omniture

SAP jalin kerjasama dengan Microsoft untuk tawaran migrasi awan pertama-dalam-pasaran

Microsoft Corp.
2019-10-21 22:16 105

Melalui perjanjian baharu, syarikat-syarikat akan mempercepatkan dan memodenkan peralihan pelanggan ke SAP S/4HANA dan Platform Awan SAP pada Microsoft Azure

REDMOND, Washington dan WALLDORF, Jerman, 20 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Meneruskan komitmen bersama untuk memudahkan dan memodenkan perjalanan pelanggan ke awan melalui projek "Embrace," SAP SE (NYSE: SAP) dan Microsoft Corp. mengumumkan pada hari Isnin tentang perkongsian dibawa-ke-pasaran yang luas — daripada pengkonsepan kepada jualan — untuk mempercepatkan penerimaan SAP S/4HANA® dan Platform Awan SAP® pada Microsoft Azure oleh pelanggan.

Microsoft company logo.
Microsoft company logo.

Perkongsian awan pilihan yang baharu hari ini menghimpunkan SAP dan Microsoft, berserta jaringan penyepadu sistem global, untuk menawarkan berkas holistik yang menyediakan pelanggan dengan seni bina rujukan yang seragam, pelan tindakan dan perjalanan yang diluluskan pasaran bagi menerangi jalan yang jelas ke arah awan. Sebagai sebahagian daripada perjalanan awan yang mudah ini, Microsoft akan menjual semula komponen Platform Awan SAP bersama-sama Azure. Tawaran unik ini disasarkan kepada pelanggan SAP ERP dan SAP S/4HANA yang lebih mudah bermigrasi daripada atas-premis ke awan awam.

"Perkongsian ini adalah segala-galanya untuk mengurangkan kerumitan dan meminimumkan kos kepada pelanggan apabila mereka beralih ke SAP S/4HANA dalam awan," kata Jennifer Morgan, ketua pegawai eksekutif bersama SAP. "Menghimpunkan kuasa SAP dan Microsoft dapat memberi jaminan kepada pelanggan untuk bekerjasama dengan dua peneraju industri agar mereka dapat beralih dengan yakin dan cekap kepada perusahaan pintar."

"Keputusan SAP untuk memilih Microsoft Azure sebagai rakan kongsi pilihannya mengukuhkan hubungan antara kedua-dua syarikat kami dan menandakan komitmen bersama untuk memupuk pertumbuhan ekosistem awan," kata Judson Althoff, naib presiden eksekutif, Perniagaan Komersial Seluruh Dunia, Microsoft. "Berita hari ini turut memperlihatkan komitmen kami terhadap set minda yang mengutamakan pelanggan dan menyokong peralihan awan mereka, yang terus mendorong bagaimana kami di Microsoft mendekati semuanya bermula daripada perkongsian kepada inovasi produk. Ia membawa penjualan bersama ke tahap serba baharu."

SAP akan memimpin bersama Microsoft Azure untuk memindahkan pelanggan SAP ERP atas-premis dan SAP S/4HANA ke awan melalui amalan terbaik khusus industri, seni bina rujukan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh awan. Ini termasuk penggunaan dan migrasi masa depan pelanggan Awan Perusahaan SAP HANA® langsung sedia ada yang memanfaatkan infrastruktur hiper penskala. Walau bagaimanapun, SAP meneruskan dasar pilihan sokongan sekian lamanya untuk pelanggan yang meminta alternatif berdasarkan keperluan perniagaan.

Khususnya, projek "Embrace" di Microsoft Azure akan menyediakan pelanggan dengan:

  • Peralihan yang mudah daripada edisi atas-premis SAP ERP kepada SAP S/4HANA untuk pelanggan dengan penyelesaian produk dan industri bersepadu. Berkas pasaran industri akan mewujudkan pelan tindakan ke awan untuk pelanggan dalam industri-industri bertumpu, dengan seni bina rujukan tunggal dan laluan untuk menyelaraskan pelaksanaan.
  • Model sokongan kolaboratif untuk resolusi mudah. Sebagai respons kepada maklum balas pelanggan, model gabungan sokongan untuk Azure dan Platform Awan SAP akan membantu memudahkan migrasi dan meningkatkan komunikasi.
  • Perjalanan pasaran yang dibangunkan bersama-sama untuk menyokong keperluan pelanggan. Direka dengan kerjasama SAP, Microsoft dan rakan-rakan kongsi penyepadu sistem akan menyediakan pelan tindakan kepada perusahaan digital dengan penyelesaian yang disyorkan dan seni bina rujukan untuk pelanggan. Ini menawarkan pendekatan harmoni oleh industri untuk produk, perkhidmatan dan amalan merentas Microsoft, SAP dan penyepadu sistem.

Latar Belakang SAP 

Sebagai sebuah Syarikat Pengalaman yang dikuasakan oleh Perusahaan Pintar, SAP ialah peneraju pasaran bagi perisian aplikasi perusahaan, membantu syarikat-syarikat daripada semua saiz dalam semua industri untuk beroperasi pada tahap terbaik: 77% pendapatan transaksi dunia menyentuh sistem SAP®. Pembelajaran mesin kami, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan teknologi analitik termaju membantu menukarkan perniagaan pelanggan kepada perusahaan pintar. SAP membantu memberikan orang ramai dan organisasi dengan pandangan perniagaan mendalam dan memupuk kolaborasi yang membantu mereka kekal mendepani persaingan. Kami memudahkan teknologi untuk syarikat-syarikat agar syarikat-syarikat dapat menggunakan perisian sebagaimana yang mereka mahukan – tanpa gangguan. Suit aplikasi dan perkhidmatan hujung-ke-hujung kami membolehkan lebih 437,000 pelanggan perniagaan dan awam beroperasi dengan cara yang menguntungkan, beradaptasi berterusan dan mencetuskan perbezaan. Dengan jaringan global melibatkan pelanggan, rakan kongsi, pekerja dan pemimpin pemikiran, SAP membantu dunia beroperasi dengan lebih baik dan meningkatkan kehidupan orang ramai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sap.com.

SAP, SAP HANA dan produk serta perkhidmatan SAP lain yang disebutkan di sini selain logo mereka masing-masing merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar SAP SE di Jerman dan negara-negara lain. Sila lihat https://www.sap.com/copyright untuk maklumat dan notis tanda dagangan tambahan.

Latar Belakang Microsoft 

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) membolehkan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggiran pintar. Misinya adalah untuk memperkasakan setiap orang dan setiap organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak lagi.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg

 

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT NYSE:SAP
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Contracts