TAIPEI, Oktober. 25, 2019 /PRNewswire/ -- DediProg Technology, penyedia global terkemuka penyelesaian pengaturcaraan IC untuk ingatan kilat, mikropengawal, dan peranti penyetoran berketumpatan tinggi UFS/eMMC, akan mempamerkan pengaturcara terkini automasi NuProgPlus dan DP3000-G3 di Munich Productronica 2019.
DP3000-G3 ialah generasi ketiga automasi pengaturcaraan yang memiliki penambahbaikan sangat hebat dalam keupayaan dan ciri pengaturcaraan IC. Peranti ini boleh dipasang dengan pengaturcara NuProgPlus yang terkini untuk memungkinkan tapak soket pengaturcaraan 96 dan memacu kelajuan pengaturcaraan peranti UFS sehingga 180 Mbait/saat. Konfigurasi ini meningkatkan prestasi pengaturcaraan peranti UFS sehingga 5X (ganda) berbanding dengan penyelesaian lain yang serupa. Untuk pengaturcaraan mikropengawal umum, peranti ini mencapai penghasilan daya pemprosesan sehingga 3,500 UPH (output peranti per jam).
Pengaturcara NuProgPlus adalah pengaturcara satu-ke-semua yang pertama dalam industri yang meliputi semua jenis pengaturcaraan IC termasuk UFS/eMMC dan MCU dalam pengaturcara tunggal. NuProgPlus direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengaturcaraan IC untuk 10 tahun akan datang yang meliputi pelbagai protokol pengaturcaraan, isyarat pembezaan, integriti pengaturcaraan, pengaturcaraan sekuriti dan masa pengaturcaraan tersingkat.
DediProg juga telah meluncurkan DP2T untuk memenuhi keinginan pasaran dengan automasi pengaturcaraan yang cekap kos untuk persekitaran produksi yang memiliki campuran tinggi dan isipadu rendah. DP2T boleh dikonfigurasi dengan aksesori untuk mengautomasikan peranti IC di Pita & Gelendong, Dulang JEDEC, dan pemeriksaan optikal AOI pada daya pemprosesan 1,000 UPH. Proses pengautomasian tunggal boleh disempurnakan oleh DP2T untuk meminimumkan pengendalian manusia, menambah baik kualiti dan meningkatkan kecekapan.
DediProg bertambah baik dan membuat lompatan dalam teknologi pengaturcaraan dengan lebih daripada 250 automasi pengaturcaraan dipasang secara global dan lebih 800 unit pengaturcara UFS telah dikirim. Kepimpinan DediProg dalam pengaturcaraan diteguhkan lagi dengan penemuan terkini dalam pengaturcara dan automasi.
Di Pameran Munich Productronica, kedua-dua pihak iaitu Dediprog dan pengedar Jerman Dediprog, AdoptSMT Europe GmbH akan mempamerkan teknologi pengaturcaraan IC di Dewan B2, Reruai 117 dan Dewan A3, Reruai 181 masing-masing. Juga pelajari cara meningkatkan kecekapan dan pengurangan kos keseluruhan di www.DediProg.com atau hubungi sales@DediProg.com.
Latar belakang DediProg Technology
DediProg mereka bentuk dan mengkhusus dalam penyelesaian pengaturcaraan IC. Sebagai pakar yang dikenali dalam pengaturcaraan IC, automasi DediProg berkeupayaan untuk menguruskan pakej WLCSP yang kecil dan boleh dikonfigurasikan untuk keperluan pengaturcaraan berbeza. DediProg juga mengasaskan pasukan sokongan teknikal di wilayah berasingan untuk menyediakan perundingan pengaturcaraan IC dan perkhidmatan kepada pelanggan secara global.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191014/2609786-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191014/2609786-1-b?lang=0