omniture

Syiling Pengumpul Perak Royal Canadian Mint Peringati Pemimpin Métis dan Bapa Manitoba Louis Riel

Royal Canadian Mint (RCM)
2019-10-23 03:31 97

WINNIPEG, Manitoba, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint memperkenalkan Dolar Pruf Edisi Khas perak halus bagi menyambut ulang tahun ke-175 kelahiran Louis Riel. Selain menampilkan potret evokatif pengasas Manitoba, ini merupakan duit syiling pertama dikeluarkan oleh Mint yang akan diukir dengan Michif, bahasa rasmi Negara Métis. Duit syiling ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini menerusi sambutan tahunan kelahiran Louis Riel oleh Manitoba Metis Federation.

The Royal Canadian Mint's silver collector coin commemorating Louis Riel
The Royal Canadian Mint's silver collector coin commemorating Louis Riel
Artist David Garneau, Royal Canadian Mint Senior Director of Manufacturing Tom Roche, Manitoba Métis Federation President David Chartrand and Métis National Council President Clement Chartier unveil a silver collector coin celebrating the 175th anniversary of the birth of Louis Riel in Winnipeg, Manitoba (October 22, 2019).
Artist David Garneau, Royal Canadian Mint Senior Director of Manufacturing Tom Roche, Manitoba Métis Federation President David Chartrand and Métis National Council President Clement Chartier unveil a silver collector coin celebrating the 175th anniversary of the birth of Louis Riel in Winnipeg, Manitoba (October 22, 2019).

Dilahirkan 175 tahun yang lalu di Saint-Boniface, di bekas wilayah Rupert's Land, Riel memainkan peranan penting kepada usaha untuk melindungi hak-hak Métis apabila tanah yang akan menjadi wilayah Manitoba itu dipindahkan ke Dominion Kanada. Beliau dikenali sebagai pengasas Manitoba, selepas membincangkan syarat-syarat yang melaluinya wilayah yang baru ditubuhkan itu menyertai Konfederasi pada tahun 1870.

"Mint memainkan peranan yang penting dalam mencipta duit syiling yang menceritakan kisah-kisah penduduk yang telah membentuk perjalanan sejarah Kanada," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami berbangga kerana syiling pengumpul terbaharu kami mengiktiraf bahawa kepimpinan dan sokongan gigih Louis Riel untuk Negara Métis memberi sumbangan yang tidak dapat dinafikan kepada Manitoba dan Kanada."

"Louis Riel merupakan tokoh ikonik dan suri teladan beraspirasi bukan sahaja untuk Negara Métis, tetapi untuk semua warga Kanada. Beliau melindungi penentuan nasib sendiri Métis, teguh mempertahankan hak-hak bahasa, agama dan Penduduk Asli serta menentang ketidakadilan," kata David Chartrand, Presiden Manitoba Metis Federation. "Dengan kepimpinan Kerajaan Sementara beliau, Negara Métis menjadi Rakan Kongsi Rundingan Kanada dalam Konfederasi tersebut dan merupakan Pengasas Manitoba. Kami berbangga kerana Royal Canadian Mint bekerjasama erat dengan kami untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-175 Presiden Riel. Kami mengalu-alukan mereka, dan semestinya semua warga Kanada dalam perayaan kami yang sungguh istimewa ini."

Direka oleh artis Métis David Garneau, bahagian belakang Dolar Pruf Edisi Khas 2019 menampilkan potret Riel yang memakai jaket kulit buk diperkemaskan dengan bulu yang dihiasi dengan manik bunga tradisional. Selapang Coventry mengelilingi potret beliau membentuk satu lingkaran pada separuh lambang Negara Métis: tanda infiniti yang menonjolkan penyatuan dua budaya dan keabadian Negara Métis.

"Syiling Royal Canadian Mint memberi penghormatan yang sesuai kepada pemimpin abadi Negara Métis," kata Clément Chartier, Presiden Majlis Negara Métis. "Wawasan dan pengorbanan Louis Riel bukan sahaja membentuk perjuangan penduduk Métis untuk menjamin tempat mereka dalam Persekutuan Kanada, tetapi turut melahirkan barat Kanada itu sendiri."

Inkripsi tiga bahasa gelaran Riel didapati pada jalur bawah selapang yang berbunyi: NIIKAANIIW POOR LA NAASYOON LII MICHIF - MÉTIS NATION LEADER - CHEF DE LA NATION DES MÉTIS. Duit syiling ini turut menampilkan ukiran tanda tangan Louis Riel. Patung rupa Baginda Ratu Elizabeth II oleh Susanna Blunt terdapat pada bahagian depan syiling.

Terhad kepada tempaan 15,000 keping seluruh dunia, syiling perak tulen 99.99% ini dijual pada harga $59.95 CAD dan boleh ditempah hari ini dengan menghubungi terus Royal Canadian Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di www.mint.ca. Ia juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, di outlet Canada Post yang mengambil bahagian serta melalui jaringan peniaga dan pengedar global Mint pada 5 November 2019.
Imej duit syiling ini disediakan di sini.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.  Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1013709/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_Silver_Collector_Coin_Ho.jpg 
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1015629/Royal_Canadian_Mint_Royal_Canadian_Mint_Silver_Collector_Coin_Ho.jpg

 

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Mining/Metals Retail Native American New products/services