omniture

Inkubasi, Ukur dan Amplifikasi: The Circulate Initiative Lancar Strategi untuk Akhiri Pencemaran Plastik dan Bina Ekonomi Pusingan Berkembang Maju

Circulate Capital
2019-10-25 01:02 141

The Incubation Network dibangunkan bersama SecondMuse ialah program unggulan The Circulate Initiative, menyokong penginovasi di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara serta mewujudkan keadaan yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya.

OSLO, Norway, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Lautan Kita (Our Ocean Conference) 2019, Circulate Capital, firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus untuk menginkubasi dan membiayai syarikat dan infrastruktur yang mencegah plastik di lautan di Asia Selatan dan Asia Tenggara (SSEA), memperkenalkan The Circulate Initiative (TCI), sebuah pertubuhan bukan untung baharu yang mengkhusus untuk mengakhiri pencemaran plastik di lautan dan membina ekonomi inklusif yang berkembang maju. TCI akan memberi tumpuan kepada tiga aspek – inkubasi, pengukuran dan amplifikasi ekonomi pusingan baharu, pengurusan bahan buangan dan penyelesaian kitar semula yang akan menyingkirkan plastik di lautan dan mencipta faedah-faedah ekonomi dan sosial. Pengenalan ini diadakan di acara sampingan Lautan Kita "Sains, Dasar dan Kewangan untuk tangani Plastik di Lautan," bersama-sama dianjurkan oleh Circulate Capital, The Circulate Initiative, Ocean Conservancy dan National Geographic Society.

Circulate Capital menubuhkan TCI sebagai respons kepada penilaian di darat oleh Circulate Capital di Asia Selatan dan Asia Tenggara, yang mengenal pasti beberapa faktor yang menghalang perkembangan pengurusan bahan buangan pusingan yang cekap, mampan dan boleh dilabur serta rantaian bekalan kitar semula di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Faktor-faktor ini termasuk kekurangan usaha niaga yang boleh dilabur, inisiatif bukan untung dan komuniti terpecah-pecah dan rangka kerja dasar serta kawal selia yang rumit.

"Pelaburan dan modal bersifat dermawan kedua-duanya diperlukan untuk membina sistem yang dikehendaki untuk menukarkan bahan buangan menjadi nilai dan akan menarik minat pelabur sambil menghasilkan kesan-kesan alam sekitar dan sosioekonomi yang positif. Tatkala kami menakrifkan program pelaburan kami, kami sedar akan keperluan untuk mengukuhkan saluran peluang dalam ekonomi pusingan di Asia Selatan dan Asia Tenggara untuk semua pelabur," jelas Rob Kaplan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Circulate Capital. "Gabungan usaha antara Circulate Capital dan The Circulate Initiative serta rakan-rakan kongsi kami yang lain akan meningkatkan kualiti dan kuantiti peluang-peluang yang boleh dilabur untuk semua pelabur di samping turut menunjukkan bahawa pelaburan dalam penyelesaian plastik di lautan dapat memberi pulangan kewangan. Matlamat bersama kami adalah untuk memangkinkan berbilion-bilion dolar yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah plastik di lautan."

Kaplan menambah: "Selain memupuk lebih banyak mekanisme inkubasi, kami perlu membangunkan cara yang nyata lebih tepat untuk mengukur jumlah plastik yang mengalir ke lautan selain kesan daripada intervensi kami agar kami akhirnya dapat menarik lebih banyak nilai dolar pelaburan kepada sektor tersebut. Akhir sekali, kami perlu memperluas kisah kejayaan dan usaha menarik yang dilaksanakan dalam bidang ini bagi menarik minat usahawan baharu dan untuk menggalakkan pembangunan usaha niaga boleh dilabur yang baharu."

Disokong oleh rakan kongsi dermawan, kerajaan dan korporat, The Circulate Initiative ialah sebuah organisasi 503(c)(3) berdaftar A.S. Bekas Pengarah Urusan Inisiatif Antarabangsa di Ocean Conservancy, Susan Ruffo, dilantik sebagai Pengarah Eksekutif.

Program unggulan TCI akan menjadi The Incubation Network, satu inisiatif yang asalnya dilancarkan pada musim luruh tahun 2018 dengan kerjasama SecondMuse. The Incubation Network mengkhusus untuk mempercepatkan penyelesaian bagi mencegah pencemaran plastik di lautan di SSEA dengan menyokong penginovasi di seluruh rantau dan mewujudkan keadaan yang diperlukan oleh mereka untuk berjaya. Ini termasuk membangunkan, mempromosi dan melabur dalam teknologi inovatif, model perniagaan dan usahawan. The Incubation Network akan mencipta rangkaian terhubung melibatkan penginovasi, pelabur, pertubuhan masyarakat sivil dan pemimpin kerajaan di seluruh SSEA yang akan mereka bentuk dan membawakan program-program secara kolektif yang memacu pelaburan, inovasi dan perkongsian untuk penyelesaian pengurusan bahan buangan dan ekonomi pusingan yang inklusif dan responsif-gender.

"Plastik di lautan ialah suatu masalah sistem yang memerlukan penyelesaian sistem yang komprehensif. Sebahagian daripada penyelesaian yang kritikal telah menghentikan aliran plastik sebelum ia sampai ke lautan dengan meningkatkan proses pengumpulan sampah dan kitar semula. TCI melakukan hal ini dengan menyokong usahawan dan usaha niaga serta membina ekonomi inklusif yang memacu dan menyokong ekonomi psuingan, bermula dengan penambahbaikan keadaan pemungkin keseluruhan kepada pementoran usahawan individu," diterangkan oleh Susan Ruffo, Pengarah Eksekutif TCI.

Susan Ruffo turut mengumumkan rakan-rakan kongsi The Incubation Network. "Kami berbangga untuk mengumumkan beberapa inkubator dan pemecut perniagaan yang terbaik dan paling inovatif di Asia Selatan dan Asia Tenggara menyertai The Incubation Network bagi membantu memberi peluang-peluang yang lebih baik kepada syarikat baharu, usahawan dan penginovasi dari seluruh dunia untuk menangani masalah plastik di lautan." Rakan-rakan kongsi The Incubation Network termasuk:

  • McKinsey.org (Global)
  • Impact Hub (Asia Pasifik)
  • Ocean Plastic Prevention Accelerator (Indonesia)
  • InOff Plastic (Indonesia)
  • Climate Collective (India)
  • xchange (Filipina)
  • Circular Design Lab (Thailand)

"Kami teruja untuk mengumumkan ahli-ahli dalam The Incubation Network. Bersama-sama pelbagai pemegang kepentingan lain daripada sektor awam, masyarakat sivil dan swasta, rakan-rakan kongsi ini menyertai kami di laluan untuk menyokong usahawan dan penginovasi bagi meluaskan penyelesaian yang bertujuan untuk menghentikan plastik daripada memasuki lautan. Sepanjang lima tahun akan datang, kita akan dapat melihat perubahan seismik dalam naratif global daripada Asia yang dilihat sebagai sumber plastik lautan, kepada Asia yang dilihat menginkubasi penyelesaian untuk plastik di lautan," kata Simon Baldwin, Pengarah The Incubation Network di SecondMuse. 

Untuk maklumat lanjut tentang The Incubation Network, sila kunjungi laman sesawangnya: www.incubationnetwork.com

Latar Belakang The Circulate Initiative

The Circulate Initiative (TCI) ialah sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan untuk mengurangkan jumlah plastik yang mengalir ke lautan dengan menginkubasi, mengukur dan mengamplifikasikan pernyelesaian yang memajukan ekonomi pusingan dan meningkatkan sistem pengurusan bahan buangan dan kitar semula di samping menggalakkan ekuiti dan kemakmuran ekonomi. Dibiayai oleh rakan kongsi dermawan, kerajaan dan korporat, TCI akan menyediakan usahawan, penggubal dasar dan pelabur dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh mereka untuk mencipta dan membiayai secara mampan serta mengendalikan ekonomi pusingan inklusif yang mengurangkan sisa plastik dalam pasaran-pasaran baru muncul. Matlamat TCI adalah untuk menyokong penyelesaian pengurusan bahan buangan dan kitar semula yang inovatif, inklusif dan mampan melalui pendidikan, pembinaan keupayaan dan bantuan teknikal. Selain itu, TCI berusaha untuk membangunkan kaedah-kaedah sejagat bagi mengukur impak pelaburan dalam sektor berkenaan dan untuk berkongsi kisah kejayaan serta pengajaran yang didapati daripada semua pemegang kepentingan. TCI ialah sebuah organisasi 503(c)(3) berdaftar A.S.

Latar Belakang Circulate Capital

Circulate Capital ialah sebuah firma pengurusan pelaburan yang mengkhusus untuk menginkubasi dan membiayai syarikat-syarikat dan infrastruktur yang mencegah plastik di lautan. Kami menumpu pada pencegahan sisa plastik salah urus di negara-negara yang terletak di Asia Selatan dan Asia Tenggara, wilayah-wilayah yang menyumbang secara tidak seimbang kepada pencemaran plastik lautan khususnya disebabkan oleh mereka biasanya kekurangan infrastruktur sisa kritikal untuk mengurus masalah tersebut. Kami ditubuhkan melalui kolaborasi bersama Closed Loop Partners serta Ocean Conservancy, dan pelabur-pelabur pengasas kami termasuk PepsiCo, Procter & Gamble, Dow, Danone, Unilever dan The Coca-Cola Company, di samping pelabur terkini kami, Chevron Phillips Chemical Company LLC. Kami turut disokong oleh pelbagai perkongsian kewangan bersama Agensi A.S. bagi Pembangunan Antarabangsa (U.S. Agency for International Development, USAID) dan banyak syarikat barangan produk pengguna dan kimia terkemuka yang lain, organisasi-organisasi antara kerajaan dan persatuan-persatuan termasuk 3M, Majlis Kimia Amerika, Kimberly-Clark, Perkongsian dalam Pengurusan Alam Sekitar untuk Laut Asia Timur (PEMSEA) serta World Plastics Council.

Latar Belakang SecondMuse

Sejak 10 tahun yang lalu, SecondMuse berkolaborasi dengan kerajaan berwawasan, perbadanan, yayasan dan syarikat baharu untuk membina ekonomi abad ke-21. Program-program semasa termasuk Futureworks NYCEDC, program pembuatan teknologi bersih M-Corps bersama NYSERDA, The Incubation Network bersama Circulate Capital untuk memerangi plastik di lautan dan International Space Apps Challenge NASA. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SecondMuse, kunjungi secondmuse.com atau sertai SecondMuse di Twitter dan Instagram.

Hubungan media:

Cindy Stoller
Confluence Partners
917-331-0418
cstoller@confluencepartners.com

Source: Circulate Capital
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Conservation/Recycling Environmental Issues Not for profit Socially Responsible Investing Trade show news