omniture

Penerima Hadiah Nobel, Louis Ignarro, berhubung Jawatankuasa Saintifik "Fondazione Internazionale Menarini"

Menarini I.F.R.
2019-10-25 21:20 151

FLORENCE, Itali, 25 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Hasil penemuan beliau telah mengubah kehidupan jutaan manusia. Lantaran wawasan beliau, beliau telah memenangi penghormatan saintifik yang paling berprestij di dunia. Hari ini, pengalaman berharga beliau akan menyumbang ke arah memperkukuhkan misi "Fondazione Internazionale Menarini" yang mengalu-alukan pemenang bagi hadiah Nobel untuk Perubatan, Louis Ignarro.

Louis Ignarro
Louis Ignarro

Dilahirkan di Brooklyn (New York), anak lelaki kepada pendatang Itali, Ignarro menemui minat beliau terhadap bidang kimia pada usia 8 tahun apabila beliau menjalankan ujikaji pertama beliau menggunakan permainan kanak-kanak. Semangat ini tidak pernah pudar dan setelah berkecimpung dalam bidang kerjaya akademik yang cemerlang di Columbia University, New York dan tempoh penyelidikan yang panjang di universiti-universiti berprestij Amerika yang lain, beliau menyertai University of California, Los Angeles (UCLA). Pada waktu inilah beliau dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Perubatan dan Fisiologi "atas sumbangan beliau dalam penemuan fungsi-fungsi asid nitrik dalam sistem kardiovaskular." Hasil daripada kajian-kajian beliau inilah kita terhutang budi dengan pembangunan ubat-ubatan yang biasanya digunakan dalam merawat disfungsi erektil dan tekanan darah tinggi. Ignarro ialah salah seorang pengasas Persatuan Asid Nitrik (Nitric Acid Society) dan kini merupakan Profesor Farmakologi di Jabatan Farmakologi Perubatan Molekul di Sekolah Perubatan UCLA.

Berucap dari Los Angeles, Louis Ignarro, memberi sepatah dua kata ini tentang kolaborasi yang menarik bersama Yayasan ini: "Pernah mengajar di beberapa universiti Amerika, saya sentiasa menghargai kerja-kerja yang dijalankan oleh Fondazione Internazionale Menarini: aktiviti-aktiviti pendidikan mereka di kongres dan internet memperlihatkan aset saintifik yang unik. Hasil daripada kolaborasi ini, saya akan terus menyumbang kepada arahan saintifik melibatkan penyelidik, klinisian, pelajar dan juga golongan muda."

"Kami berbesar hati dengan adanya Profesor Ignarro untuk menyertai Jawatankuasa Saintifik kami," ulas Lorenzo Melani, Pengerusi dan Pengarah Saintifik Fondazione Internazionale Menarini. "Dengan bantuan pengalaman beliau, kami akan terus menggalakkan lagi penyelidikan dan pemahaman dalam bidang biologi, farmakologi, perubatan, ekonomi dan sains manusia, dengan memperlihatkan sasaran institusi untuk Fondazione Internazionale Menarini."

Untuk maklumat lanjut tentang "Fondazione Internazionale Menarini" kunjungi laman sesawang https://www.en.fondazione-menarini.it/.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1017026/Louis_Ignarro.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1017025/Menarini_Logo.jpg

 

 

 

Source: Menarini I.F.R.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)