para pemimpin untuk menyatukan orang Melayu, yang mewakili majoriti penduduk kita. Bagaimanapun, masyarakat bukan Melayu tidak perlu khuatir, kerana kita memahami bahawa perpaduan Melayu tidak boleh mengorbankan perpaduan semua rakyat Malaysia, ia hanyalah merupakan asas bagi usaha yang lebih luas dan menyeluruh untuk menyatukan negara kita yang berpecah belah ini."

Encik Hishamuddin berkata: "Malaysia seolah-olah terperangkap dalam ribut ucapan kebencian dan berita-berita palsu, didorong oleh hubungan perkauman yang semakin buruk yang disebabkan oleh kedua-dua belah pihak politik. Namun siapa yang harus memimpin penyelesaiannya? Kita selaku pemimpin politik negara perlu memikul tanggungjawab dan menyedari bahawa kita perlu membetulkannya sebelum ia bertambah buruk. Saya mengakui, ini bukan satu perjalanan yang mudah, tetapi kita perlu menghadapinya dengan tabah. Akan ada banyak insiden yang mana membidas itu kelihatan seperti pilihan yang paling mudah, namun kita tidak boleh menyerah kalah. Pertimbangan yang baik dan keikhlasan mesti dipertahan untuk melihat Malaysia maju ke hadapan. Jika kita, sebagai pemimpin, benar-benar mengambil berat tentang rakyat negara ini, kita perlu memimpin dan menyembuhkan luka-luka yang ada."

Mengulas mengenai status semasa ekonomi negara, Encik Hishamuddin berkata: "Tidak dinafikan, ekonomi juga telah telah terkesan akibat ketidakpastian politik ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Harga komoditi jatuh, pengangguran semakin meningkat dan orang ramai tidak merasakan peningkatan dalam dompet mereka seperti yang diharapkan. Langkah-langkah jimat cermat dan mengikat perut hanya berfungsi sebagai langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan tidak memberi manfaat kepada negara dalam jangka panjang. Saya percaya bahawa apa sahaja dasar yang dilaksanakan hari ini hanya akan dibayangi dan tidak mempunyai kesan positif terhadap rakyat sehingga kestabilan politik dan kepastian dipulihkan," tambahnya, "dan seterusnya, kita tidak boleh menolak risiko yang melibatkan keselamatan di negara kita, dengan kuasa-kuasa yang tidak diingini berpotensi mengeksploitasi masyarakat kita yang berpecah belah ini.  Ancaman perpaduan negara, digabungkan dengan ekonomi yang tidak memberangsangkan, dan ancaman keselamatan merupakan satu gabungan yang poten dan berbahaya untuk masa depan Malaysia."

Mengenai keperluan membentuk satu cara baharu menuju masa depan untuk Malaysia, Encik Hishamuddin berkata: "Kita perlu berhenti dan menyedari - kini adalah masa untuk menyembuhkan. Ia akan memerlukan keberanian, dan keputusan yang dibuat mungkin tidak popular - tetapi ini adalah penting dan perlu ditangani dan dibincangkan dengan fikiran yang tenang dan bukannya emosi. Kita perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mencipta sebuah negara, yang damai dan menyenangkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita. Rakyat Malaysia mahu melihat sesuatu yang boleh diterima dalam keadaan yang huru-hara ini, dan mereka perlu melihat usaha-usaha ini sebagai asas yang ditetapkan untuk masa depan yang lebih cerah."

Beliau menambah: "Kita tidak boleh menafikan bahawa ia perlu bermula pada satu titik, dan orang Melayu telah mengambil inisiatif proaktif dalam lingkungan kita sendiri, tetapi ia tidak boleh berhenti di situ. Kita perlu optimis untuk menghidupkan naratif positif ke hadapan, untuk membina berasaskan apa yang telah dilaksanakan untuk melibatkan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan."

Membeo teriakan Malaysia Deserves Better (Malaysia Berhak untuk Yang Lebih Baik), bekas menteri itu menggesa warga negaranya: "untuk bekerja dengan sabar, untuk menyatukan negara kita yang retak, untuk menyelesaikan perselisihan, dan untuk tabah menghadapi apa sahaja yang perlu dihadapi di masa depan."

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1012796/Mr_Hishammuddin_Hussein.jpg

 

Source: Office of Hishammuddin Hussein
Keywords: Advertising Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Asian-related news Public Safety Public Interest