omniture

PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

Huawei
2019-10-23 12:38 460

TAIPEI, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Huawei mempamerkan penyelesaian baharunya untuk senario terapung dan teragih darat dan permukaan air berskala besar di PV Taiwan 2019, yang menyasarkan pasaran Taiwan sekaligus berkongsi inovasi terkini dalam Penyelesaian PV Pintar FusionSolar semua-senario Huawei bersama pelanggan serta rakan kongsi dari seluruh dunia.

Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019
Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

Di pameran ini, Huawei melancarkan SUN2000-100KTL-M1, penyongsang pintar untuk senario darat dan terapung di permukaan air berskala besar serta SUN2000-20KTL-M2, penyongsang pintar tiga fasa yang menerima Intersolar Award 2019 pada Jun lalu. Penyepaduan teknologi AI menjadikan penyongsang ini lebih pintar dan lebih selamat, menjamin pelanggan dengan pulangan jangka panjang yang dipertingkat.

Penyelesaian PV Pintar untuk senario darat dan permukaan air: kesederhanaan - kestabilan - pulangan lebih tinggi

Huawei melancarkan Penyelesaian PV Pintar FusionSolar 6.0 yang utama dalam industri, menyepadukan maklumat digital, teknologi AI dan PV bagi memberi Kadar pulangan dalaman (IRR) yang lebih baik.

Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019
Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

SUN2000-100KTL-M1 menerajui industri dengan kecekapan maksimum 98.8% dan kecekapan Eropah 98.6%, menyokong 10 MPPT (Pengesanan Titik Kuasa Maksimum) setiap unit dan 200 MPPT bagi setiap sub-tatasusunan 2 MW. Granulariti MPPT yang lebih canggih memastikan peningkatan lebih 2% dalam penjanaan kuasa, memberi pulangan lebih tinggi semasa kitaran hayat 20 tahun stesen janakuasa tersebut.

Penyongsang ini dapat bertahan daripada persekitaran buruk dengan tahap perlindungan IP66 dan kebolehan untuk menyokong pemasangan pada kecenderungan mendatar melebihi 15 darjah dalam senario terapung. Teknologi anti-PID berpaten berfungsi hanya semasa penjanaan kuasa, dengan penggunaan kuasa yang rendah dan keupayaan pampasan yang mantap. Dibandingkan dengan penyelesaian pembaikan PID tradisional, ia menyokong sub-tatasusunan melangkaui 5 MW. Ia meminimumkan nod dan kabel DC serta mempunyai modul perlindungan kilat AC/DC terbina dalam serta suis DC, memastikan sepenuhnya keselamatan stesen janakuasa dan kakitangan.

Diagnosis Lengkung IV Pintar: capai "pemeriksaan sifar"

Diagnosis Lengkung IV Pintar Huawei, digunakan di lebih daripada 5 GW loji PV seluruh dunia, ialah satu-satunya teknologi tegar yang diperakui oleh pihak ketiga berwibawa TUV. Smart IV3.0 yang dilancarkan tahun ini menyempurnakan pengimbasan jarak jauh stesen janakuasa 100 MW dalam masa hanya 15 minit. Dengan pengalaman yang terkumpul melalui pembelajaran kendiri AI dan model pengenalpastian kesalahan dioptimum, tiada kakitangan pengendalian dan penyelenggaraan (O&M) diperlukan di lapangan, mencapai "pemeriksaan sifar" yang sebenar sambil menerajui O&M PV menuju era pintar.

Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019
Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

Penyelesaian PV Pintar Teragih: pengoptimuman tepat dan pengalaman lebih baik

Satu lagi kemuncak utama di pameran ini ialah SUN2000-20KTL-M2, penyongsang pintar tiga fasa baharu yang dilancarkan oleh Huawei untuk senario teragih dengan pengoptimum pilihan, menarik banyak perhatian daripada pelanggan.

Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019
Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

Pengoptimuman yang tepat

SUN2000-20KTL-M2 mempunyai pengoptimum SUN2000P-375W-P2 pilihan yang dapat mengurangkan ketakpadanan modul yang disebabkan oleh pembayangan, menjamin integriti setiap modul, memaksimumkan penggunaan kawasan bumbung dan meningkatkan penjanaan kuasa melalui pemasangan lebih banyak modul.

Keselamatan terunggul

Teknologi pengesanan arka AFCI berkuasa AI, dalam dua saat selepas mengesan arka, dapat melumpuhkan litar secara automatik dan mengurangkan voltan kepada 0V, bagi mengelakkan renjatan elektrik. Melalui data besar pada ciri-ciri arka dan pembelajaran kendiri terhadap jenis arka baharu, pengesanan arka adalah lebih tepat apabila kadar amaran palsu adalah lebih rendah, menambah lapisan perlindungan baharu kepada stesen janakuasa.

Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019
Dengan inovasi berterusan, PV Pintar Huawei sekali lagi terajui PV Taiwan 2019

Pengalaman lebih baik

Cip set terbina dalam penyongsang dapat menyempurnakan pemadanan pengoptimum dalam 1.5 minit, lebih pantas berbanding kaedah tradisional. Templat susun atur modul yang terkandung dalam aplikasi boleh digunakan untuk pengecaman imej, menjana secara automastik susun atur fizikal modul dalam 5 saat. Pengendalian dan penyelenggaraan menjadi semakin mudah.

Setakat separuh pertama tahun 2019, penghantaran global Huawei telah melangkaui 102 GW. Huawei akan terus bekerjasama dengan pelanggan serta rakan kongsi dalam industri tenaga boleh diperbaharui untuk mempercepatkan transformasi pintar stesen janakuasa PV di seluruh dunia, membawakan dunia digital kepada setiap stesen janakuasa PV.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615380-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615380-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615380-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615380-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191018/2615380-1-e?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Oil/Energy Utilities