omniture

Gogo dan Airspan Jalin Kerjasama untuk Pembangunan dan Pelancaran Rangkaian Udara-ke-Darat 5G

Airspan Networks
2019-10-24 01:36 128

- Gogo manfaatkan Airspan untuk keupayaan terbukti dalam memberikan RAN termaju

- Sistem Udara-Ke-Darat Air5G akan menyediakan RAN maya mandiri 5G pada kelajuan tinggi di langit udara.

LOS ANGELES, 23 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Gogo (NASDAQ: GOGO), penyedia global yang terkemuka bagi produk dan perkhidmatan sambungan jalur lebar untuk penerbangan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih Airspan Networks untuk membina dan membangunkan rangkaian 5Gnya untuk penerbangan. Rangkaian udara-ke-darat (ATG) baharu akan direka untuk digunakan dalam pesawat penerbangan perniagaan, jet serantau komersial dan jet talian utama lebih kecil yang beroperasi dalam Amerika Syarikat dan Kanada yang bersempadan. Rangkaian ini dijangka dapat menyediakan 5G kepada penerbangan perniagaan dan komersial pada tahun 2021.

"Kami teruja kerana telah memuktamadkan perjanjian kami dengan Airspan untuk membangunkan dan membina rangkaian 5G Gogo, yang akan menjadi pencapaian penting dalam industri kesambungan dalam penerbangan," kata Mike Syverson, naib presiden kanan kejuruteraan dan operasi untuk Penerbangan Perniagaan Gogo. "5G Gogo ialah langkah seterusnya dalam evolusi teknologi kami dan dijangka memberi pengalaman pengguna yang tiada tandingan, menggandingkan prestasi tinggi dengan kependaman rendah dan lewahan seluruh rangkaian. Keupayaan terbukti Airspan bagi memberikan penyelesaian kependaman rendah yang berkapasiti tinggi dalam persekitaran yang mencabar adalah kritikal untuk kejayaan kami."

"Airspan mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun dalam menerobos sempadan teknologi tanpa wayar, sama ada untuk memecahkan halangan kepada pelancaran yang boleh diskala atau menyediakan jalur lebar ultra pantas pada ketinggian 30,000 kaki. Perkongsian kami dengan Gogo merupakan satu pencapaian penting untuk pengkomersialan aplikasi dan senarai tindakan aplikasi 5G yang sebenar. Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini," kata Eric Stonestrom, Ketua Pegawai Eksekutif Airspan Networks.

Sistem 5G Gogo akan menggunakan teknologi gred-pembawa yang sama seperti rangkaian produk Air5G Airspan. Platform Airspan akan menyediakan operasi mod mandiri 5G menggunakan pembangunan termaju; teknologi stesen utama RAN maya dan tatasusunan antena MIMO Besar-besaran. Menggunakan teknik pembentukan alur dan pengesanan termaju, sistem ini berupaya untuk berkomunikasi dengan Pesawat yang terbang melebihi kelajuan 1200km/j, pada jarak jauh, kesemuanya sambil menyediakan pengalaman 5G jalur lebar mudah alih yang dipertingkat.

Latar Belakang Airspan Networks Inc.: 

Airspan (OTC PINK: AIRO) ialah penyedia penyelesaian RAN 4G dan 5G yang terkemuka, mempunyai lebih 1000 pelanggan di lebih 100 negara. Airspan sering diiktiraf sebagai peneraju dan perintis bagi RAN dan penyelesaian Angkut Balik yang inovatif. Airspan mempunyai portfolio produk yang luas, termasuk sel kecil dalaman dan luaran serta stesen utama Mikro dan Makro kompak, luar sepenuhnya, pelbagai peranti pengguna serta produk pengoptimuman rangkaian. Penyelesaian sambungan ini beroperasi dalam jalur daripada Sub-6GHz kepada gelombang Milimeter. www.airspan.com.

Airspan tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan maklumat Akta Bursa Sekuriti 1934 dan, dengan itu, tidak memfailkan laporan, penyata kewangan, penyata proksi, kenyataan maklumat atau maklumat lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Untuk maklumat tentang kenyataan pandang ke hadapan kunjungi www.airspan.com/fls

Untuk Pertanyaan Media:
Damiano Coletti,
+1-561-893-8670
mediarelations@airspan.com

Source: Airspan Networks
Related Stocks:
OTC:AIRO
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology OTC/SmallCap IRW Telecommunications Wireless Communications Joint ventures New products/services