omniture

Xinhua Silk Road: Moutai tersenarai antara sepuluh syarikat pembuatan minuman keras terbaik di China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-10-23 10:59 478

SHANGHAI, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Kweichow Moutai, bersama-sama sembilan syarikat lain, tersenarai antara sepuluh syarikat pembuatan minuman keras terbaik di China oleh Majlis Industri Ringan Kebangsaan China dan Persatuan Minuman Beralkohol China (CADA) di Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China kali ke-14.

Sembilan syarikat yang lain termasuk Wuliangye, Yanghe, Luzhoulaojiao,Gujing Group, Fenjiu Group, Yanjing Beer, COFCO Greatwall Wine, Jing Brand dan Shaoxing Wine.

Ekspo ini telah menarik minat lebih banyak pempamer dan hadiri dari seluruh dunia berbanding ekspo terdahulu dan telah menjadi platform yang cekap untuk mereka meningkatkan pertukaran dan mengukuhkan kerjasama, kata Wang Yancai, Presiden CADA.

Pintu masuk ke reruai pameran Moutai di Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-14
Pintu masuk ke reruai pameran Moutai di Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-14

Di reruai pamerannya di tengah-tengah ekspo ini, Kweichow Moutai mempamerkan budaya Moutainya dengan menghubungkan teknik-teknik pembruan minuman keras tradisionalnya dengan teknologi data raya, memandangkan syarikat menyasarkan untuk menerajui pembangunan industri minuman keras Cina dengan prinsip "Moutai pintar dan pembruan pintar."

Sejak beberapa tahun yang lalu, Kweichow Moutai memupuk budayanya, yang menyepadukan wawasan, tumpuan kepada butiran dan juga kerja yang andal.

Papan iklan untuk produk-produk Moutai di ekspo
Papan iklan untuk produk-produk Moutai di ekspo

Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa selama tiga hari itu, yang mula diadakan pada tahun 2006, telah menarik minat lebih 3,000 syarikat minuman keras, dengan produk-produk yang terdiri daripada minuman keras Cina, wain, bir, brandi hinggalah wiski.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308884.html?from=singlemessage

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616614-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191021/2616614-1-b?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Awards Trade show news