omniture

Tata Harper Perkenal Penjenamaan Semula Supernaturals 2.0 Baharu yang Berkesan

School House
2019-10-25 00:57 114

School House dan Tata Harper jalin kerjasama untuk pempakejan semula rangkaian penjagaan kulit mewahnya, diinspirasikan oleh botani yang paling berkesan daripada alam semula jadi 

NEW YORK, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- School House, agensi kreatif berpangkalan di New York yang terkenal dengan konsep jualan runcit yang ditakrifkan strategi, kreatif dan persepsi untuk jenama-jenama kecantikan yang paling mendapat permintaan di dunia, bekerjasama dengan Tata Harper untuk mengangkat koleksi Supernaturals ikoniknya dengan pengalaman pempakejan yang menterjemahkan tujuan jenama luar biasa Tata Harper kepada wajah jenama baharu yang tidak dapat dilupakan untuk rangkaian penjagaan kulit 100% semula jadi.

Tata Harper Supernaturals 2.0 Packaging Design by School House
Tata Harper Supernaturals 2.0 Packaging Design by School House

School House mengusahakan penerokaan strategik yang menyerlahkan kebenaran yang ringkas dan hebat yang terdapat dalam alam semula jadi yang menginspirasikan rupa dan rasa pengalaman pempakejan, termasuk komponen kaca tersuai dengan impak minimum dan kedap udara yang dapat mengekalkan keberkesanan produk serta melengkapi kualiti produk mewah yang tinggi dan halus.

Sebaik sahaja dikeluarkan daripada bungkusan, corak warna kuning, usikan pada bebayang hijau Tata Harper yang ikonik, menonjolkan sedikit warna ungu berwarna warni apabila botol ini terkena cahaya, menonjolkan jenis tumbuh-tumbuhan yang paling berkesan, yang mana pigmen ungunya menunjukkan kuasa dan bahan-bahan yang dikandung olehnya.

Diinspirasikan oleh rangkaian prestij asal daripada jenama rintis ini, pempakejan berkenaan menampilkan perincian yang tersuai sepenuhnya daripada botol kepada lapisan luar dan dalam masa yang sama meraikan komitmen asas jenama tersebut terhadap kemampanan dengan bahan-bahan yang dikitar semula dan dikitar tinggi sepenuhnya selain proses yang mampan.

Rangkaian Supernaturals daripada Tata Harper terhasil menerusi hubungan antara produk semula jadi dan kemewahan serta prestij yang unggul. Dalam mempertimbangkan pempakejan semula, School House bermula dengan memberi tumpuan terhadap pengalaman membuka bungkusan (unboxing). Pakej baharu tersebut mengajak pengguna untuk menarik keluar bok sekunder dalaman daripada lapisan luarnya, menonjolkan velum dikitar semula yang dicetak dengan teks yang memperincikan proses dan bahan-bahan Supernaturals. Mendedahkan produk tersebut, terletak dalam ruang sempit di dalam pulpa dikitar semula, ke udara dan cahaya.

Melalui ekspresi halus jenama ini dan penerokaan identiti visual, School House berupaya menghasilkan reka bentuk yang elegan, dengan komponen bernuansa yang menguasai perhatian dan menceritakan kisah serta strategi tentang apa yang menjadi prinsip Supernaturals, diterjemahkan kepada proses interaksi pelanggan dan penerokaan yang tiada tandingan.

School House terletak di 20 West 22nd Street, New York, New York. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi kami di express@weareschoolhouse.com, atau kunjungi kami di www.weareschoolhouse.com.

Sertai perbualan di Instagram menerusi @schoolhousenyc menggunakan tagar #greenyourbeautyroutine.

Latar Belakang School House 

School House ialah sebuah agensi kreatif bebas, ditubuhkan oleh bekas Eksekutif LVMH Christopher Skinner, yang mengkhusus dalam strategi pintas, melibatkan persekitaran yang kreatif dan imersif untuk jenama-jenama kecantikan yang paling mendapat permintaan di dunia, memanfaatkan pengalaman kecantikan mereka selama bertahun-tahun untuk mengubah jenama-jenama menjadi jenama-jenama yang berpegang kepada kebenaran, mendorong keputusan yang boleh diukur dan hubungan pengguna yang lebih mendalam.

School House dibina untuk mencerminkan studio kreatif dalaman dengan bakat khusus merentas bidang-bidang kreatif utama yang diperlukan dalam pasaran kecantikan hari ini: jenama dan strategi komersial, penjenamaan dan reka bentuk visual, penerbitan kreatif, reka bentuk digital dan sosial, reka bentuk perindustrian, pembarangan visual dan reka bentuk seni bina.

Pelanggan-pelanggan terpilih termasuk Dr. Dennis Gross Skincare, Kevyn Aucoin Beauty, Amore Pacific Luxury Group, Malin + Goetz, Tata Harper Skincare, L'Occitane en Provence, Clark's Botanicals, Eve Lom dan Volition Beauty.

Tata Harper Supernaturals 2.0 Packaging Design by School House
Tata Harper Supernaturals 2.0 Packaging Design by School House

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010303/Tata_Harper_Supernaturals_Serum.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1010304/Tata_Harper_Supernaturals_Packaging.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1010292/School_House__Logo.jpg  

Source: School House
Keywords: Advertising Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics New products/services