omniture

UAE Gesa Idea Inovatif untuk Cari Penyelesaian terhadap Cabaran Keselamatan Makanan Global

Tamkeen
2019-10-27 23:19 142

Menteri Negara UAE bagi Keselamatan Makanan mendedahkan rancangan negara untuk menangani cabaran keselamatan makanan global melalui "FoodTech Challenge"

ROME, 27 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Sempena Hari Makanan Sedunia, diperingati menerusi Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rome, Puan Yang Terutama Mariam bint Mohammed Saeed Hareb Almheiri, Menteri Negara UAE bagi Keselamatan Makanan, berucap tentang kesignifikanan cabaran keselamatan makanan global dan kesannya terhadap generasi masa depan.

H.E. Mariam bint Mohammed Saeed Hareb Almheiri, UAE Minister of State for Food Security, speaks at the FAO on the occasion of World Food Day
H.E. Mariam bint Mohammed Saeed Hareb Almheiri, UAE Minister of State for Food Security, speaks at the FAO on the occasion of World Food Day

Menyeru mahasiswa universiti, syarikat baharu peringkat awal dan inkubator teknologi dalam pasaran pertanian bandar termaju dari seluruh dunia, Menteri berkenaan mendedahkan rancangan oleh kerajaan UAE untuk mencari penyelesaian inovatif merentas rantaian nilai makanan melalui panggilan-untuk-penyertaan terbuka untuk "FoodTech Challenge."

Dibuka kepada pemohon-pemohon dari seluruh dunia, FoodTech Challenge mencari penyelesaian yang berdaya maju secara komersial yang menggalakkan amalan makanan yang mampan dan merangsang pengeluaran makanan domestik di UAE. Pada akhir pertandingan, empat pasukan akan dianugerahkan dengan himpunan hadiah bernilai $1 juta.

Dilancarkan oleh Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, FoodTech Challenge ialah satu inisiatif oleh Pejabat Keselamatan Makanan UAE dengan kerjasama Tamkeen, sebuah syarikat yang berpangkalan di Abu Dhabi yang diberi mandat untuk menyerahkan projek-projek bagi memenuhi visi UAE terhadap pembangunan berasaskan pengetahuan.

Berucap sempena Hari Makanan Sedunia, P.Y.T. Mariam bint Mohammed Saeed Hareb Almheiri, Menteri Negara UAE bagi Keselamatan Makanan, berkata: "Meskipun terdapatnya cabaran berkaitan kekurangan sumber air dan tanah suai tani, kami mula melihat penyelesaian Agtech mendapat tarikan di UAE. FoodTech Challenge berperanan ke arah matlamat untuk menarik minat mereka dengan minda yang cerdas dan menggalakkan penginovasi dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam membentuk masa depan sistem makanan yang mampan. Kami percaya bahawa dengan memberi dorongan kepada cabaran ini dan memberi hasilnya melalui penyelesaian Agtech, kami dapat mencipta model yang boleh direplikasi untuk dunia."

Permohonan untuk FoodTech Challenge akan kekal dibuka sehingga Februari 2020, apabila penyerahan akan disenarai pendek dan 10 pasukan terbaik akan membentangkan kes perniagaan mereka dalam majlis penyampaian anugerah di New York University Abu Dhabi pada April 2020. Panel hakim termasuk pakar-pakar industri Agtech akan memilih empat pemenang daripada dua kategori: pertanian isi rumah dan pertanian komuniti.

Peserta-peserta boleh menghantar permohonan mereka melalui www.foodtechchallenge.com.

Dignitaries gather on the occasion of World Food Day in Rome
Dignitaries gather on the occasion of World Food Day in Rome

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1015252/World_Food_Day_FoodTech_Challenge.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1015251/World_Food_Day_FoodTech_Challenge.jpg

 

Source: Tamkeen
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Awards Environmental Issues New products/services Trade show news