omniture

Pengarah Urusan UBS Choo Oi Yee Bakal Sertai iSTOX Sebagai Ketua Pegawai Komersial (CCO)

Choo akan bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan iSTOX dan membina rangkaian penerbit dan pelabur.
iSTOX
2019-10-21 11:14 213

SINGAPURA, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- iSTOX, platform dikawal selia pertama dalam mana-mana pusat kewangan global utama yang menawarkan penerbitan, jagaan dan perdagangan sekuriti digital hujung-ke-hujung, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Choo Oi Yee sebagai Ketua Pegawai Komersial (CCO) pertamanya.

UBS Managing Director Choo Oi Yee To Join iSTOX As Chief Commercial Officer (CCO)
UBS Managing Director Choo Oi Yee To Join iSTOX As Chief Commercial Officer (CCO)

Choo mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri pelaburan dan perbankan, paling terkini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Penyelesaian Pelanggan Korporat Singapura UBS, yang mana beliau bertanggungjawab untuk perniagaan perbankan pelaburan UBS Singapura. Menerusi peranan baharu beliau di iSTOX, Choo akan menjadi ahli penting dalam pasukan pengurusan iSTOX yang bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan keseluruhan syarikat dengan membina rangkaian pelabur dan penerbitnya. Beliau akan menyertai pasukan iSTOX pada Januari 2020.

"Saya melihat beberapa perubahan yang benar-benar asas yang bakal berlaku untuk pasaran modal dan saya percaya bahawa Singapura – dan pasukan iSTOX– berkedudukan baik yang unik untuk memanfaatkannya," kata beliau. "Saya amat teruja untuk menyertai pasukan tersebut dan berharap dapat membantu iSTOX berkembang ke dalam platform pilihan untuk penerbitan dan pelaburan bagi abad ke-21."

Pelantikan Choo dibuat pada tempoh yang penting secara strategik untuk syarikat; iSTOX telah memulakan rancangan untuk mengembangkan kumpulan penerbit dan pelaburnya ketika ia berusaha ke arah graduasi daripada Fintech Regulatory Sandbox MA pada awal tahun 2020.

"Sudah jelas untuk kami bahawa kami memerlukan seseorang dengan taraf, reputasi dan pengalaman seperti Oi Yee untuk jawatan CCO kami. Antara keperluan lain, kami memerlukan seseorang dengan pengalaman sekuriti, penerbitan dan perdagangan mendalam pada tahap yang paling senior; seseorang yang mempunyai hubungan yang sangat baik bersama pelabur institusi utama, pemimpin perniagaan, pejabat keluarga serta lain-lain; dan paling penting, seseorang yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan berasaskan naluri tentang cabaran dan peluang yang dihadapi oleh penerbit dan pelabur," kata Danny Toe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ICHX.

"Kami berasa gembira untuk mengalu-alukan Oi Yee ke dalam pasukan ketika kami membuka permohonan untuk akaun pelabur iSTOX dan merangka rancangan penerbit yang menarik menjelang graduasi sandbox kami yang dijangkakan pada awal tahun hadapan," kata Darius Liu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi iSTOX.

Apa Itu iSTOX?

Dibandingkan dengan tempat dagangan tradisional, iSTOX adalah lebih fleksibel, berpatutan dan alternatif inklusif serta menawarkan pilihan pelaburan yang tidak dapat diakses sebelum ini.

Memanfaatkan kuasa kontrak pintar termaju dan teknologi lejar teragih (DLT) untuk memperkemas proses penerbitan dan perdagangan, iSTOX berusaha untuk menakrifkan semula apa yang seharusnya dilakukan oleh pasaran modal dengan membenarkan pelabur dan penerbit untuk berhubung dan berurus niaga secara langsung. Selain itu, platform iSTOX membolehkan penerbitan, pelaburan dan perdagangan sekuriti digital dikawal selia dengan struktur-struktur yang boleh disesuaikan untuk setiap penerbit.

Pemegang kepentingan utama iSTOX termasuk Singapore Exchange (SGX), pengendali infrastruktur dan pertukaran pasaran berbilang aset Asia; Heliconia, subsidiari Temasek Holdings yang memberi tumpuan pada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang pantas berkembang; dan Phatra, sebuah bank pelaburan dan persendirian Thai yang terkemuka serta anggota Kiatnakin Phatra Financial Group. iSTOX turut menjalin perkongsian penting dengan firma guaman global Allen & Overy, firma audit multinasional PwC dan Deloitte, serta penasihat kewangan korporat yang telah mantap SAC Capital dan RHT Capital.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612724-1?lang=0

Source: iSTOX
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Personnel announcements Financial Technology