omniture

Wakil Dari Lebih 100 Negara Ikut Serta dalam Forum "Inovasi Terbuka" di Moscow

Open Innovations - 2019
2019-10-25 15:57 143

MOSCOW, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Forum Antarabangsa Pembangunan Inovatif Moscow VIII "Inovasi Terbuka" bertempat di Moscow - acara tahunan utama di Rusia dalam bidang keusahawanan teknologi.

The VIII Moscow International Forum of Innovative Development "Open Innovations"
The VIII Moscow International Forum of Innovative Development "Open Innovations"

655 jurucakap daripada lebih 100 negara turut serta dalam 150 perbincangan. Lebih 160 syarikat baharu mempersembahkan projek mereka kepada bakal rakan kongsi dan pelabur. Dari 21 sehingga 23 Oktober, lebih 20,000 orang menghadiri forum ini.

Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev menyampaikan ucapan dalam sidang pleno "Ekonomik Pintar. Tiga dilema kepada bangsa digital," menggariskan cabaran utama yang dibawa oleh transformasi digital kepada masyarakat, kerajaan dan perniagaan. Cabaran ini ialah keselamatan siber data peribadi, penstrukturan semula pasaran buruh kerana automasi pengeluaran dan peraturan undang-undang industri inovasi. Dmitry Medvedev mengingatkan bahawa dalam satu tahun Skolkovo akan merayakan ulang tahun ke-10, dan tetamu akan melawat Inovasi Terbuka 2020 - "lihat perkara yang telah dilakukan dalam 10 tahun ini dan perkara yang masih perlu dilakukan."

Tema hari pertama Forum ialah "Manusia Digital." Pakar membincangkan isu-isu berkaitan impak teknologi atas kehidupan manusia. Hari kedua dikhususkan untuk "Ekonomi Pintar" - pendigitalan industri dan industri lain, syarikat dan keusahawanan teknologi. Akhir sekali, perbincangan "Teknologi Masa Depan" - trend teknologi baharu dalam bidang perubatan, kecerdasan buatan, insurans, industri dan runcit.

Forum ini dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Kerajaan Persekutuan Rusia Maxim Akimov, Menteri Pembangunan Ekonomi Maxim Oreshkin, Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin, Pengerusi Lembaga Yayasan Skolkovo Viktor Vekselberg, Pengerusi Lembaga Pengarah Bayer Werner Baumann, pengasas Institut Kemanusiaan Masa Depan Universiti Oxford Nick Bostrom, Pengarah Google Play Purnima Kochikar dan ramai pakar lain.

Dalam kerangka kerja Forum "Inovasi Terbuka", persidangan teknologi global "Lebih Awal Dari Jangkaan: Bandar Pintar," dianjurkan oleh Agensi Bloomberg dan yayasan Skolkovo, dan forum perniagaan praktikal mengenai sistem kecerdasan RAIF (Forum Kecerdasan Buatan Rusia) turut diadakan. Dalam tempoh tiga hari ini, 29 perjanjian telah ditandatangani dengan penyertaan Rusia dan syarikat antarabangsa, yayasan dan institusi pembangunan.

Penganjur bersama Forum Antarabangsa "Inovasi Terbuka" ialah Kementerian Pembangunan Ekonomi Persekutuan Rusia, Kerajaan Bandar Moscow, Yayasan Skolkovo, Syarikat Modal Rusia, Dana untuk Infrastruktur dan Program Pendidikan, Dana untuk Promosi Inovasi, dan Syarikat Pembangunan Negeri VEB.RF.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1016294/Open_Innovations_2019_Moscow.jpg

Source: Open Innovations - 2019
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital High Tech Security Insurance Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Retail Workforce Management/Human Resources Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)