omniture

Aimbridge Hospitality dan Interstate Hotels & Resorts Sempurnakan Penggabungan Hari Ini

Aimbridge Hospitality
2019-10-28 03:11 102

Transaksi Cipta Peneraju Global dalam Pengurusan Hotel Pihak Ketiga

DALLAS dan ARLINGTON, Virginia, 28 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Aimbridge Hospitality ("Aimbridge"), firma pengurusan hotel bebas yang terbesar di Amerika Utara, mengumumkan bahawa ia telah menyempurnakan penggabungannya dengan Interstate Hotels & Resorts ("Interstate"), pengendali hotel multinasional bebas yang terkemuka pada 25 Oktober 2019. Syarikat gabungan itu akan mengurus portfolio melibatkan lebih 1,400 hartanah berjenama dan bebas di 49 negeri dan 20 negara. Terma-terma transaksi tidak didedahkan.

Dengan penggabungan ini, Aimbridge dan Interstate akan mencipta tawaran yang dipertingkat untuk pemilik hotel yang mendapat manfaat daripada platform global yang diskalakan: keupayaan data dan analitik dipertingkat, himpunan bakat yang lebih besar dengan sokongan dan sumber dipertingkat termasuk jualan, pemasaran, e-dagang dan infrastruktur pengurusan pendapatan. Dengan mencipta platform yang diperbesarkan ini, syarikat akan mendapat sumber dan capaian global bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan hotel yang unggul kepada rakan kongsi hotel mereka dan juga pengalaman yang positif kepada tetamu.

Dave Johnson, mantan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Aimbridge, ialah Ketua Pegawai Eksekutif gabungan perniagaan tersebut. Michael Deitemeyer, mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Interstate, ialah Presiden Global, yang memantau operasi seluruh dunia dan disiplin korporat. Gabungan syarikat ini mempunyai himpunan bakat seramai lebih 60,000 kakitangan yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya di seluruh dunia.

"Aimbridge teruja kerana dapat memuktamadkan penggabungan yang transformatif ini," kata Dave Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif Aimbridge Hospitality. "Saya dan Mike yakin bahawa kombinasi dua syarikat mantap kami akan membolehkan kami untuk memanfaatkan skala kami yang diperluas bagi membawa peluang yang tiada tandingan kepada ahli-ahli pasukan kami, malah nilai yang lebih besar kepada pemilik-pemilik kami."

"Penggabungan ini akan membantu kami untuk memenuhi visi bersama kami untuk menjadi pengendali yang terbaik dalam kelasnya dengan bakat, sistem, teknologi dan keupayaan perkhidmatan terbaik bagi memberikan hasil dalam seluruh kategori produk hospitaliti," kata Mike Deitemeyer, Presiden Global Aimbridge Hospitality.

Dengan penyempurnaan penggabungan ini, syarikat yang baru digabungkan itu akan diletakkan di bawah nama Aimbridge Hospitality di benua Amerika dan beribu pejabat di Plano, Texas. Pejabat-pejabat korporat Aimbridge tambahan akan ditempatkan di seluruh Amerika Utara di Atlanta, Calgary, Chicago, Fargo, National Landing, Puerto Rico, San Clemente, Scottsdale dan Toronto. Jenama Interstate akan digunakan untuk pasaran-pasaran antarabangsa menerusi pejabat-pejabat sokongan di seluruh Eropah di Amsterdam, Birmingham, Glasgow dan Moscow.

Latar Belakang Aimbridge Hospitality
Aimbridge Hospitality ialah sebuah syarikat pengurusan hotel pihak ketiga bertaraf global yang terkemuka, mengendalikan perkhidmatan penuh berjenama, perkhidmatan terpilih, hotel mewah, pusat peranginan destinasi, pusat konvensyen dan juga hotel gaya hidup. Aimbridge bergabung dengan Interstate Hotels & Resorts pada tahun 2019 dan kini merupakan portfolio premium dengan lebih 1,400 hartanah berjenama dan bebas di 49 negeri dan 20 negara. Aimbridge berpangkalan di Plano, Texas dan mempunyai pejabat-pejabat korporat tambahan di Atlanta, Calgary, Chicago, Fargo, National Landing, Puerto Rico, San Clemente, Scottsdale dan Toronto. Untuk maklumat lanjut tentang Aimbridge Hospitality, sila kunjungi www.aimbridgehospitality.com dan berhubung dengan Aimbridge di LinkedIn.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1017730/Aimbridge_Hospitality_Logo.jpg

Source: Aimbridge Hospitality
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Outsourcing Businesses Sports Travel Accounting news, issues Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics Outdoors/Camping/Hiking