omniture

LONGi dan Hexagon Peak Tandatangani Urus Janji Bekalan 200 MWp untuk Vietnam

LONGi Solar
2019-10-23 09:46 343

HO CHI MINH, Vietnam, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- LONGi Solar, pengeluar Tahap 1 bersepadu secara vertikal yang terkemuka bagi modul solar dan Hexagon Peak, cabang pembangunan projek Hexagon Holdings Singapore, mengumumkan bahawa kumpulan ini telah memeterai urus janji bekalan dengan pengeluar ini untuk 200 MWp produk PERC mono terkininya, yang mencecah 435Wp bagi output kuasa nominal.

Hexagon Peak akan menggunakan modul untuk salurannya bagi projek berskala utiliti di Vietnam, yang majoritinya akan beroperasi menjelang suku pertama tahun 2021.

"Kami amat teruja tentang kerjasama bersama LONGi ini," ulas En. Milan Koev, Ketua Pegawai Eksekutif Hexagon Peak dan menambah - "Solar merupakan industri yang berusia lebih kurang 20 tahun, jadi kami baru sahaja melepasi zaman remaja kami dan syarikat-syarikat rintis seperti LONGi memimpin pengeluar-pengeluar peralatan untuk menjadi syarikat yang matang. Keandalan produk mereka, kekuatan kewangan dan paling utama kakitangan yang mengurus perniagaan ini merupakan tiga faktor yang paling penting sebagai pilihan rakan kongsi pembuatan untuk Hexagon di Vietnam."

"Hexagon Peak ialah sebuah syarikat yang baharu, dinamik dan bercita-cita tinggi. LONGi berbangga untuk berkolaborasi dengan mereka bagi projek yang besar di Vietnam ini. Sebagai rakan kongsi, kami akan menyokong Hexagon Peak menerusi produk, teknologi dan khidmat pelanggan LONGi."

"Kolaborasi ini akan mengukuhkan lagi kehadiran LONGi di Vietnam," kata Dennis She, Naib Presiden Kanan, LONGi Solar. "Dengan komitmen bersama kami terhadap keandalan, kami yakin bahawa LONGi dan Hexagon Peak akan membawakan stesen janakuasa fotovolta yang berkualiti tinggi ke Vietnam.

Hexagon Peak kini dalam proses untuk memperoleh lebih 200 MWp projek solar berskala utiliti di Vietnam, dengan syarikat utiliti negeri (ENV) sebagai pembeli tenaga dan anggaran COD pada suku pertama tahun 2021. "Kami telah bekerjasama erat dan memeterai perkongsian dengan beberapa EPC yang ditubuhkan dalam negara dan pemaju projek. Dalam tempoh yang singkat, Hexagon Peak telah mendapat akses kepada saluran besar projek-projek yang sedia dijalankan," tambah En. Dat Le, Pengarah Urusan Hexagon Peak Vietnam. "Kerjasama dengan LONGi ini akan memperlihatkan lagi komitmen kami dalam pasaran Vietnam," simpul En. Le.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts